Sunday, March 4, 2012

HUKUM membunuh DIRI ~ terfikirkah anda


salam semua

uols ada terfikir tak kenapa agaknya manusia zaman skrg suke melakukan perkara2 yg selalu bertentangan dengan agama .. rasanya bukan sekadar agama islam yg melarang perbuatan tersebut tapi agama lain juga melarangnya .. tanpa berfikir panjang ramai individu skrg dengan mudah membunuh diri dalam mencari penyelesaian masalah yang mereka hadapi .. berharap sangat kita tidak tergolong didalam manusia2 yg hilang pertimbangan ini .. insyaallahh



Tegahan Dan Larangan Bunuh Diri

Dalam Islam sudah jelas mengenai larangan dan tegahan bunuh diri:

1. Firman Allah: Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah, 2:195);

2. Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu (al-Nisa’, 4:29);

3. Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. kita menemui Hadis-hadis berikut:

1. baginda bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34); dan
2. Sabdanya lagi: Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).

Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, kita dapat membuat beberapa kesimpulan berkaitan dengan kedudukan nyawa dan sejauh mana manusia itu mempunyai hak terhadapnya:

1. Nyawa adalah milik Allah. Dialah yang menghidup atau mematikan seseorang, bukannya orang itu sendiri yang menentukan hidup matinya;

2. Membunuh diri merupakan perbuatan terkutuk yang amat dilarang Allah biarpun di dalam suasana yang lain kadang-kadang kita diwajibkan berkorban hinggakan kepada mengorbankan nyawa sendiri, tetapi ini tidaklah dikira sebagai membunuh diri kerana ada sebab-sebab lain yang lebih besar mengharuskannya, malah kadang-kadang pula diwajibkan kita berkorban seperti berjihad kerana mempertahankan agama, negara dan kehormatan diri dari serangan musuh dan sebagainya; dan

3. Orang yang membunuh diri akan diazabkan Allah di hari akhirat nanti, dan tidak ada sesiapapun akan terlepas dari azabNya.

sumber : serikasih

jelas dengan apa yg dinyatakan disini mengenai Larangan Membunuh Diri itu .. semoga menjadi renungan buat kita semua .. insyaallahhh

2 comments:

  1. tu la... ada orang dah tak ingat hukum. mana taknya... ingat Allah pun tak.

    ReplyDelete
  2. tak pernah terlintas nak bunuh diri huhuhu...takut...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...