Tuesday, March 27, 2012

MENUTUP AURAT bukan sekadar menutup kepala tapi TUBUH !


salam semua

skrg nie agak sedih bila melihat penampilan sesetengah wanita islam , sedar atau tidak sedar perbuatan dan penampilan mereka banyak menjuruskan kepada kemungkaran dan menimbulkan ghairah kepada lelaki2 diluar sana .. melihatkan artis2 dan idola2 kita juga , terlalu banyak kemungkaran dan tidak kena dari segi pemakaiaan mereka .. sedih sgt2 ... nak2 artis nie .. pakaian mak aihhh bila tiba majlis atau apa2 acara .. ya allahhh malu akak nak tgk ! ...

MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Dibawah adalah sebahagian rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.



Menutup Perkara yang Memalukan atau Sudah Hilang Malu?

JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan maknatabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.

Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama
Menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik... Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.


Ikuti dialog antara seorang abang dan adik di bawah..
adik : abg tahu tak bila perempuan yg tak tutup aurat akn mula menutup aurat?
abg  : pergi haji la dik, masa kahwin, kan?
adik : salah, teka la lagi
abg  : (berfikir) masa dah dapat hidayah Allah kan?
adik : salah, nak tahu jawapanya tak?? senang ja..
abg  : apa dia dik?
adik : tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, akan tutup buat selamanya
abg : (hebat kata2 ustazah yg mendalam maksudnya).=)
sumber : Group Tarbiyah 

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut:-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya

(Surah An-Nur 24: Ayat Ke 31)
Kepada yang bergelar perempuan secara biologinya.. Nak tunggu kaku tak bernyawa baru nak tutup aurat dengan sempurna??? Hurmmm..

24 comments:

  1. bgus kak..byk yg perlu dipelajari dan diperbaiki..moga kita dpt berubah mjadi lbih sempurna..

    ReplyDelete
  2. thanks kak kerana mengingatkan yg kadang2 lupe dan leka....

    :-)

    ReplyDelete
  3. thanks sharing ni kak...kita manusia msh byk yg perlu di perbaiki kan..

    ReplyDelete
  4. t.ksh Ieda..selalu peringat kan diri sendiri..

    ReplyDelete
  5. ilmu dah ada...kesedaran dah ada..tekad dah ada....nk tunggu apa lg..jomlah buat! :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana mengingatkan kami..masuklah islam secara keseluruhannya termasuk cara hidup dan bukan semata2 ibadat kan, kak...

    ReplyDelete
  7. byk kesalahan berpakaian samaada secara sedar dan buat2 tidak sedar kita menyarungnya sis..semoga sama2 kita berubah sepenuhnya menutup aurat kita..InsyaAllah...

    ReplyDelete
  8. akk time ka sih byk2 sbb syare..
    sgt bguna utk sye..

    ReplyDelete
  9. thanks kak ieda...tgh berubah kearah yg lebih baik...

    p/s :...insyaALLAH mungkin pergi ke Gambang 4 dewasa dan 3 kanak2 agaknya...apa2 pun munna sms akak je nanti ye...

    ReplyDelete
  10. masih byk yg perli dibaiki, thanks for sharing kak =)

    ReplyDelete
  11. Ramai yang masih kurang jelas dan faham erti menutup aurat. Asal tutup rambut dah dikira tutup aurat.

    ReplyDelete
  12. jaga la aurat kita...
    kita sendiri yg tentukan, dlm kategori mana...

    ReplyDelete
  13. moga kita semua dibukakan hati untuk memperbaiki diri sendiri..insyaAllah..amin.

    ReplyDelete
  14. info yg sangat membimbing kita sebagai wanita...;) tq sis..

    ReplyDelete
  15. smg Allah membuka pintu hati kita lebih luas untuk ke aras yg lebih baik.

    ReplyDelete
  16. munkin bertudung adalah satu trend bg mereka bukan bertujuan utk menutup aurat.. waallahualam.. entri yg bagus kak...

    ReplyDelete
  17. kbykn wanita t. bsarung kaki. ssl agak kliru dgn istilah bsarung kaki.Perlukah kt bsokin? mnurut ustaz azhar t. perlu bstokin asalkn kain yg dpakai mntup kaki kita. ieda ada pndapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekek salam kak
      akak panjang sikit huraian saya ye kak .. kira pandangan saya lah nie ;)

      Dalam mazhab Syafie, seperti mana yang kita sedia maklum, aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini membawa maksud, kaki juga termasuk dalam aurat yang perlu ditutup.

      Namun, untuk menutup aurat kaki ini, seperti juga aurat yg lain (rambut ke, tangan ke, ketiak ke), bukanlah difokuskan pada material (jenis penutup) tapi kaedah menutup itu.. Jadi, menutup aurat kaki tak semestinya dengan stoking.. boleh saja ditutup dengan memakai boot tinggi ke, ataupun memakai kain labuh yg menutup kaki ke..

      Even kalau memakai stoking sekalipun (contohnya pakai stoking bola ke.. memang la tebal dan sampai ke lutut) kemudian memakai skirt.. maka ianya tetap belum menyempurnakan konsep menutup aurat itu sendiri.. Sbb konsep pemakaian stoking itu, stoking mestilah ketat supaya tak melabuh turun ke bawah ketika berjalan.. Bila dah ketat, maka nampak la bentuk betis.. maka, sekalipun menutup, masih lagi menampakkan bentuk.

      Juga yg memakai stoking nipis pun tak menepati lagi konsep itu.. sbb ianya jarang dan menampakkan warna kulit.. Kebiasaan yang saya nampak, sekalipun mereka memakai stoking, tapi stoking tu nipis.. dan lebih suka memakai selipar atau sandal..

      Pakai kasut itu lebih baik.. kerana ianya menutup terus bahagian bawah kaki.. berbanding pakai selipar atau sandal..

      Pun begitu, pakailah mana yg termampu.. kalau dah lalu tengah hujan, takkan nak pakai stoking lagi.. nanti kaki busuk, mengganggu plak orang lain.. waktu ni, lebih baik tak memakai stoking, tetapi melondehkan sket kain bagi menutup kaki..ekekke

      Juga bagi mereka2 yg dah istiqamah menutup aurat (termasuk menutup kaki), teruskan amalan tersebut.. tapi jangan plak memandang rendah pada mereka2 yg masih belum mampu nak menutup aurat dengan sempurna..

      itu sahaja pandangan saya kak .. kalau salah , saya juga meneliti dari pandangan alim ulamak dan mencari sumber2 dari laman2 yg sahih .. ;)

      Delete
  18. tapikan kak..tak boleh salahkan pemakai...hihihi yang design baju tue kena salahkan betul tak?....alamak terlebih sudah...

    ReplyDelete
  19. sentiasa berdoa semoga dapat menjadi muslimah yang sejati....

    ReplyDelete
  20. Info yang bagus.. cuba utk mengingatkan diri sendiri jugak..

    ReplyDelete
  21. thanx kak krn mengingati....

    ReplyDelete
  22. selalu jugak umpa dgn orang yg pakai tudung tapi tak sempurna tutup auratnya.

    ReplyDelete
  23. trims banget untuk tipsnya. blog seperti ini yang saya suka..selalu memberikan informasi yang bermanfaat untuk para pembaca..update trus sob by author ide bisnis camilan unik dan murah dari tahu

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...