Tuesday, March 20, 2012

CULIK sana CULIK sini ~ TRAGEDI KUANTAN

   
salam semua

aduhhhh takutnya bila baca berita pagi2 nie .. di KUANTAN nie .. macam mana nieee ??? huhuhuhu meremang bulu roma akak bila baca berita pasal kes culik ini .. huhuhuh kesiannn nye kat budak perempuan dan ibu dia  .. aduhhh semakin serabut dan semakin risau akak dibuatnyaaa .. macam2 hal skrg .. bila dah start kes culik dan bunuh .. mulalahhh dimana2 skrg nie ada kes yang sama ..

cuma akak harapa kes budak ini tidaklahhh membawa ke kematiannn huhuhu minta selisih ! apa nak jadi dunia sekeliling kita skrg nie .. kita dah semakin takut dan bimbang , dlm rumah , kawasan rumah dan diluar rumah lagilah 

SEDIH...Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik.


KUANTAN: ‘Baby...tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.

Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.

Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

petikan : hmetro

yang peliknyeee kan akak ada terbaca dlm berita harian pula , ada saksi pernah nampak dan mendengar remaja ini menelefon seseorang dan berjanji dengan seseorang itu untuk mengambil beliau sehari sebelum kejadian ini .. 

APAKAH ????


ps : apa2 pu  tetap risau .. anak2 akak selalu gak ke kedai tuk saudara mereka , x jauh dari rumah tiap2 petang , beli macam2 lahh , jajan @ aiskrim .. x terfikir pun akak akan perkara ini .. tapi benda kalau nak jadi x kira tempat kan .. OMG .. minta dijauhkannnlahhhh dengan perkara2 yg x elok .. aminnnnnnnnnnnn huhu

29 comments:

  1. ya allah selamatkanlah anak ini...

    ReplyDelete
  2. kak..kita dengar pon dah risau kak.. Diorg ni..kalau dulu aim anak dara. Skang ni budak pulak. utk tujuan ape? diorg je yg tahu.. Yg peliknya polis mcm taknak reveal lah pasal menda mcm ni. contohnya ada sindiket penjualan organ kanak2 ke..sindiket utk dijadikan pelacuran dan pengemis ke..

    ReplyDelete
  3. semoga anak itu selamat..kesian pada ibunya...:(

    ReplyDelete
  4. sokong gan diana...polis cam tak relevan huhuhuhu...risau anak main petang-petang...

    ReplyDelete
  5. takutnyer
    manusia makin hari makin jahat la

    ReplyDelete
  6. BILA TGK BERITA MLM TADI...MMG SERIAU RASANYA..... DAH2 BESAR PUN X SELAMAT JUGA KAN KAK.... HARAP2 ADIK NI DIJUMPAI DGN SECEPAT MUNGKIN DAN SELAMAT HENDAKNYA

    ReplyDelete
  7. tringt pulak cerita SATU MALAM PERAWAN kat astro baru2 ni lakonan diana diannelle... kak ida tgk tk cerita tu?

    gadis sunti yang diculik kemudian dijual mahal sbb masih perawan.. ya allah... mtk jauhlah anak2 kita, kuarga kita, kwn2 kita dr mjadi mangsa kejadian mcm2 ni kak ida... knp lah manusia skrg makin tdk bertimbang rasa ?

    ReplyDelete
  8. dimana-mana pun dah tak selamat..ni yg tiba2 terasa ternacam di bumi sendiri hmmm

    semoga Allah sentiasa lindungi anak& keluarga kita amin.

    ReplyDelete
  9. dunia dah tak selamat untuk anak-anak kita..

    ReplyDelete
  10. risaula kes2 mcm ni..dpn rmh pun dah x selamat..huhuhu

    ReplyDelete
  11. takutnya huhu moga cepat2 la jumpa & dia selamat..nak keluar rumah pun risau..

    ReplyDelete
  12. sedih dgr crta2 mcm ini. sendiri pun takut n risau. apapun,kena sentiasa berjaga-jaga setiap masa :)

    ReplyDelete
  13. sedih dan takut..kalau betul la anak dara ni sebenarnya dah berjanji supaya amek dia, baliklah dik...mak tgh risau sgt tu....

    ReplyDelete
  14. mmg seriau dgr berita smlm...tak habis citer kena bakar tu...sorang lagi jadi mangsa...lani negara sendiri pun cam tak selamat...melampau!!!

    ReplyDelete
  15. takutkan kak sekrang nie...macam2 kes jadi...

    ReplyDelete
  16. Semoga Adik ni dapat diselamatkan, makin menjadi2 kes culik skrg ni kan kak, mintak dijauhkanlah hendaknya

    ReplyDelete
  17. sedih kan sekarang makin menjadi2 kes culik ni... doakan adik fatihah selamat..

    ReplyDelete
  18. seyes takut..bhaya btol dunia skrg..

    ReplyDelete
  19. itulah sekarang ni dah macam2 benda berlaku...rasa x selamat dah huhuhuhu

    ReplyDelete
  20. Subahanallah!!!!!!
    Cukup takut kan kak kes2 mcm ni..
    Moga dijauhkan lah hendaknya..
    Amin!!!

    ReplyDelete
  21. tuh lah kan..risau tul.

    mm..akak pun kat kuantan kan? kuantan katner ye?

    ReplyDelete
  22. ya Allah..dah tak selamat dimana2
    pun sekarang nikan..
    dah lah kita ni ada 2 anak dara

    ReplyDelete
  23. makin menjadi2kan kak kes2 camnih.. harap2 adik fatihah dijumpai dgn selamat.. amin..

    ReplyDelete
  24. wok alah.........apa nk jadi ni??


    agak2 org tua cam kita ni ade org nk culik tak? huhuh

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Ieda

    minta2 jangan la timpa bala itu kepada kita

    ReplyDelete
  26. ape apun kita doakan semoga adik ni selamt...kita pun pelik sbb pgi tadi dgr ada saksi kata adik ni mmg pernah bercadang nk lari dari umah..huhu..ntahlah..

    ReplyDelete
  27. ntah laa dunia skang ni..mcm2 sgt hal. Ada yg betul2 kena culik...ada pulak sengaja buat2 diculik, sengaja melarikan diri ikut teman lelaki.

    Harap2 kes ni dpt diselesaikan secepat yg mungkin. Sian ibubapa dia..

    ReplyDelete
  28. ngerikk la dengar kak..hope sekeliling kita dilindungi

    ReplyDelete
  29. mcm2 skrg ni..takut...semo.ga kita semua dijauhkan dgn perkara ni.amin

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...