Wednesday, March 14, 2012

Ogy Batal Hasrat Saman Johan ~ MOLEK sgt !


salam semua

alhamdulillahhh kembali bersiaran secara normal di pagi rabu yg indah .. ekekek syukur zahrien dan ok sikit , siap pesan kat hubby suh bagi dia makan ubat sekali lagi .. lega hati pagi2 nak pergi kerja tgk dia lambai2 dan senyum  , 

hurmm duk sengih2 baca kisah kak ogy nie , molek sgt lah tuu , maafkan apa yg telah terjadi , anggap semua sebagai dugaan dan cabaran dlm dunia seni yg luas ini .. kita manusia x pernah sempurna , semoga dengan kemaafan ini akan membuatkan kak Ogy lebih tenang dan johan lebih berhati2 .. ;) 

dunia artis x besar , macam dunia sesama kita , balik2 akan berjumpa juga .. maafkan apa yg berlaku , insyaallah tangan yg mengulur lebih mulia dari tangan yg menerima .. ye dok ????


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) telah membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak Johan (Raja Lawak) kerana berpendapat enggan memanjangkan isu tersebut.

Terdahulu, aktres itu dilaporkan berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu.

Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran pelawak itu. "Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.

"Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia," katanya.


Ogy berkata demikian pada majlis memperkenalkan protege program Mentor musim keenam di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa.

Ogy berkata dia membuat keputusan itu selepas mendapat petunjuk daripada Allah.
"Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut.

petikan : hmetro

16 comments:

  1. jadikan teladan
    kerana mulut badan binasa
    alhamdulliah boley setel cara baik

    ReplyDelete
  2. LPS NI KNA BERLWAK DGN BERHATI-HATI..JGN KRN MULUT BYK HATI TERASA

    ReplyDelete
  3. apa2 pun, sangat minat dengan Johan. hihihih

    ReplyDelete
  4. ok la tu..nak panjang2 pun tak guna..

    ReplyDelete
  5. Dunia artis kita macam-macam ieda... baguslah bermaafan jadi teladan pada yg lain

    ReplyDelete
  6. itulah sebaik2nyer kan? :)

    ReplyDelete
  7. kadang yg berlawak pn main lepas jek
    nk berlawak pn kena la jaga hati waris yg ade

    ReplyDelete
  8. melwak2 jgak,tp kalau smpai nk main2kan nama mak ayah,kita pun sakit hati.

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah, begitulah sebaiknya

    ReplyDelete
  10. kerana mulut badan binasa...betoi la pepatah tue kan kak...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..memaaf kan tu lbh baik...

    tp suka la dgn lawak johan ni..mmg kelakar habis dia ni..

    ReplyDelete
  12. pd ratu rancangan tu takde yg cacat pun dr segi lawak dorang.sebagaimana kite tau johan kan...lawak dia mmg cmtu.dan ogy patutnya dia tak bolehlah nk terasa hati sampai cmtu sbb dulu2 pun dia mulut laser apa...so skang ni maybe bukan zaman dia lg...dan dia pun dah berusia...patut menda2 cmni takyahlah nk sensitif sgt..

    ReplyDelete
  13. nak wat lawak pun jgn la sampai ada hati yg terguris, ahkak tak suka tau, hehehehee...

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..bagus laa klu camtu..moga2 ia memberi pengajaran kepada johan mengjaga batas lawak dia..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. klu dia teruskan, dia gak kena kutuk balik dgn org ramai kan...haha

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...