Sunday, February 26, 2012

diROGOL & diBENAM kedalam KOLAM


salam semua

sedih bila baca kisah remaja ini .. ya allah apalah nak jadi dengan manusia zaman skrg nie .. pelbagai kisah zalim dan tidak berperikemanusiaan yg telah dilakukan .. perilaku mereka mengalahkan haiwam yg kenal erti kasih sayang .. susah nak cakap .. sekadar melihat dan membaca kisah2 ini utk dijadikan teladan dan panduan agar kita sekeluarga lebih berhati2 .. 

takut sebenarnya mengenangkan akak yg ada 2 anak dara yg semakin membesar .. perjalanan kehidupan mereka skrg banyak dugaanya .. harap2 kita tidak telepas pandang dengan perkara2 ini ... mohon allah merlindungi kita semua .. insyaallahhhhhh

mangsa di rogol dan di benam kedalam kolam di rumah belia .. sedihnyaaaaaaaaa , malang sungguh nasib remaja ini bila mengenangkan keadaan dia diperlakukan sehingga dia di jemput illahi .. pic: hmetro

TAIPING: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di sini, petang kelmarin.

Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato’ Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.

Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang.

sumber :hmetro

semoga kita semua dilindungi allah selalu .. kerana orang2 zaman skrg dah hilang kewarasan diri .. duduk rumah dah rasa x selamat lagi .. inikan bila kita berada di luar rumah .. berdoalah selalu agar kita dan keluarga kita dilindungi allah selalu ..

20 comments:

  1. kenapa la jahat sgt manusia binatang tu...hanya kerana nk lepaskan nafsu sanggup berlaku kejan samapi gitu sekali..sedih betul la..

    ReplyDelete
  2. lawo arwah remaja nie
    emmmm adakah perogol tu dah aim ngan budak ni...sian betul...kalo dpt perogol tu xyah sebat2..xyah penjara 12 13 taun baik digantung smpi mati...dah rogol..bunuh plak...keparat betul..

    mtk2 kita semua dijauhkan dr segala kejadian buruk cam ini..amin

    ReplyDelete
  3. sedihnya kak..apalah nak jadi..al fatihah untuk arwah..cantik sgt orangnya..

    ReplyDelete
  4. comel kan adik ni..apa kes ntah buat perilaku kejam ..tade hati perut lansung, cuba org lain buat kat mak,kakak,anak sedara dia, or adik dia, waima nenek dia...macm mane rasa..emo betul bc kisah2 mcm ni..

    ReplyDelete
  5. comel adik nie...individu tersebut tidak berhati perut...yang pelik camna boleh masuk umah...

    ReplyDelete
  6. tu la kan kak.. ad gak baca dm paper tadi.. Sampai hati buat macam tu..

    ReplyDelete
  7. manusia sendiri makin kejam..
    moga kita dijauhkan dari perkara sebegini..~

    ReplyDelete
  8. kakieda, wajah mangsa ni sebijik mcm pelakon sinetron indon Cinta Laura Kiehl.cian sesangat remaja ni, diperlakukan sekejam itu.Harap yg pelakunya itu mdpt hukuman yg setimpal

    ReplyDelete
  9. takutnya zaman skrg ni mcm2 blh berlaku...js mmg terlalu prihatin pasal keselamatan..

    semoga kita senantiasa dilindungi olehNya ....ameen

    ReplyDelete
  10. astaghfirullah kenapa la org tu sanggup buat macam tue... tak der perasaan kasihan ka?

    ReplyDelete
  11. Moga arwah tenang di sana n penjahat tu di hukum seberat2nya

    ReplyDelete
  12. ni fizikal aje manusia tp hati dh berhati syaitan dh ni...jahat sunggoh..

    kat taiping lak tu..mm...semoga dicucuri rahmat ke atas roh adik ni..

    ReplyDelete
  13. Kesiankan. Mudah mudahan Allah sentiasa menjaga keluarga kita dari musibah.

    ReplyDelete
  14. nauzubillah..Knapalah ada manusia sekejam itu...

    ReplyDelete
  15. ni lah petanda akhir zaman.Manusia dah tiada pedoman.Semoga kite dan keluarga dilindungi oleh Allah S.W.T.amin.

    ReplyDelete
  16. Tragisnya.. :(

    tumpang sedih....semoga rohnya dicucuiri rahmat Ilahi~Al-Fatiha~

    ReplyDelete
  17. Inilah yg akk takutkan sgt masa kejadian "jantan keparat" tu sis...Ya-Allah kasihan dia...dibunuh dlm rumah sendiri kan...kejadian pulak diwaktu siang hari..Ya-Allah lindungi kami semua dari kekejaman manusia laknat begini....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...