Saturday, February 4, 2012

syukur pihak BERKUASA cepat bertindak



salam semua

sana sini kita dgr cerita berkenaan penderaan kanak2 dan wanita .. semalam sahaja kita semua dikejutkan dengan kejadian dera artis oleh suami beliau .. huhuhu meruntun jiwa sebenarnya .. dan pagi2 ini juga ada kisah sedih sekali lagi .. penderaan keatas kanak2 berusia 2 tahunn .. ya allahhh masih kecil .. kecil dan tidak memahami apa2 ... amarah yg ditungangi syaitan ini menyebabkan si ibu mangsa juga di pukul kerana cuba mempertahankan si anak .. apalahh nak jadi dengan minda manusia skrg ..

beginilah rupanya jika dunia kita skrg bila pengetahuan agama tidak di terapkan dan tidak di titik beratkan didalam kehidupan kita .. persekitaraan kita yg banyak mempengaruhi minda manusia skrg agar sentiasa lalai dlm menjalani dan mendalami islam itu sendiri .. sedihhh sgt sedihhh ..


KUALA LUMPUR: Muka dan badannya bukan saja bengkak, tetapi turut dipenuhi kesan berbirat akibat dirotan dengan penyangkut baju oleh bapanya sejak hampir sebulan lalu.  Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 36 tahun bertindak kejam merotan dan memukul anak lelakinya itu yang berusia dua tahun kerana tidak tahan dengan tangisan kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian terbaru jam 5.30 petang di rumah mereka di Kepong, di sini, kelmarin, mangsa sekali lagi ‘dibelasah’ bapanya hanya kerana enggan berhenti menangis. Malah, ibu mangsa yang berusia 23 tahun dan cuba mempertahankan anaknya itu turut dipukul.

Tidak tahan menyaksikan penderitaan anak lelakinya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, jam 11.30 malam. Menurut sumber, dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak terbabit dipercayai menangis disebabkan kesakitan kerana dipukul suspek.

“Bapa mangsa yang rimas mendengar tangisan anaknya itu naik berang lalu merotan mangsa menggunakan penyangkut baju,” katanya. Sumber berkata, ibu mangsa cuba melindungi mangsa. “Ibu mangsa turut dipukul hingga cedera di bahu kiri,” katanya.

Katanya, suspek meninggalkan rumah berkenaan dan kesempatan itu digunakan ibu mangsa menghubungi rakannya bagi memaklumkan kejadian itu.

“Rakan ibu mangsa datang dan membawa mangsa membuat laporan polis,” katanya.
Katanya, mangsa dibawa ke hospital dan dilaporkan masih ditahan di wad hospital berkenaan.

Sebaik menerima laporan kejadian itu, pegawai penyiasat yang mengendalikan kes berkenaan menghubungi bapa mangsa dan memintanya tampil bagi merakamkan percakapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Katanya, bapa mangsa memberikan kerjasama. Selepas percakapannya dirakamkan, dia ditahan bagi membantu siasatan. Berdasarkan percakapan pengadu (isteri) dan keterangan daripada suspek selain laporan perubatan kanak-kanak terbabit, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai dera.

sumber : hmetro


dalam kes ini mujur polis cepat bertindak .. kalau tidak .. x tahulahh bagaimana nasib kanak2 itu .. agaknya bila tahu sahaja , dah lembik nak mati dikerjakan oleh si bapa .. erghhhhhhhhhhhhh 


14 comments:

  1. jangan buat anak kalau tak boleh
    nak terima anak, keisan budak tu !_!

    ReplyDelete
  2. agaknya stress bapanya tu kann...kesian anak2...nasib baik ada jiran berdekatan...haihhh apa la kerja bapaknya itu....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ieda

    Subhanallah
    moga Allah pelihara keluarga mereka

    ReplyDelete
  4. napelah anak kecik diperlakukan sedemikian.takde pikir ke?

    ReplyDelete
  5. nie la jadi bile mara menguasai diri..jalan terbaek tuk elakkan benda2 cmnie, kena dektkan diri kpd Allah..mohon dilembutkan hati terhadap anak2..

    ReplyDelete
  6. tak pahamlah, kalau ye pun tension anak nangis tak henti, buat pelah nak dipukul budak tu, rasanya manusia zaman sekarang ni banyak yang mengalami masalah mental instead of kurangnya didikan agama dan jugak motivasi hidup..that's why kita kena muhasabah dan ingat Tuhan selalu. Dan segala tindakan dibuat biarlah mengikut akal bukan berlandaskan hati dan perasaan, betul tak kak ieda?

    ReplyDelete
  7. Baguslah ibu mangsa cepat bertindak membuat laporan sebelum keadaan menjadi lebih parah.

    ReplyDelete
  8. nasib baik poliscepat bertindak

    ReplyDelete
  9. nasib baik lah mak dia segera tepon kwn dia n kwn dia suh repot polis..stgh org dia diam je xmo repot2 ni..syabas pd mak n kwn mak budak tu...kalo x kesian giler pd kanak2 tu..nk ngis rsnye sebak caner lah rupa kanak2 tu smpi bengkak2 bagai..smoga kanak2 selamat n sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah el ..
      sib baikk mak dia cepat bertindak dgn mengadu ke kawan
      akak nya mak dia takut
      eiii wanita skrg kena berani .. kalau x berani kita x leh hidup dlm dunia serba modern nie .. berani kerana benar dlm islam .. ;)

      Delete
  10. Kalau dh asyik kena rotan mnalah tak menangis. Bayangkan yg si ibu 23 tahun pun menangis...ini baru 2 tahun. Masya-Allah... hina betul lelaki itu...

    Kalau tak nak bagi kakak sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah bengong kan kak .. haa amikk ( sakit ati sgt ) ..
      kalau dah kena pukul memang lah nangis .. kena marah pun nangis dah baruu 2 tahun kann .. eiii kalau saya ada kat situyu kak
      mauu saya tunjai2 kan jantan tu punye kepala ... herghhhhhhhh

      aah .. akak ada , saya punn ada .. leh je kalau nak bagi
      saya rela jaga .. huhuhuh

      Delete
  11. aku bengang betul bace pasal yang mendera anak2 ni.dah baru berumur 2 tahun, stardardlah tu kalau menangis.kalau tak tahan sebab menangis, janganlah buat anak. aku benci betul lah orang mcm ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu nielah yg dikatakan cetek agama ..
      x tahu nilai anak !!
      x tahu org2 diluar sanba masih ramai mengharapkan anak
      kalau dah x nak , serahkan pada org lain yg lebih mampu dan x sakit telinga dgn tangisan anak2 kecil nie :)

      Delete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...