Monday, February 20, 2012

HUKUM kanta sentuh yg BERWARNA


salam semua

suke akak nak kongsikan bersama dengan artikel ini . Rata2 anak mu da mahupun wanita zaman sekarang tidak mengetahui adakah boleh atau tidak memakai kanta sentuh yg berwarna mahupun sebaliknya .. akak pernah terlintas dihati utk menggunakan kanta sentuh yg berwarna mahupun yg menyerlahkan mata hitam kita tuu .. 

tapi entahlahhh perasaan itu sedikit demi sedikit membuatkan akak lupa .. mgkin ianya bukan menjadi kepentingan buat akak .. maka akak sentiasa abaikan .. akak x nafikan akak ada menggunakan kanta sentuh , tapi memang pakai yg biasa2 sahaja , ada ketikanya akak pakai tatkala cermin mata akak rosak, nak menegur pun akak kurang pasti sebenarnya .. dan bila mengetahui tentang artikel ini .. suke akak nak share kan bersama2 ..

Apakah hukum memakai kanta sentuh yang 
berwarna terutamanya bagi wanita?

Jawab:
Di sini kami suka untuk memetik fatwa dari Syeikh ‘Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:


"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya utk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita.


Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang.


Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."


Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata:
"Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini.


Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?


Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.


Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.



Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata:


"Terdapat 2 jenis kanta sentuh:


1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.


2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.


Allahu’alam.


semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan maafaat yg sebaiknya buat teman2 semua .. mana yg x baik kita elakkan , mana yg elok kita amal2kan .. insyaallah semoga apa yg telah kita ketahui harap dpt kita jauhi , jgn seperti sudah mengetahui tapi buat2 x tahu dan masih melakukannya .. mohon selisih perkara sebegitu rupa .. aminnnnnnnnnnnnn ;)

ps : adeh .. adehhh lenguh pingang dan kaki .. turun naik , awat banyak nyeeeeeeeeeeee korjeeeeeeeeeee hari nie .. nak bernafas punn tercungap2 , otak jam duk fikirkan macam2  ..... huwaaaaaaaaaaaaa .... iedaaaa .. tarikh nafassss hembussssssssssssssssssssss :(

24 comments:

  1. nasib tak suka pakai contact lense :D

    ReplyDelete
  2. Banyak perkara yang kita anggap remeh di zaman ni, rupa-rupanya hal besar. Thanks for the info, :)

    ReplyDelete
  3. tq kak share info ni... moga apa yg baik kita ikut yg x baik jdkan sempadan...

    ReplyDelete
  4. akak mintak share..sbnrnya mmg dah tahu lama benda ni, dari zaman sekolah lagi sebab ustazah penah cakap apa-apa perbuatan seperti pakai lens bewarna,pakai wig,pakai eye lash semua tu adalah dilarang kerana telah mengubah ciptaan tuhan..

    ReplyDelete
  5. ratu slalu pakai bila cik kitol ada dan atas keizinan dia biasanya.lgpun ratu pakai yg ber 'power' mls nk pakai spec walau dh rabun.ehehe.

    ReplyDelete
  6. pakai spec kat umah, kat luar pakai kanta lekap yg jernih, sebab rabun... utk keselesaan diri sendiri...tak biasa berkaca mata...

    ReplyDelete
  7. guna mengikut keperluan dah la..kan?

    ReplyDelete
  8. TAK PERNAH PAKAI CONTACT LENS PUN...TAKUT NAK MASUKKAN DLM MATA

    ReplyDelete
  9. Info yg menarik. Nasib saya bukan jenis yg pakai kanta sentuh.

    ReplyDelete
  10. ok, tq for the info, walaupun tak pernah pakai kanta sentuh apatah lagi yang colorful punya..

    ReplyDelete
  11. ieda... really kakak nak kata thank you so much... anak kakak baru minggu lepas merengek nak guna yg warna coklat katanya cantik. Sekarang dia guna yg plain... Hmm.... kakak mohon copy nak bagi pada dia. Thanks ieda...

    ReplyDelete
  12. kak ieda..dulu saya pernah teringin nk pakai bila tgk kwn2 dok pakai..amboi cantiknya..adik saya pun pakai...tu yg saya teringin nk try..tp bila tgk cara nak masukkan dlm bijik mata tu terus saya tak jadi nk pakai..eiii..takut la..biar la tak pakai pun takper..

    ReplyDelete
  13. hehehe... tak pernah pakai contact lens.

    ReplyDelete
  14. yg penting tujuan seseorang tuh pakai kan...kalo tujuan nak menggoda mmg la salah or haram kan...

    ReplyDelete
  15. Yang penting..nawaitu kita..tp dh pernah dgr gak pasal ni..tq Ieda.
    Ank2 muda skrg mmg ramai yg pakai..

    ReplyDelete
  16. jat ni pun rabun jauh kak.tp jangan kata lens,spek mata pn kdg2 terlupa nk pakai.belum msuk part spek lupa mana letak.haha

    ReplyDelete
  17. Saya tak pakai lagi spek ni, walaupun ada sedikit rabun hihihi

    ReplyDelete
  18. sy xpakai contact lens sbb takut nk mskkan dlm mata..

    ReplyDelete
  19. rmai je nak cantik..tapi tak pikir panjang2..

    ReplyDelete
  20. Akak rimas tgk org pempuan pakai kontek lens yg jenis besar tu...aduii..comel sgt ke?? sume nk tiru org dari luar, naper??

    ReplyDelete
  21. awe kalu nak pakai kak..pakai yg biasa jerk..

    ReplyDelete
  22. izan tak pernah pakai contact lens. dulu2 pernah pakai cermin mata aje.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...