Thursday, February 16, 2012

HATI mudah TERSENTUH


salam semua

hati mudah tersentuh bila membaca berita kisah2 anak yg kehilangan ibu bapa , kematian ibu bapa dan kasih sayang diantara anak , ibu dan ayah .. terasa sebak bila membaca berita kematian yg menyayat hati bila panggilan IBU oh IBU tolong lah daku ... dada terasa sebak bagai disentap .. 

terlintas terus wajah2 anak2 yg masih kecil .. seolah menyamai kematian tragis kanak2 berusia 7 tahun dan adiknya yg baruuu berusia 2 tahunnn ... oh tuhannnn betapa tersiksanya kematian kanak2 ini ..

USUNG... anggota bomba mengusung jenazah Nurshazwani dan Nurafendi yang ditemui rentung selepas api dipadamkan.

‘Mak tolong...mak tolong’


MENGGATAL: “Mak tolong... mak tolong.” Itulah jeritan terakhir dua beradik sebelum perlahan-lahan hilang bersama bunyi rumah dimamah api dalam kebakaran di Kampung Gudon, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, Nurshazwani Hafize, 7, dan adiknya Nurafendi Ashraf, 2, ditemui rentung dalam bilik di rumah mereka sebaik api dipadamkan.

Ibu mangsa, Junaidah Doolyit, 32, berkata ketika kejadian dia mencuci pakaian di tingkat bawah, manakala dua beradik itu berada dalam bilik di tingkat atas. Selepas kebakaran itu disedari kakak mangsa, Junaidah cuba naik ke tingkat atas bagi menyelamatkan anaknya.

“Saya cuba naik ke tingkat atas, namun dihalang ahli keluarga kerana ketika itu api sudah marak dan sebahagian tangga terbakar. “Saya mendengar jeritan Nurshazwani beberapa kali meminta tolong, namun apakan daya api terlalu marak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.

Sementara itu, bapa mangsa, Hafize Abdullah, 28, berkata beberapa ahli keluarga cuba membantu menyelamatkan mangsa termasuk jirannya, Abdul Rahim Salin, 32, tetapi tidak berjaya. “Ketika itu, isteri saya meminta bantuan Abdul Rahim selepas dimaklumkan Nurshazwani dan Nurafendi terperangkap di dalam bilik.

“Abdul Rahim turut mendengar jeritan Nurshazwani di dalam bilik, tetapi disebabkan api terlalu marak, mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya. Datuk mangsa, Doolyit Alihusin, 64, berkata dia sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum seorang anaknya menjerit memberitahu api merebak di tingkat atas. “Saya turut cuba naik ke tingkat atas bagi menyelamatkan cucu, tetapi tidak berjaya kerana api terlalu marak. Muka saya turut melecur akibat bahang terlalu panas,” katanya.

sumber : hmetro

apakan daya ibu x dpt membantu .. ku doakan pemergian mu disebabkan lemas kan asap , tapi bukan disebabkan kesakitan yg amat sgt dek api kepanasan .. oh x dpt akak bayangkan betapa sakit dan deritanya azab sekirannya itu yg terjadi .. ya allah ya tuhan ku kau lindungi permata indah ini .. kau tempatkan mereka berdua di jannah tertinggi di sisi mu ... aminnnnnnnnnnn uhuhuhu ...

kalau anak kita sakit digigit nyamuk , kita marahkan nyamuk .. kalau anak terkena api panas dan luka cepat2 kita ambilkan ubat dan ubati luka mereka .. bagaimana agaknya perasaan ibu ini dengan kehilangan anak yg dikandung sekelip mata dalam musibah yg x dpt dibayangkan ini .. ;(

26 comments:

  1. Ya Allah kak, saya pun tak dapat membayangkan, kalau boleh biarlah anak2 tu lekat kat kita je..sedih, al fatihah untuk arwah mereka berdua.

    ReplyDelete
  2. Kalau YM pun, takleh byg la kalo jd bende cmtu kat anak YM.trauma agaknya kot. :(( al-fatihah.

    ReplyDelete
  3. Ieda... betapa hancur dah luluhnya hati mak-ayahnya sedangkan kita pun dapat merasakannya....

    ReplyDelete
  4. saya pun tak dpt bayangkan mcm mana perasaan mak ayah bdk2 nih. harap mereka banyakkan sabar terima dugaan ini.

    ReplyDelete
  5. ya Allah kak...terbayang2 betape siksa nye si comey tu menemui ajalnye......ya Allah ya tuhan ku, kurnikan laaa syurga yg indah tuk bidadari kecil ini ya Allah....

    *lieya pun sayu bile bace berita2 mcm ni kak.....

    ReplyDelete
  6. w/pn sy lom ade anak lg..tp sy ade naluri keibuan yg sgt tinggi (ecehh)

    sy syg family sy n sy pon tumpang sedih bace entry ni! :'(

    ReplyDelete
  7. Hanya dgn kata2 "mak tolong"..buatkan air mata kita juga bergenang..apatah lagi mak dan ayahnya yg pasti sepanjang hayat akan terngiang-ngiang dgn jeritan itu....Semoga Rohnya tenang Di Jannah...

    ReplyDelete
  8. Ya Alla ieda, yus menangis baca berita ini...

    kesiannya dua beradik itu. Tak dapat yus bayangkan apa perasaan ibunya yg mendengar jeritan minta tolong dari anaknya tapi tak dapat berbuat apa2 kan....

    ReplyDelete
  9. Mmg tak boleh dibygkan.. iyer laa si ibu masih dengar lagi anak mintak tolong.. tapi tak dpt nak tolong..

    Moga anak2 ini akan tunggu ibunyaa dipintu syurga..

    ReplyDelete
  10. sedih sgt :(

    kita sbg ibu kalau baca mmg cepat tersentuh..lagi2 berita sedih mcmni..semoga dijauhkan perkara2 tak dingini terjadi..dan semoga keluarga mangsa tabah hadapi ujian ini ~

    ReplyDelete
  11. kesian kak saya baca cerita ni, tetiba sakit rasa ulu hati ni. malang tidak berbau. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    ReplyDelete
  12. WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAa... ahkakkkkk nape entry syahdu sgt2 ni .. x benti air mato ku kuor kak .. huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  13. izan yg baca ni tak dpt bayangkan camna ibu dia hadapi saat2 genting tu kak... sedihnyaaa tak dpt dibayangkan.

    ReplyDelete
  14. Tamo baca, baca tulisan besar je pun dah wat hati saya meruntun...

    ReplyDelete
  15. salam akak...i'm back....rindu akak....

    ReplyDelete
  16. mmg sedih sgt baca ni.. tp apakan daya.. smoga bidadari syurga ini tng disana..amin..

    al-fatiha

    ReplyDelete
  17. kesian sangatkan. lagi sedih sebab dengar suara minta tolong tapi kita tak mampu nak tolong.
    alfatihah utk 2 kanak2 itu

    ReplyDelete
  18. Ya Allah..mesti itu menjadi pengalaman paling pahit untuk dia..Takziah kepada keluarga mangsa..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  19. ya Allah sedihnye
    takziah pd keluarga

    al-fatihah tuk arwah

    ReplyDelete
  20. innalillah..
    takziah untuk keluarga mangsa..
    sedih sangat baca tu kak..memang tak dapat bayang..depan mata jer pergi..trauma betul..punca kebakaran kenapa ya?

    ReplyDelete
  21. Ya Allah kak..sedihnya ... terbayang macaman klu munna jadi ibu tu...tak sanngup rasanya

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...