Monday, March 19, 2012

BANTULAH ROSSANAH ~ meronta rindui anak walau NAZAK


salam semua

sedu dihati bila membaca kisah wanita ini , kak ros yang sedang nazak menderita penyakit barah hati , beliau terlalu merindui anak2 yg terpisah sejak 10 tahun lamanyaa .. oh sedih dan pilu akak membacanya .. tiba2 meremang bulu roma akak nie mgkin kerana terlalu sayu dihati melihatkan wajah sedih kak ros , terpancar kerinduan terhadap anak2 nya diwajahnya .. 

PULANGLAH...Hashimah memegang gambar tiga daripada empat anak Ros.

KUALA LUMPUR: “Sebelum adik saya menghembuskan nafas terakhir, hanya satu harapannya iaitu ingin berjumpa semula dengan empat anak lelakinya selepas terpisah sejak 10 tahun lalu. 

“Bantulah kami supaya harapan terakhirnya itu tercapai,” kata Hashimah Abdul Manan, 51, kakak kepada seorang pesakit barah hati yang kini nazak dan terlantar di sebuah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Hashimah berkata, adiknya, Rossanah, 44, disahkan doktor menghidap barah hati tahap akhir kira-kira tiga minggu lalu dan sejak itu dia hanya terbaring di katil hospital serta bergantung pada alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan.
Menurutnya, Rossanah yang lebih mesra dipanggil Ros terpisah dengan empat anaknya itu selepas dibawa bapa mereka.

“Ketika kejadian 10 tahun lalu, adik saya ada masalah dengan suaminya, tapi kami adik-beradik tak tahu apa puncanya.

“Ros dihantar suaminya ke rumah ibu bapa kami di Setapak manakala anak mereka yang ketika itu berumur tiga hingga 10 tahun dibawa bersama lelaki itu. “Ketika itu, kami tidak mengesyaki apa-apa. Tidak sangka selepas itu, dia tidak pulang mengambil isterinya,” kata Hashimah ketika ditemui Harian Metro, semalam. Menurutnya, sejak kejadian itulah hubungan Ros dengan anaknya terputus dan usaha wanita itu serta anggota keluarga lain mencari mereka gagal.

Hashimah berkata, empat anak lelaki Ros ialah Asymawi Zulkifli yang kini berusia 20 tahun, Muhammad Arif Zulkifli, 18, Muhammad Asyraf, 15, dan Aminuddin Zulkifli, 13.
“Sebelum nazak, Ros memberitahu dia terlalu rindu dan ingin sangat bertemu dengan empat anaknya, malah dia selalu menyebut nama mereka,” katanya.

Mengimbas kisah hidup Ros, Hashimah berkata, sejak berpisah dengan suami dan anaknya, hidup adiknya itu menjadi tidak menentu dan kesihatannya juga terjejas. Menurutnya, daripada seorang yang ceria dan peramah, Ros bertukar menjadi pendiam dan mengalami tekanan perasaan hingga terpaksa dibekalkan ubat penenang.

“Sehinggakan apabila bertemu anak keempat saya yang lebih kurang dengan umur anaknya, Ros akan menangis kerana terlalu merindui anaknya.

“Ros suka memendam perasaan dan jarang sekali dia menceritakan masalahnya, tapi saya mengetahui jauh di dalam hatinya dia begitu berharap dapat bertemu semula dengan anaknya,” katanya.

Hashimah berkata, penyakit adiknya yang juga anak kelima daripada lapan beradik itu hanya dikesan tiga minggu lalu dan ketika itu ia sudah di tahap akhir, itu pun selepas keluarga memaksanya menjalani pemeriksaan kerana keadaan kesihatannya makin merosot.

“Saya amat berharap agar permintaan terakhir Ros dapat menjadi kenyataan. Biar apapun masalah antara dia dan suaminya dulu, kami harap ia dapat dilupakan kerana kami tidak tahu berapa lama masa lagi yang dia ada sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

petikan : metro online


berharap sgt kawan2 alam maya yg lain dapat menghebahkan berita yg sgt2 menyedihkan ini ..

permintaan terkahir rossanah yg ingin bertemu anaknya .. sgt2 meruntun jiwa ini melihatkan pertarungan nyawa kak rossanah kerana terlalu merindui anak2 nya , dia tabah menanti dan sentiasa menyebut nama anak2nya ..

18 comments:

  1. sedeh baca ni....semoga permintaan akhir dimakbulkan

    ReplyDelete
  2. ya allah sedih nyer...

    semoga Allah SWT dapat mendengar doa beliau..

    ReplyDelete
  3. ksiannye dia kak..
    moga2 dpt la dia tgk anak dia buat kali terakhir kan..
    kite baru sekejap terpisah anak dah naik meroyan..ni lagi 10 thn

    ReplyDelete
  4. ya Allah... semoga dimakbulkan permintaan seorang ibu ini...aminnn...
    sebak...

    ReplyDelete
  5. insya-allah semoga niatnya akan termakbul....berpisah dengan anak beberapa jam pun dah rindu..nie kan pulak dah 10tahun...huhuhuhuh...

    ReplyDelete
  6. Ya Allah sedey nyer baca
    Allah menguji kiter mcm2 cara
    moga hajat terakhir tue mampu termakbul sebelum dia menutup mata inshaAllah

    ReplyDelete
  7. ada juga baca di blog yang lain-lain

    ReplyDelete
  8. Kasihannya dia Kak Ieda..maybe sb anak2 jugak dia dpt bertahan untuk hidup..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah moga permintaan terakhir rossanah dapat ditunaikan, perut yang mengandungkan Anak ini Dan yang melahirkan mereka, semoga tidak terputus kasih mereka

    ReplyDelete
  10. sedih sangat saya bacer ni dalam metro pagi tadi...moga dier dapat berjumpa dengan anak2 nyer...

    ReplyDelete
  11. moga impiannya tercapai...

    ReplyDelete
  12. kiter doakan sesamer yer. aminnnnnnnn

    ReplyDelete
  13. sedih plak kak.. Insya Allah saya akan hebahkan dalam FB saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah dikk
      tkasih banyak2 .. semoga bila kita permudahkan urusan sesama kita
      urusan kita juga akan dipermudahkan oleh allah subhanawattaala .. aminnn

      Delete
  14. sedih sgt baca n3 ni...semoga dia dapat berjumpa dgn anak2nya...

    sebak...

    ReplyDelete
  15. sedihnya..... harap2 tercapat niat dia yg terakhir ni.....

    ReplyDelete
  16. Ya Allah, lembutkanlah hati bekas suami wanita ini, berikanlah peluang wanita ini bertemu dengan anak-anaknya, permudahkanlah Ya Allah. Ameen

    ReplyDelete
  17. sedihnya kak.. semoga dia berjaya ditemukan dgn anak2nya.. amin..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...