Tuesday, February 28, 2012

sangatlah RUGI ~ wahai kaum lelaki yg LALAI di HARI JUMAAT


salam semua

baru kejap terbaca pasal khutbah jumaat .. kebaikan dan pahala yg besar kepada yg pergi menunaikan solat jumaat .. special buat lelaki .. bertuah kan .. haa ada juga akak baca persoalan berkenaan penggunaan telefon bimbit sewaktu khutbah jumaat nie .. 

haaa rupenya ada ye , yang leka dengan hp nie .. apee lahh sah2 kalau solat jumaat nie khutbah nyee lah yg kita perlu dgr .. ambil perhatian kan .. hurmm pelik lahh bila ada org2 yg sanggup main game sewaktu khutbah jumaat di bacakan .. aduhhhhhhh

pic google

APAKAH hukum menggunakan telefon bimbit ketika khutbah Jumaat. Persoalan ini timbul kerana sejak kebelakangan ini saya perhatikan ramai jemaah leka menggunakan telefon bimbit.

Memang tiada perbualan, tetapi nampaknya mereka lebih menumpukan perhatian kepada aplikasi di dalam telefon bimbit seperti permainan daripada menumpukan perhatian kepada isi kandungan khutbah.

FIZIE,
Selangor

KHUTBAH Jumaat berperanan untuk mengingatkan masyarakat Islam terutama kaum lelaki kepada Allah dan ajaran Islam yang disampaikan khatib setiap minggu.

Bagaimanapun, keadaan masyarakat yang makin sibuk dengan tarikan duniawi dan langit terbuka (globalisasi) menyebabkan mereka alpa untuk menghayati isi khutbah itu sendiri.

Ditambah pula apabila Jumaat adalah hari bekerja sudah tentu banyak urusan perlu dilaksanakan. Selain itu, sikap umat Islam sendiri yang mengambil ringan kewajipan solat Jumaat dan kandungan khutbah disampaikan.

Menggunakan telefon bimbit ketika khatib menyampaikan khutbah adalah bertentangan dengan adab mendengar khutbah.

Rasulullah menyuruh mereka yang hadir mendengar khutbah supaya diam dan khusyuk. Sabda Baginda “Jika engkau mengatakan kepada sahabatmu pada hari Jumaat ‘diam’ padahal imam pada ketika itu tengah berkhutbah, maka sesungguhnya engkau benar-benar berkata sia-sia.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perbuatan itu tidak sepatut�nya berlaku kerana mengakibatkan pelaksanaan kewajipan Jumaat tidak sempurna. Ganjaran keampunan Allah daripada Jumaat ke Jumaat seterusnya mungkin terlepas.

Oleh itu menggunakan telefon bimbit ketika khatib menyampaikan khutbah adalah makruh. (Lihat juga, artikel, ‘Jangan Sia-siakan Pahala Sembahyang Fardu Jumaat Hanya Kerana Telefon Bimbit,” http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2011/bil27-2011.pdf)


jgn lah kita buat perkara yg sia2 .. rebutlah peluang memperbanyakkan pahala dan menebus dosa pabila diberi kesempatan sebelum kita dijemput ilahi .. bukankah mendengar khutbah jumaat itu adalah suatu pahala yg perlu direbut oleh semua orang yg bernama lelaki .. 
sekiranya ia terjadi anda sesungguhnya anda adalah didalam 
golongan orang yg RUGI ... ;(


ps : huhuh nie baru boleh online dan publish entry .. baru lepas masuk pembentangan markah periksa uitm dari kul 9 pagi tadi .. pi lunch lak .. lapoor ya amatt .. huhuh kang sambung lagi pembentangan huhuhu

10 comments:

  1. patutnya matikanlah hp tu time nak pi solat jumaat..ada ke dok sibuk dgn hp plk time khutbah jumaat..teruk betul la..

    ReplyDelete
  2. Huhu zaman semakin canggih tp jgn abaikan khusyuk beribadah kan kak

    ReplyDelete
  3. baik tak payah ler on phone ketika g sembahyang jumaat tu kan...:)

    ReplyDelete
  4. kak ieda..lecture uitm ka??

    agree dengan akak...rugi kan tak dengar khutbah tu...

    ReplyDelete
  5. Rugi x dpt pahala jumaat tu...

    ReplyDelete
  6. nyaris dia tak update status kat fb, lagi haru

    ReplyDelete
  7. Rebutlah peluang utk memperbanyakkan pahala..Janganlah dibuat perkara yg sia2..

    ReplyDelete
  8. Dush! Setempek kena kat muka zwan.. zwan pown slalu jugak main sms time khutbah jumaat.. :(

    ReplyDelete
  9. lebih baik datang utk solat je kan? buang masa je dtg utk khutbah. tak dgr pn.

    ReplyDelete
  10. kena tanya dan pesan kat suami ni..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...