Tuesday, March 6, 2012

mengatasi SUAMI YANG PENDIAM


salam semua

bila baca rtikel nie akak sgt2 tertarik .. dpt email dari kawan .. alhamdulillah banyak yg akak pelajari .. cuba akak praktikkan sbb hubby akak jenis yg sgt2 pendiam .. susah nak bercakap .. dia hanya akan mesra bila dah lama kenal .. dan dia bukan lah jenis yg suke menyapa org bila dia x kenal .. kalau tgk dia senyum punn macam senyum paksa pada mulanya .. mula2 kawin dulu akak memang x reti cara dia .. 

yelah memandangkan akak nie jenis yg mudah mesra dan boleh dikatakan peramahhh kan ekekek .. haa sekali dpt hubby macam hubby akak nie memang fenin kepala .. even dgn adik beradik , dia lebih suke menyendiri buat kerja dia sahaja .. 

tapi sejak kawin ngan akak .. ada masa2 dia boleh joint kami adik beradik , ipar duai berbual .. syukur lahhh mungkin dah dpt sesuaikan diri kan, tapi adakalanya kena paksa oleh akak  .. soo akak kongsikan tips nie dengan anda semua .. bila baca tersenyum sorang2 lak akak nie ;)


pic google

Anda pasti risau melihat gelagat suami yang tiba-tiba jadi pendiam. Kalau sebelumnya dia seorang yang peramah, mudah didekati dan suka bergurau, mesti ada sesuatu yang tak kena! Isteri yang baik akan menyiasat perubahan yang berlaku pada sang suami. Diam itu tanda ada masalah. Orang lelaki akan cuba menyembunyikan perasaannya daripada isteri kerana beberapa sebab;

Pertama, dia malas layan isteri kerana cuba menghindari pergaduhan. Dan dia yakin kalaupun dia bersuara pasti isteri juga yang akan menang, dah perangainya takkan bagi peluang langsung untuk suami. Isteri yang suka berleter juga menyebabkan suami jadi pasif . Suami malu jika anak-anak dan jiran dengar pergaduhan mereka maka dia memilih untuk diam. Perbuatan isteri yang sebegini menjadi punca keresahan suami. 

Kedua,suami diam kerana mahu menyembunyikan kesalahan di hadapan isteri. Apa-apa saja yang isteri buat pada dia, lantaklah! Tak ambil kisah langsung, kau-kau, aku-aku. Dia dengan dunianya sendiri. Kalau suami curang dalam diamnya, isteri pun tak perasan.

Ketiga, mahu menjaga hati isteri. Isteri merasa antara dia dan suami tiada sebarang masalah dalam perhubungan, kerana sikap suami yang pendiam dan tak mahu berterus terang. Isterinya masak sedap dia diam, tak sedap pun diam juga. Isterinya berdandan cantik dan menarik dia tak puji, isteri selekeh dan berbau pun dia tak komplen. Semata-mata nak jaga hati isteri. Suami sebegini mendatangkan bahaya bagi perkahwinan.

Tapi kadang-kadang bagi mereka yang baru berumahtangga sikap saling terbuka ini agak susah dipraktikkan. Semestinya kita memiliki ilmu komunikasi yang betul sebelum kita berkahwin. Mengamalkan keterbukaan dan mahu menghormati pandangan pasangan kita. Bagaimana pula halnya jika suami isteri yang telah lama berkahwin. Adakah mereka memiliki skill yang baik untuk menghangatkan suasana percintaan?

Cara mendapatkan respon yang baik dari pasangan yang dingin.

i. Belajar mencintai hobi pasangan anda.
Suami mungkin akan teruja untuk menceritakan aktiviti yang disukainya kepada isteri. Pantang sang isteri bertanya tentang buku yang diminati, atau perlawanan bola sepak malam tadi, atau cerita hal memancing pasti suami akan bersemangat menceritakan kegilaannya itu. Jadikan diri anda teman yang hangat untuk berkongsi kegembiraan. Tentu komunikasi akan berjalan segar.

ii. Jadilah pendengar yang bijak.
Lelaki pantang dinasihati secara terbuka. Kadang-kadang dia hanya mahu isterinya mendengar kata hatinya tapi jangan sesekali mengarahkan atau mengawal begini dan begitu. Kalau anda telah menjadi pendengar yang baik, suami akan merasa tenang jika dapat meluahkan permasalahannya kepada anda. Tapi jika anda terlalu memaksa untuk mengikut nasihat anda, apatah lagi dengan memandang rendah keupayaannya, sebenarnya anda telah memutuskan hubungan komunikasi itu secara paksa. 

iii. Manfaatkan masa yang berkualiti untuk bergurau senda.
Jangan jadikan anak sebagai alasan anda dan dia tidak boleh bermesra. Suami juga punya rasa cemburu kepada anaknya. Kalau isteri asyik melayan anak sahaja, pasti suami bosan. Suami juga mahu dibelai, diusik dan dimanja. Seelok-eloknya setiap hari anda mesti duduk menonton televisyen bersamanya atau sekadar menemani membaca. Kalau boleh buat aktiviti di luar rumah. Jangan asyik duduk terperap dalam rumah mendengar kebisingan anak-anak. Sediakan masa untuk suami kerana dia mahu gembira bersama anda.

Oleh : Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis)

17 comments:

  1. bagus jugak tips, hehe tak kawin lg. tengok si dia pun ok je tak pendiam sgt.

    ReplyDelete
  2. kena la dgn saya ni..suami saya pendiam sikit..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah lah suami sy xpendiam ngan sy..cume dia pendiam ngan org lain..cthnya ngan kwn2 sy...ckp pun sikit2 jer..heheehehe

    ReplyDelete
  4. salam sis..sht ke?

    pd saya klu kita faham orang yg kita sayang x jadi masalah kot.suami saya pendiam.mmg saya geram juga tgk dia diam je dan tak byk borak dengan family.tapi bkn dgn family saya je, adik beradik dia pun sama juga. tak jd masalah pun pada saya bila dah biasa dgn sikapnya.jgn diam tanda marah dah la kan kak?

    ReplyDelete
  5. husben saya banyak cakap. hehehe...

    ReplyDelete
  6. kak jom join GA el kak..nak jam tangan english cotton handbag wallet dll lagi jom jom

    http://arwendanish.blogspot.com/2012/03/arwendanish-1st-giveaway.html

    ReplyDelete
  7. partner sy pulak mmg byk berckp sampai tak terkalah sy dibuatnya jd tak de masalah nak tackle2 dia ;P

    ReplyDelete
  8. Begitulah dalam sebuah rumahtangga. Sorang riuh sorang pendiam. Jadi seimbanglahkan.

    ReplyDelete
  9. T.ksh Ieda. berguna sgt utk yg dpt pasangan pendiam..mcm akak ni..hehe.
    Dulu baru2 kawin agak susah nak paham dia, tp skrg dah lamaa..Alhamdulillah..dh boleh..:)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..suami sy pulak terlebih mesra alam.semuaorang nak ajak bercakap..hiks

    ReplyDelete
  11. sesuai kak..sbb si apong tu pendiam dia lain macam..kuikuikkui,.

    ReplyDelete
  12. suami ema peramah sangat..hehe

    ReplyDelete
  13. good info.. suami sy lak agak peramah.. hehe..

    ReplyDelete
  14. gud info...apapun..saya sayang suami saya..hehehehhehehe

    ReplyDelete
  15. Bagus tip nie,tp hubby Kak Nurul orgnya terlebih peramah....

    ReplyDelete
  16. memang susah nak jadi pendengar yang baik kan....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...