Tuesday, February 21, 2012

TAHNIAH buat kelahiran & TAKZIAH buat yg pergi


salam semua

yang pergi pasti akan pergi dan yang akan lahir pasti dilahirkan .. semua ini adalah ketentuan dari allah yg maha esa .. kita sebagai makhluknyaa , haruslah redha dan beryukur atas segala yg ditentukan olehnya ..


KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an Shidee yang bakal bergelar bapa buat julung kalinya pada Jun depan menyifatkan berita itu sebagai sejarah termanis dalam hidupnya.Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 53, berkata ia adalah perkhabaran gembira yang tidak pernah dia jangkakan selama ini.

“Saya tidak pernah berkahwin, apatah lagi untuk memiliki anak sendiri. Apabila mendapat tahu isteri saya mengandung dan bakal bersalin pada Jun depan, ia adalah satu sejarah dalam hidup saya.

“Berita bahawa saya akan mendapat zuriat sendiri adalah kegembiraan sebenar yang cukup bermakna,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Shidee mendirikan rumah tangga dengan Siti Fairunnisa Aziz, 24, pada 1 Febuari 2010 di pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu dengan berwalikan bapa saudara Siti Fairunnisa.


PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Bienda yang dijangka akan melahirkan anak sulungnya pada minggu ini mahu merahsiakan jantina bayi tersebut kerana ingin membuat kejutan kepada semua pihak termasuk ahli keluarganya sendiri.

Penyanyi lagu Penantian ini berkata keputusan itu diambil berdasarkan pengalaman adiknya yang pernah berasa terkilan apabila jantina bayi yang dilahirkan berbeza daripada jantina yang dikenalpasti ketika pemeriksaan kandungan dilakukan.

“Saya memang tidak dapat berkongsi jantina bayi ini walaupun dengan sesiapa pun. Hanya saya dan suami sahaja yang sudah mengetahuinya. Sebelum ini, pernah berlaku pada adik saya di mana jantina bayi yang dilahirkan berbeza daripada apa yang dilihat ketika pemeriksaan dilakukan.

 
PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak. Adik beliau, Khatijah ketika ditemui Wartawan mStar Online, Wahiduzzman di kediaman Allahyarham di AU3 Keramat dekat sini pada malam Isnin berkata, seluruh keluarga Allahyarham berasa sedih dengan kematian itu.

Ujarnya, Allahyarham sepatutnya bersama keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada 13 Mac depan tetapi hajatnya tidak kesampaian.

alfatihah .. 


20 comments:

  1. Tahniah utk bienda n shidee & aol fatihah utk arwah latif ibrahim..

    ReplyDelete
  2. alfatiha buat y kemali ke rahmatullah..

    dan..selamat datang ke dunia y penuh cabaran buat umat2 nabi semua... smoga dipermudahkan sgalanya..amin

    ReplyDelete
  3. ada yang pergi dan ada yang datang...tahniah dan takziah

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH tuk shidee & Bienda(mesti anaknya sweet cam mak ayahnya kan?..)
    & AL-FATIHAH tuk Arwahnya latif Ibrahim

    ReplyDelete
  5. Al fatihah buat yg telah pergi dan tahniah kepada bakal datang..

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat Bienda Dan shidee, alfatihah buat arwah latif ibrahim

    ReplyDelete
  7. Lumrah kehidupan.Ada yang datang dan ada yang pergi.tahniah atas kelahiran dan takziah kepada yang meninggalkan kita

    ReplyDelete
  8. yg pergi kite sedekah kan alfatihah...yg hadir kite alu2kan kerana merekalah bakal khalifah Allah dimuke bumi ni menggantikan yg telah pergi.....

    ReplyDelete
  9. al-fatihah buat yg dh tiada..

    tahniah utk kedatangan org baru..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..., takziah n al-fatihah

    ReplyDelete
  11. pada yang bakal terima orang baru diucapkan tahniah...
    dan yang telah pergi meninggalkan kita diucapkan takziah dan sedekahkan alfatihah...aminnn

    ReplyDelete
  12. Tahniah buat bienda & shidee
    Al-fatihah utk arwah latif ibrahim

    ReplyDelete
  13. Setip saat ada yg pergi setiap saat itu juga ada yg dilahirkan...

    ReplyDelete
  14. tahniah buat bienda n shidee...

    al-fatihah utk arwah latiff ibrahim..

    ReplyDelete
  15. Tahniah buat Bienda Dan shidee, alfatihah buat arwah latif ibrahim..

    ReplyDelete
  16. tahniah kpd bakal2 ibu n takziah tuk kluarga arwah

    ReplyDelete
  17. Tahniah buat Shidee dan Bienda. Takziah buat keluarga arwah Latif Ibrahim...al-fatihah

    ReplyDelete
  18. tahniah buat shidee & bienda....takziah utk latif ibrahim...alfatihah

    ReplyDelete
  19. takziah buat ibrahim latif...al-fatihah..

    ble dgr psl kelahiran baby seronok je kan...tahniah bt mereka..

    ReplyDelete
  20. ALLAH dah aturkan...kematian dan kelahiran...al-fatihah...dan tahniah...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...