Monday, February 6, 2012

wahai WANITA - WANITA si luar sana


salam semua

subhanalllah , alangkah bangganya kita menjadi wanita dan alangkah kerdilnya kita tatkala mengetahui banyak kekurangan dan kelemahan yg selama ini tidak kita perbetulkan ..
insyaallah sama2 lahh kita baca , selami dan manfaati kalimah2 pujian khas buat wanita ini .


petikan ini adalah sebahagiannya sahaja


Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga baginya.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya (menjaga aurat) iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Rasulullah SAW bersabda bahawa, “Allah telah memberikan sifat iri (cemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.


Rujukan : Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, 
Al-Hijab dan lain-lain.)


petikan sepenuhnya disini : blogger mselim





21 comments:

  1. semoga kita dan wanita diluar sana bersyukur sangan diciptakan Allah sebagai wanita, semoga kita semua tahu menjaga kehormatan diri sebagai wanita, InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah kak .. sama2 kita berdoa ;)

      Delete
  2. wanita,insan istimewa.

    bak kata dave barry,

    If a woman has to choose between catching a fly ball and saving an infant's life, she will choose to save the infant's life without even considering if there are men on base. ~Dave Barry

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes .. setuju dgn kata2 ituu ;)

      Delete
  3. suka ayat ni---> Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

    tapi umo dah banyak, belum ada rezeki kak (blom sampai 30 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x per dikk ... yg penting usaha ..
      semua terletak ditanggan allah yg maha kuasa .
      jgn putus harap , yakini percaturan dari allah ini ..
      insyaallahhhh ;)

      Delete
  4. terima kasih kak kerana berkongsi..

    wow terkejut saya tadi..ingatkan salah masuk blog...cantik..berwajah baru..sape buat header akak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 dik

      ekekek akak buat sendiri lah fieda .. cuba2 dan masih belajar ..
      tapi memang puas hati sbb dpt buat macam nie sbb pada akak ok lah kann ;)

      Delete
  5. betapa istimewanya kita seorang wanita....

    ReplyDelete
  6. susahkan kak skang nk cari wanita yg snggup tunggu suami dia pulang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sbb kebanyakan wanita zaman skrg bekerja ..
      ada masa2 suami yg menunggu isteri pulang .. nak buat macam mana dikk
      tuntutan kehidupan ..huhuh

      Delete
  7. Perkongsian yg baik Ieda. tq.Yang dpt akak katakan.." Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah"..

    Nice new header:)

    ReplyDelete
  8. syukur dijadikan sbg seorang wanita..walaupun x kawen lg kak..hihi..

    blg buat guideline bila kawen nnt
    * ckp mcm nk kawen je yek*

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallahh ada rejeki eyeme nanti
      banyak kan berdoa dan akak doakan buat eyeme jugak ! .. ;)

      Delete
  9. bertuahnya menjadi wanita kan...

    tukar layout lagi kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. layout x tukar , header je tukar ;)

      Delete
  10. bertuahnya jd wanita kan kak...byk kelebihannya..Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dikk alhamdulillahhh ;)

      Delete
  11. betul2 tu sis..sis bunga tengok kat tepi ada herbalife org mengandung leh minum ke??/saja tanya..hehee..cam berkenan jer..hakaha

    ReplyDelete
  12. sgt istimewa menjadi seorg wanita ni kan.. bersyukur sgt2 kerana dilahirkan sbg seorg wanita... Alhamdulillah... walau byk kesakitan yg perlu ditanggung tp balasannya juga besar.. SubhanaAllah...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...