Tuesday, February 14, 2012

HARI - HARI berkasih sayang


salam semua

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat) – Surah Al-Hajj,77

UNIK... Pelbagai cara dan kreativiti ditunjukkan oleh penjual bunga dan hadiah sempena sambutan hari kekasih atau Valentine's Day yang disambut hari ini (Selasa). Kelihatan Sebuah kereta antik jenis Volkswagon dihiasi dengan tema hari kekasih dengan meletakkan bunga-bungaan dan hadiah sebagai tarikan kepada pengunjung ketika tinjauan 
fotoBERNAMA di Kuching, Sarawak

TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai. 

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”
Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

lagi DISINI


hari2 kita umat islam berkasih sayang , x pernah ada hari yg specific kan .. sooo same2lah kita berkasih sayang sepanjang kehidupan kita , dan sentiasalah memohon keberkatan dari allah yg maha esa .. tingkatkan kecintaan kita kepada dia yg MAHA AGUNG dan MAHA KAYA .. aminnnnnnnnnn

16 comments:

  1. say no to valentine's day!say yes for our anniversary..ehikss.. :D

    ReplyDelete
  2. buang masa, buang duit sume ni
    time ni la sume bunga coklat jd mahal

    membazir..

    ReplyDelete
  3. time ni semua org pun ambik kesempatan naikkan harga, terutama penjual bunga, berganda2 mahalnya

    ReplyDelete
  4. Bulan february bulan kelahiran insan2 kesayangan qema..suami, mek,abah & ayah mertua:)

    ReplyDelete
  5. em kdg2 masing2 dh tau haram tp still suka2 nak sambut especially anak2 muda ni ha bkn geti pun org ckp takble.sng ckp...lu pk lah sendiri :)

    ReplyDelete
  6. eh.. cantiklah pulak kereta tu..hihii

    ReplyDelete
  7. emm tu la.. ari2 kita berkasih sayangkan kak... tp dah tentulah dgn hubby kita kan... yg dah sah2 halal :-)

    ReplyDelete
  8. "Valentine's Day - Bukanlah HARI KASIH SAYANG" Tapi 14 Februari adalah HARI KEMATIAN seorang PASTUR yg bernama J. Valentina yg mati bunuh diri kerana tidak dapat bersatu dgn kekasihnya. Pada malam itu mereka telah melakukan hubungan terlarang
    kemudian mereka bunuh diri bersama². Kita telah diBODOHkan oleh org Yahudi dan Nasrani. Jadi umat Islam jgn pernah meraikan "Valentine's Day"!!


    betul kak..hari2 kite berkasih syg kan..slm n morning kak ;)

    ReplyDelete
  9. dulu2 tu ada lah sambut.. zaman jahiliay. tp bukan sambut beriya2 pun . takat dapat makan sama2 je.. dpt bunga. itu pun sekali dua je. NOW.no more...ALHAMDULILAH..

    ReplyDelete
  10. kt ada 365 hari setahun..jd hari2 adalah utk bkasih syg.. xperlu tunggu 14hb... sbb setiap wakru n saat y kita bpluang untuk nikmatinya hruslah dihargai dgn org2 tsyg..

    ReplyDelete
  11. Say NO to V-Day. My Hubby dah siap2 warning dah time couple2 dulu...NO V-Day...hehhee

    ReplyDelete
  12. Ikutlah jejak Nik Aziz pasal Hari Suami Isteri, tak silap pada bulan Feb ni la kan? :)

    ReplyDelete
  13. comel aje deko2 valentine nih...
    x pyh tunggu valentine nk bg adiah,
    arilen pun boleh.. sume saya kaut.. hahahha

    ReplyDelete
  14. Hubby dari dulu lagi V-day nie bukan budaya org Islam...

    ReplyDelete
  15. tu la..watpe nk berkasih sayang masa 14 feb jer..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...