Thursday, March 29, 2012

IBU BAPA main peranan PENTING


salam semua

pagi2 tadi akak dgr topik baru di IKIM FM , berkenaan remaja yang lari dari rumah .. memang ada kajian .. dan kajian menunjukkan remaja yg lari dari rumah adalah remaja yg pada awalnya bermasalah dari rumah , pernah di halau , bergaduh dengan adik beradik , ibu dan ayah .. haaa perkara2 macam nielah yg kita x nak berlaku dlm keluarga kita .. x dinafikan back to back peranan IBU BAPA itu sangatlah penting ... 

yaaa kenapa akak cakap penting sbb ibu bapa dan persekitaraan dlm rumahlah yg akan mencorak keperibadian seseorang anak .. kalau boleh ajaklah anak2 berbual dan berbincang kalau dia ada masalah @ kita ada masalah dengan mereka .. 

Umum sedia maklum , remaja skrg x sama macam dulu , duluuu bila mak ayah kita marah sehingga memukul kita dah kecut2 ke diri .. takut sgt2 ... angkat tangan jee dah tutup muke .. budak2 skrg jgn dibuat kira , nak marah mereka punn kena fikir dulu .. yelahhh kalau marah dan pukul sesuka hati nanti mereka jadi x takut dah .. silap hb mereka berani lari dan kuar rumah ... salah satu atas desakan sekeliling dan kawan2 .. huhuh


Tekanan Keluarga & Pernah Dihalau Faktor Remaja Lari Dari Rumah - Kajian 
KUALA LUMPUR: Tekanan keluarga serta pernah dihalau menjadi faktor pendorong bagi golongan remaja bertindak untuk melarikan diri dari rumah, menurut dapatan satu kajian yang dikeluarkan pada Rabu oleh sebuah badan sosial.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Mohd Fadzil berkata berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2010 itu, didapati sebanyak 37.2 peratus daripada 379 remaja yang pernah melarikan diri dari rumah menyatakan mereka berbuat demikian kerana pernah dihalau keluar rumah selepas melakukan kesalahan.

"Kajian ini yang dijalankan ke atas remaja berusia 12 hingga 18 tahun masing-masing 42.7 peratus lelaki dan 57.3 peratus perempuan turut mendapati faktor lain berpunca daripada rasa ingin bebas daripada kongkongan, pernah bergaduh dengan anggota keluarga dan rakan selain daripada pengaruh ajakan rakan-rakan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Katanya daripada jumlah tersebut, remaja berusia lingkungan 16 hingga 18 tahun mencatatkan peratusan tertinggi bagi kes lari rumah iaitu 67.8 peratus diikuti dengan 14 hingga 15 tahun (27.9 peratus) dan 12-13 tahun (4.3 peratus).

"Kes lari rumah untuk kali pertama yang dilakukan oleh mereka ini adalah ketika mereka berusia 13 hingga 15 tahun dengan mencatatkan sebanyak 65.2 peratus diikuti dengan 10 hingga 12 tahun (20.1 peratus), 16 hingga 18 tahun (12.1 peratus) dan 10 tahun merekodkan sebanyak 2.6 peratus.

Katanya, bagi golongan remaja seperti ini mereka berpotensi bertindak secara berani untuk melarikan diri dari rumah secara berulangan apabila sekali mereka pernah berbuat demikian.

Prof Mohd Fadzil berkata, remaja seharusnya sedar bahawa tindakan lari dari rumah itu sebenarnya secara tidak langsung boleh merisikokan mereka untuk terbabit dalam kegiatan jenayah.

petikan di SINI

harap2 anak2 kita sentiasa dilindungi .. dan sebagai IBU BAPA apa jua keadaan dan kelemahan anak2 kita , jgnlah kita mudah melatah .. fikirlah bagaimana susahnya nak mendapatkan zuriat .. bersabar lah dlm menangani masalah anak2 .. banyakkan bertanya pandangan dan pendapat kawan2 .. 

baca dan teliti segala panduan2 didalam pelbagai bahan .. di samping mohon pada allah agar kita sentiasa di berikan kesabaran yg utuh untuk melayan kerenah anak2 .. TAPI dlam pada itu jgn sampai anak2 naik MUKE dgn kita , kerana salah didikan juga adalah faktor anak2 musnah masa depannya ..

bak kata pepatah

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA .. bukan BILA DAH JADI REBUNG 

dan

SAYANG ANAK DI PUKUL2kan bukan SAYANG ANAK DIMANJA2kan 

semuanya peringatan buat akak juga .. insyaallahhhh

16 comments:

  1. buat ingatan kita bersama... ibubapa mmg memainkan peranan yg penting.. cara kita melayan anak2, cara kita berkomunikasi dgn anak2 semua itu boleh menyumbang kpd setiap tindak tanduk anak2 kita...

    ReplyDelete
  2. kalau dulu kita kene marah kita masuk bilik nagis atas katil. tapi budak la.. kene marah keluar umah nangis atas katil dgn pakwe.. hurrm

    ReplyDelete
  3. Kakak pun dengar petikan yg dibaca DJ Pian pagi tadi ieda...

    Betul kalau emak sendiri selalu halau lama-lama anak tu larilah... ditambah lagi kalau kurang didikan agama - salah sendiri juga

    ReplyDelete
  4. sy dulu pun pernah umur mcm dorang ni...tension jugak ngan hidup masa tu...tapi xde la sampai nak melarikan diri dari rumah...=_=

    ReplyDelete
  5. tu la dulu2 kita pun pernah melaluinya tapi takder la sampai bertindak sedemikian rupa..perasaan takut tu masih ada..budak2 skrg ni terlebih berani..

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya menghalau anak dari rumah tidak menyelesaikan masalah.

    Di mana pun anak kita berada tak ada istilah 'bukan anak aku lagi' dalam islam.

    Jadi sentiasalah membimbing anak-anak dengan kasih sayang dan jangan sesekali menghalau anak dari rumah.

    ReplyDelete
  7. cabaran buat kita sebagai ibubapa untuk membesarkan anak2 nanti.... semoga kita semua dilindungi dan dipermudahkan menjaga , mendidik dan membesarkan amanah kita nanti

    ReplyDelete
  8. semenjak dua menjak ni mcm byk pulak berita remaja lari dari rumah. dulu dgr diorg pegi lombok je, skrg dah ada yg pegi thailand pulak. siap plan nak jd peminta sedekah lagi. pandai betul budak2 ni pikir.

    ReplyDelete
  9. takut sebenarnya memikirkannya..tp sehabis baik buat yg best untuk dorang

    ReplyDelete
  10. kelakuan anak2 ni lebih atau kurang peratus kebaikannya adalah dari rumah...dari ibubapa....namun kdgkala entah dimana silapnya...mereka akan terjerumus juga...Sukar sgt rasanya berada dlm zaman yg maju ni...anak2 cepat dewasa dari umur sebenar....

    ReplyDelete
  11. risau ngan kes lari dr rumah yg makin byk terjadi skrg ni...semoga kita beringat sebelum terjadi...moga kita semua di jauhi perkara yg tak baik mcm ni..:(

    ReplyDelete
  12. risau nye psl remaja lari dr umah .. tingt zaman mude2 , penah jgk nak lari tp kt umah jiran depan umah je wakakaka.. psl pening dgr mama bebel , tp bile dh kawin ado anak .. rindu plak nak dgr mama bebel.. now baru kite tau nape mak ayah bising2 kt kite, cz diorg sygkan kite.. tp zaman dulu anak2 takut dgn mak ayah .. now days je entah nape anak2 lgsg x takut kt mak ayah

    ReplyDelete
  13. Budak2 sekarang memang berani huhuhu

    ReplyDelete
  14. Kamupun mula terasa bahangnya bila anak makin meningkat remaja, dorang sedang mencari identiti sendiri, kawan jerrrr betul...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...