Saturday, February 18, 2012

kecil dan sgt bermakna buat WANITA


salam semua

pic google

Perkara Kecil Namun Bermakna Buat Wanita

Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka. Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.

1. Pujian Meskipun Tanpa Solekan
Ketika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.

2. Mendengarkan Keluhan
Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.

3. Bantuan Tanpa Dipinta
Ketika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.

4. Memikirkan Hal-hal Kecil
Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupai isteri, suami akan makin dicintai.

5. Membuatkan Teh
Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.


oh sungguh bahagia sekiranya si suami @ orang tersayang sgt2 mengerti ;)

14 comments:

  1. kena ingat perkara isteri lupa eh?hehe..comel2..

    ReplyDelete
  2. betul tu. bukannya harta benda yang diminta. hanya sedit perhatian, kasih sayang

    ReplyDelete
  3. rasa dihargai je..kan??

    ReplyDelete
  4. salam :)

    hehe bab no 5 tu susah skit nak dapat..:p

    ReplyDelete
  5. Wahhh... seronok tu sekali sekala ada kerjasa sebegitu, kan?

    Apa salah lelaki buat rutin isteri. Sweet!

    ReplyDelete
  6. betul 2 kak..bkn materialistik pun kita ni,just nk perhatian je. even pd dia bnda 2 remeh tp sbnrnya pd kita sgt dalam kot maknenya

    ReplyDelete
  7. btul tu kak..rasa bahaginya jika dihargai sedemikian rupa..oh indahnya dunia...hehehe

    ReplyDelete
  8. betul tu.. bukan nak mintak harta or wang berjuta.. cukup la perhatian dr si dia..

    ReplyDelete
  9. hehe ssl t.hrp hb buat teh! tp yg ke 3 tuh mmng dia sgt tbaik ;D

    ReplyDelete
  10. Perkara yg kecil nielah x boleh diambil ringan oleh sang suami.....

    ReplyDelete
  11. wanita ni kan cpt jer tersentuh walaupun untuk hal2 yang kecil.. walau hal yg kecil pun tetap rasa dihargai dan balasanya akan lebih menghargai pasangannya..

    ReplyDelete
  12. owh...yer ke kak??hehe..orrait..Its noted..hopefully bila sy khawin nanti saya leh apply benda nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. tp biasanya benda yg remeh temeh ni le yg nampak remeh juga pd derang...hehee


    tp selalu dpt yg no 1 tu....hik2..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...