Sunday, March 18, 2012

kasih IBU mengoncang JIWA ~ akhirnya ketemu


salam semua
akhirnya .. pilu juga membaca berita mengenai ibu uzur yg ditinggalkan keseorangan di hotel tempoh hari , telah berjumpa k embali dengan anaknya .. alhamdulillah .. kerinduan dan doa seorang ibu itu sgt2 lah besar .. berkat kerinduan dan kesabaran ibu tua ini , aklhirnya berjumpa khembali dengan anaknya ..

bagaimana agaknya anak ini ingin menjaga dia ?? adakah anak ini sanggup menjaga ibu yg tua ini .. kalau kita fikirkan kembali , dia meninggalkan ibunya di hotel disebabkan dia mengadu dia sakit .. maksudnya .. akak risau kalau masa dia ambil dan menjaga ibunya , dia akan perlakukan si ibu lebih teruk .. , mungkinkah akan ada komplikasi gangguan mental terhadap anak dia  ..  ohhhh jauhkanlah perkara2 macam ini ..


KUALA LUMPUR: “Saya tahu dia tak berniat nak tinggalkan saya. Selepas ini, saya nak tinggal dengan dia kerana hanya dia yang saya ada di dunia ini. Terima kasih kepada semua, dapat jumpa dia (anak),” kata Faridah Maulud ketika dipertemukan dengan anaknya buat pertama kali semalam sejak ditinggalkan 10 hari lalu.


Dalam pertemuan penuh sayu itu, kedua-dua mereka dilihat tidak berenggang dengan sesekali anaknya, Amir Mohd Omar, 27, menyeka air mata di pipi ibu berusia 66 tahun itu sambil menerangkan dia tidak meninggalkan ibunya sendirian, tetapi terpaksa berbuat demikian atas faktor kesihatan.

Menafikan anaknya sengaja berbuat demikian, Faridah berkali-kali menyatakan yang dia tahu anaknya mengalami masalah kesihatan dan dia sendiri bersetuju untuk dibawa ke sebuah hotel berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memudahkan mereka berdua menerima rawatan.


“Dia ada beritahu saya yang dia nak ke hospital, jadi lebih elok saya ikut dia ke sana kerana takut tinggal berseorangan di rumah di Wangsa Maju kerana baru-baru ini ada kes pergaduhan di situ.



Sebaik melihat kelibat anak tunggalnya itu, Faridah tidak henti-henti menangis dan terpaksa ditenangkan Noormah seketika sebelum perbincangan lanjut mengenai status terkini dirinya.


“Saya hendak tinggal dengan dia kerana dia anak saya. Kalau dapat nanti, saya ingin mengajar al-Quran seperti di kampung sebelum ini. “Saya baca artikel mengenai diri saya, tapi saya tahu anak saya buat yang terbaik untuk saya. Mungkin lebih baik di hotel berbanding di rumah kerana saya tinggal seorang, di hotel orang ramai,” katanya.

petikan : mmetro

sayangilah IBU anda .. mereka tiada duanya .. sayangi mereka sehingga anda mencium bau syurga , jagai mereka kerana ganjarannya tidak terkata, walau seberat mana tanggungan anda terhadap dia , redhalah dan bersyukurlah kerana anda di beri peluang oleh allah merasa nikmatnya kasih sayang seorang ibu ..

Ps : bersiaran di sempurna resort, bawak kids mandi kolam, hurmmm menghabiskan sisa2 cuti sek yg akan bermula esok, kesian lak anak2 x kemana2 jadi decide ngan hubby nak bawak kesini budak2 nie

5 comments:

  1. jat x snggup kak nk tgk.tgk gmbr pun x snggup.huhu

    ReplyDelete
  2. bak kata org kasih ibu tu xde tolok bandingannya..walaupun anak dia penah buat sesuatu hingga buatkan dia menangis, tapi dia terima anaknya semual dgn tangan yang berbuka..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ieda

    doa ibu disegerakan oleh Allah

    ReplyDelete
  4. Moga Amir tu mggunakan sebaiknya peluang yg diberikan tu

    ReplyDelete
  5. sy rasa mcm mak dia Ada penyakit nyanyuk kot. Tp xtaulah kalu harian metro yg lapor salah. Ari tu kata mak dia xtau yg dia tinggalkan....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...