Tuesday, March 20, 2012

PENGGUNAAN KOSMETIK membakar kulit


salam semua

bila fikir2 kan memang banyak x elok dengan kosmetik zaman skrg kan , berbanding zaman dulu , ummi akak cakap mereka banyak gunakan daun inai sebagai bahan hiasan .. mencantikkan rambut dan jari jemari .. bagi bibir pula mereka suka gunakan daun sirih .. haa banyak kelebihan daun sirih tuu .. kalau tgk org dulu2 pun selalu kunyah sirih kan .. merahh je bibir dan lidah ..

skrg nie zaman dah semakin moden .. akak pula banyaak gunakan bahan asas sahaja .. dah jarang sangat tenyeh muke dgn produk2 yg berbagai dan berlebihan .. selalunya akak pakai alas pipi , bedak dan celak kening , sesekali pakai celak di bawah mata .. ikut sunnah nabi ;) .. lipstik pun dah kurang pakai .. nak2 kalau ke tempat kerja akak suke pakai alas2 aje ..




Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Wanita yang ghairah untuk kelihatan cantik mungkin bertukar hodoh seumur hidup kerana memakai kosmetik mengandungi kimia Hydroquinone yang boleh menyebabkan kulit muka rosak.

Kimia Hydroquinone yang biasa digunakan untuk proses mencuci gambar diadun secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai ejen pemutih kulit. Bahan itu juga dikatakan boleh menyebabkan sakit sawan, kulit wajah menjadi hitam, koma, mual dan kanser kulit yang serius.

Timbalan Pengarah Kesihatan/Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Wan Hamid Wan Ibrahim, berkata Kesatuan Negara-Negara Eropah (EU) sudah mengharamkan penggunaan bahan itu sejak dahulu lagi. Beliau berkata, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi Hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.

“Bagaimanapun, wanita yang terlalu teringin untuk kelihatan cantik tidak menyedari mereka boleh menyebabkan kerosakan kulit muka. “Memang, di peringkat awal wajah akan bertukar putih dan licin tetapi dalam tempoh jangka panjang, mereka akan mengalami mimpi ngeri,” katanya selepas operasi ‘Ops Hitam Muka’ di sekitar Jalan Masjid India, petang semalam.

Seramai 37 pegawai Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Terengganu dan Kelantan menyertai operasi bersepadu berkenaan yang bermula jam 2.15 petang.

Operasi besar-besaran berkenaan ditumpukan kepada tindakan merampas produk kecantikan mengandungi Hydroquinone, Tretinoin dan raksa yang berbahaya dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau mendakwa terdapat ramai pengguna terutama gadis dan wanita muda yang kurang arif dan kini menjadi mangsa kosmetik. “Mereka mungkin tidak mendapat maklumat jelas mengenai bahaya Hydroquinone hingga sanggup menghabiskan banyak wang membeli produk berkenaan.

“Hasil kajian pakar kesihatan mendapati, penggunaan Hydroquinone berbahaya kepada individu yang tinggal di kawasan iklim tropika yang sentiasa menerima pancaran matahari sepanjang tahun,” katanya. Menurutnya, secara perlahan Hydroquinone boleh menjejaskan fungsi perlindungan kulit daripada sinaran Ultra-Violet (UV) oleh pancaran matahari berlebihan.

“Akibatnya, pengguna akan terdedah kepada kesan sinaran UV dan mendapat barah kulit,” katanya. Wan Hamid berkata, Hydroquinone biasanya menyebabkan kulit muka menjadi kemerahan-merahan dan rasa pedih serta terbakar.

“Penggunaan kimia ini yang berterusan atau digunakan dengan banyak (kepekatan yang tinggi) boleh mengakibatkan ‘hyperpigmentasi’ iaitu jeragat hitam pada kulit muka yang sukar dihilangkan. “Kesan ini menjadi lebih buruk pada produk yang mengandungi alkohol (spirit) yang menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas atau luka teruk,” katanya.

Kajian makmal turut mendapati kimia ini tidak boleh digunakan untuk memutihkan bulu kening dan mesti dielakkan daripada terkena mata kerana ia menyebabkan selaput dan perubahan pada kornea mata.

Selain itu, penyerapan kimia berkenaan ke dalam peredaran darah di dalam kuantiti yang besar boleh menyebabkan pendengaran berdengung, menggigil, perasaan lemas, mual dan muntah-muntah, sentakan otot, sakit kepala, sawan, sukar bernafas dan koma. Selain itu, pihaknya turut mengesan penggunaan kimia Tretinoin di dalam produk rawatan kecantikan berbentuk krim atau losyen khusus untuk merawat jerawat.

Menurutnya, kimia tretinoin mempunyai kesan sampingan seperti rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit mengelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya Ultra-violet.

“Malah, saya bimbang kesan jangka panjang produk berkenaan yang boleh mencacatkan wajah wanita,” katanya. Menurutnya, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.

“Pengguna dinasihatkan supaya berhenti menggunakan sesuatu produk sekiranya merasa kesan pedih atau kulit muka menjadi kemerahan selepas memakainya. “Saya menasihati wakil pengedar produk ini menyerahkan produk yang disyaki mengandungi kimia ini kepada unit penguatkuasa farmasi di negeri masing-masing atau menghadapi tindakan ,” katanya.

info nie akak dpt dari sembang melayu.com .. banyak yg diperkatakan pasal kosmetik nie .. huhu nie yg dibicarakan dan dipersoalkan , yg lain2 tuu , kita x tahu kan keburukan dia .. yg jelas disini kegunaan asid Hydroquinone sangat2 merbahayakan kulit kita ..

21 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Ieda..wanita & kecantikkan mmg xdpt dipisahkn,tanpa brfikir kesan buruknya dikemudian hari.Yg penting...mereka cantik menawan.
Jadinya kpd wanita2 diluar sana..berhati2lah ketika memilih produk kecantikkan.

zati embong said...

jat rasa,produk2 yg x di iktiraf 2,kementrian kena mention la.at least org tahu.

Softtouch [Hanim] said...

takutnya..betul kata zati kene reval produk mana yg xelok tu

suSuEmIMiE said...

nt nak g shoping brg2 muka ni..kena bwk list lak utk semak bahan2 yg ada dlm tu kan....

ainnoraini said...

Takutkannn.. Nk cantik sangat tiba2 jd hodoh la plk.. Baik berhati2kan..

Asmara said...

Nasib baik mmg x guna makeup. Kalau keluar takat lipstik sikit je tu pun utk lmbpkan bibir. :)

Kathy Tuah said...

sebab benda mcm ni jugak yang buatkan sy takut nak bermekap.. cukuplah pakai yang asas je..

MiYOKO SuKi said...

hmmm..tkt gak niii....

tp, tak pakai mekap sgt pun..just tepek2 foundation je

ajumohit said...

saya dulu guna tia amelia mmg terbakar kulit muka, pastu terus stop, dah beli satu set tu RM130 huwaaa

Alin Marlini said...

betul tu Kak Ieda..satu ketika dahulu..alin selalu menggunakan produk2 yg nak muka putih tp alahannya sangat teruk..kulit jadi nipis kak

:: Mrs.Eady :: said...

biar la natural :)

fieda said...

saya dah merasa pakai natasha dan tia amilia..bila tak pakai kulit jadi perit..tobat serik dah..

QueeN TerataI said...

Salam kak.. berkunjung kembali...

nasib baik saya ni bukan penggemar makeup.. sekadar yg basic sahaja...

intan_blur said...

skrang mcm2 kan..
so kene bhati2 pasni..baik pompuan ke laki yg auw2 tu ker kan..hhehe..
thx kak..

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe g kerja pun simple je kak...tonner, bedak, lip balm @ lip gloss...hehe

apa2 pun wanita kena bijak kaji dan teliti kandungan make up masing2

Izan Ishak said...

betul kak... kosmetik skrg ni kena hati2. izan pun pakai ala kadar je kalau gi jalan2...

ieja amieja said...

assalam ieda..
sapa yg x nak cantikkan..sebab tu ramai wanita ari ni sanggup berabis duit semata2 nak cantikkan muka..sehinggakan lupa nak tahu bahan2 yg terkandung dlm sesuatu produk tu..yg takutnye bila hasilnye plk sebaliknye...

Bitt (double IS) said...

memang kena tahu detail kandungan terdapat dalam setiap kosmetik...tu saya tak berani tak tukar product baru..sebab dah selesa dgn yg lama..mcm2 pon kena cek jugak dgn product lama...

Mama Ema said...

hope barang safi ni dari bahan yang elok2..

IntaNBerliaN said...

hope safi rania gold yg saya guna ni oklah..

anisalya said...

saya pun tak guna kosmetik apa pun. pakai bb cream dgn lip balm je. tak ada nak putih2kan kulit. kita nak putih. org putih nak tan skin. mcm2.

Labels

Suke (845) Makan - makan (410) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (282) family (272) anak-anakku (236) Dunia (218) artis (203) Wanita (195) Tentang Aku (177) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...