Sunday, February 5, 2012

HARAM berinai bagi lelaki


salam semua

tadi duk jalan2 ke rumah blogger2 petang2 nie .. bosan duk rumah kan .. membuat kunjungan balas teman2 yg menyinggah rumah akak .. hurmm sekali masuk dlm satu blog adik nie .. , dia da menyentuh pasal HARAM memakai inai bagi lelaki dan sunnat bagi perempuan yg dah berkahwin dengan izin suami .. 

hurmm sgt2 menarik sbb masa akak kawin dulu , hubby akak pun berinai 3 jari .. haaaaaaa rasanya ada diantara uols yg macam akak jugak kan .. kalau mana yg x buat tuu alhamdulillah .. bagi akak , akak memang x tahu sehinggalah menemui hadis yg sahih macam dibawah ini ..

mari akak kongsikan bersama .. selepas ini , bolehlah kita memberikan teguran kepada sanak saudara lelaki kita yg nak berkahwin yang ingin berinai , kerana berinai bagi lelaki itu hukumnya HARAM .. huhuhu

pic google

Diharamkan mewarnakan badan seperti tangan dengan inai dan seumpamanya bagi orang lelaki melainkan ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya.

Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:

Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis2 yg masyhur; dan diharamkan kpd lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.

Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dr mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain2.

Dalil pengharaman adalah seperti berikut:

1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara'. Nabi bersabda:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)


2. Hadis berikut:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melarang lelaki untuk memakai wangian Za'faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).


Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za'faran.


4. Hadis riwayat Ya'la:

أن رسول الله راى رجلا متخلقا فقال: اذهب فاغسله ثم اغسله ثم لا تعد.

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki memakai sejenis wangian yg berwarna kekuningan dan kemerahan. Baginda bersabda: Pergilah basuh, pergilah basuh kemudian jangan buat semula. (HR Tirmizi dan Nasaie) sanad yg lemah.


5. Hadis dr Abi Hurairah:

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.

Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah s.a.w bersabda: "Kenapa dengan lelaki ni?" Para sahabat menjawab: "Dia menyerupai wanita" Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie'.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah.


Rujukan: Majmuk oleh Imam Nawawi dan Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahab...

petikan : SINI

alhamdulillah selepas kita mengetahui semua ini , diharap selepas ini kita kena lebih berhati2 kan .. mana yg dah lepas tuu , nak buat macam mana .. x tahu .. dah tahu jangan lah kita buat2 x tahu dan tetap nak teruskan juga .. insyaallah yg mana x betul sama2 kita perbetulkan .. 

semoga kehidupan kita sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat 
dari allah .. aminnnnnnnnn


12 comments:

  1. syukurlah hubby saya tak pki inai dulu..nice info sis.tq ye

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak berkongsi info ini..

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak berkongsi info ini..

    ReplyDelete
  4. Bior pompuan je lah yg berinainya...yg. lelakinya x yah susah2 kan...;)

    ReplyDelete
  5. oh ye ke? baru tau..tq for the info kak..

    ReplyDelete
  6. bru tau.tq for sharing kak
    t xnk bg lh incik tunang pkai bl kawen ni

    ReplyDelete
  7. thx for the info sis :)
    i love to read all ur entries..

    ReplyDelete
  8. Inai di jari kite pown dh nk abis dh....huhuhu....

    ReplyDelete
  9. tq sbb share kak! pasni blh kite ingat mengingati ;)

    ReplyDelete
  10. Salam perkenalan dari Ayohwang.. Maklumat yang sangat menarik.. Ilmu yang baik untuk di kongsikan Alhamdulillah

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...