Friday, February 3, 2012

PENDATANG yg dah memang HARAM


salam semua

Pendatang Asing Kaya Raya

Siapa peduli pendatang asing berniaga?

pic google

BAGAIKAN satu fenomena di negara kita ini. Hari ini kita boleh lihat pendatang asing dari Pakistan bebas mengayuh basikal untuk berniaga kain, tikar, permaidani dan pelbagai keperluan hiasan dari satu taman perumahan ke perumahan lain dan dari kampung ke kampung.

Selang tidak sampai setahun, dia akan datang dengan motosikal dan kemudian bertukar kepada kereta baru atau van terpakai untuk mengutip hutang atau menghantar barangan yang dipesan pelanggan. Hairan tak, begitu pantas dia dapat mengumpul wang untuk membeli kenderaan. Hairan juga bagaimana mudah dia dapat lesen memandu?

Bukan sahaja kita termangu-mangu memikirkan begitu ramai rakyat Pakistan berniaga di negara ini, begitu juga bagaimana pantas pendatang asing waima pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara lain sudah mampu hidup setaraf dengan kemewahan rakyat tempatan.

Oleh itu bukan satu perkara memeranjatkan apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati antara PATI yang mendaftar dalam Program 6P baru-baru ini bekerja sendiri malah sesetengahnya menjadi majikan di negara ini. 

Apa kita nak hairankan, ia sudah berlaku lama, KDN juga mengakuinya. Ada beribu-ribu warga asing dari Thailand berniaga restoran tomyam, kaum Rohingya berniaga sayur di pasar, warga India bekerja di kedai gunting rambut dan restoran mamak, warga Indonesia berniaga runcit, pasar malam dan menjadi kontraktor binaan.

Fenomena warga asing berniaga di negara kita mungkin bukan menjadi isu kepada sesetengah pihak berkuasa tetapi tidak kepada rakyat. Namun ramai warga tempatan tanpa sedar turut menyokong dari segi menggunakan khidmat atau membeli barangan jualan peniaga asing tersebut.

Bumi Malaysia memang subur dan bertuah kepada sesiapa yang rajin berusaha termasuk pendatang asing. Kalau tak kaya pun tapi boleh hidup senang.
Adakah wujud undang-undang atau peraturan yang mengatakan rakyat asing dibenarkan menjalankan perniagaan di negara ini sebagaimana layaknya pelabur atau pedagang yang berdaftar.

petikan : utusan malaysia

soo apa pandangan uols pula ?? .. yg pasti akak memang benci lah kalau keadaan jadi macam nie kan .. kalau di pekan lah di kawasan akak , di pekan sehari tuu , boleh dikatakan majoriti yg menjual kain2 disana semua pendatang dari KEMBOJA .. naik rimas sebenarnya .. akak pelik macam mana mereka dpt permit dan lesen dari pihak berkuasa nie .. , macam kes diatas tuu , siap dah masuk surat khabar pulak .. ape pihak2 berkuasa nie BUTE @ TULI kan telinga ???? ergghhh ( emooo disituu .. huhu )

ermmm entahlah .. sakit ati sbb bukan sekadar menjual kain2 tau , dah sampai dpt peluang menjual barang2 basah seperti ikan dan bawang2 tuu .. huhuh nampak sgt lahhh peniaga2 tempatan kita terpinggir .. dah lah dpt permit .. mereka boleh jual murah pulak tuu .. aduhhhhhhhhhh




22 comments:

  1. org kmboja smpai boleh bina rumah yg besar gedabak tau kak.. serius sy tekejut tgk umh tu.. yela, org asing blh jd kaya kt ngara kita..

    ReplyDelete
  2. lg satu dorang ni kak kalau jalan sebelah kite ramai org dorang ske gesel...eeiiii mmg geram...

    ReplyDelete
  3. Btl kak, kat tempat sy pun mejoriti peniaga kain org asing, sombong2 plk tuh...haish! xkoser nk layan apatah lg beli...huhu

    ReplyDelete
  4. pakse beli yg tak tahan tu...

    ReplyDelete
  5. tp bile dia0rg nieh mgambil kesempatan kt negara kita tue yg jd ssh kak..

    p/s: akak kene tagged..thanks..

    ReplyDelete
  6. kadang2 jd tak selesa ngan dorg ni.

    ReplyDelete
  7. pihak berkuasa dpt 'royalti' lew tew..sbb tu xde tindakan di ambil..hurmm =.=

    ReplyDelete
  8. cheqna pun tertanya2 camana mereka ni bebas berniaga di MALAYSIA..

    ReplyDelete
  9. Yelah kak..
    Ada setengah tmpt kat sini pun..
    Udah mcm bkn dlm Malaysia..
    Macam kita ni plak dah jadi warganegara asing sebab deme duk ramai berpusat di situ..
    Kadang menyampah pun ada..
    Take care dear & happy weekend.. ;)

    ReplyDelete
  10. ehemm..kalau rakyat tempatan nk brniaga siap kena kejar lagi..apa nak jadi ngan Malaysia ni.Lama2 rakyat mrempat dinegeri sendiri.

    ReplyDelete
  11. mmg ada kenal orp pakistan macam ni kak... mula naik beskal aje ..skrg ni dah siap ada kedai baju besar kat temerloh ni.... kita patut contoh semangat diaorg ni kak kak ieda

    ReplyDelete
  12. akak orang pekan ek..samalah..kemboja ni mmg takleh bagi muka..org melayu plak ada yg gile duit..jual tanah pada kemboja..dorang dr sebijik umah kwsn tu akan naik pai berpuluh2..tgk di tg agas..siap ada sekolah swasta..kat borong tu kemboja jual mahal jek..sama jek..

    ReplyDelete
  13. yang salahnya orang kita jua. Macam mana mereka boleh ada rumah, kalau orang kita tak jual tanah pada mereka. Dan yang ada tu, dapat permit, tp bagi kat PATI ni berniaga, kira ambil permit atas nama je, konon ada untung percent, tp yang berniaga orang lain. Orang kita juga yang salah menyebabkan mereka terus berleluasa...huhu

    ReplyDelete
  14. kdg2 terfikir jugak mungkin tu rezeki diorang..cuma kesian kat peniaga2 kita x ckp mkn nak hdp..diorg kalau dpt income skit pun, bila tukar dgn mata wang diorg, dah jd kaya raya dah tu.. :D

    ReplyDelete
  15. yang psti kan kak, diorg ni lebih kaya dari kita kan...buit duit sungguh

    ReplyDelete
  16. diaorang pandai berniaga..ada orang asing tanya kedai kosong utk disewa area rumah ema..

    ReplyDelete
  17. kadang2 comfiuss...aku ni berada kt negara mana nih...isk2...
    tp derang pandai amek kesempatan..mencelah2 di ruang yg adee...huhuhu

    ReplyDelete
  18. Sama la kat sini kak, kebanyakan penjual tertama pasar malam dan kedai runcit adalah dari acheh, malah ada yang dah ada kedai sdiri.

    ReplyDelete
  19. salam kenal...rasa kita seperti duduk kat bumi asing aje kan...sana sini ramai betul pedatang asing nie...siap ada kedai sendiri plak tu...org kita????huhuhu...:-(

    ReplyDelete
  20. ramai pendatang yang menjadikan bumi malaysia tempat mencari rezeki... pulang ke negara asal dengan kaya raya... tapi kita org malaysia macam tu juga... di mana silapnya...

    ReplyDelete
  21. dkt ngan sy tinggal ni siap ada pendtg pakistan boleh buat kedai runcit lg..jd mcm ni bila dia kawin dgn org kita..huhu


    psst sy tgk iklan nuff ni dah ok..tp mmg lately inchik nuff kedekut sgt nk tepek iklan..asik letak promo churp2 je..huhu

    ReplyDelete
  22. izan ingat lagi, dulu kakak ada upah org renovate umah dia. kaya betul indon tu siap ada berbiji2 banglo. senang betul mereka hidup di negara kita. org kita sendiri ramai yg merempat... salah siapa tu?

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...