Monday, February 27, 2012

ADU DOMBA , Fitnah PEROSAK BANGSA


salam semua

mari akak kongsikan bersama artikel ini .. semoga ianya menjadi ingatan buat diri akak dan kita bersama , insyaallahh

Sesungguhnya, nilai seseorang ada pada lisannya. Nilainya akan baik jika lisannya baik, atau sebaliknya. Bahkan Rasulullah SAW memberi jaminan syurga pada seorang Muslim yang dapat menjamin lisannya.

Daripada Sahal bin Sa’ad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjamin untukku apa yang ada di antara kedua dagunya (lisan) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluan) maka aku akan menjamin untuknya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Mereka yang suka mengadu domba juga diancam dengan azab di alam kubur. Ibnu Abbas meriwayatkan, Suatu hari Rasulullah SAW melewati dua kuburan lalu bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya penghuni kedua kubur ini sedang diazab. Dan keduanya bukanlah diazab kerana perkara yang berat untuk ditinggalkan. Yang pertama, tidak membersihkan diri dari air kencingnya. Sedang yang kedua, berjalan ke sana ke mari menyebarkan namimah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Imam An-Nawawi berkata: “Dan setiap orang yang disampaikan kepadanya perkataan namimah, dikatakan kepadanya: Fulan telah berkata mengenaimu begini. Atau melakukan ini dan ini terhadapmu, maka hendaklah ia melakukan enam perkara berikut:

l Tidak membenarkan perkataannya kerana tukang namimah adalah orang fasik

l Mencegahnya daripada perbuatan itu, menasihatinya dan mencela perbuatannya.

l Membencinya kerana Allah SWT, kerana ia adalah orang yang dibenci di sisi Allah SWT. Maka wajib membenci orang yang dibenci Allah SWT.

l Tidak berprasangka buruk kepada saudaranya yang diceritakan mengenainya oleh pelaku namimah.

l Tidak mencari-cari aib saudaranya kerana namimah yang didengarnya.

l Tidak membiarkan dirinya ikut melakukan namimah, sedangkan dirinya sendiri melarangnya.

Maknanya, jangan pula ia menyebarkan perkataan namimah itu dengan mengatakan, “Fulan telah menyampaikan padaku begini dan begini.” Dengan begitu ia juga menjadi tukang namimah kerana melakukan perkara yang dilarang.

Lebih daripada itu, hendaknya kita tidak memendam hasad kepada saudara dan namimah adalah akhlak tercela yang dibenci Allah kerana menimbulkan permusuhan, sedangkan Islam memerintahkan supaya kaum muslimin bersaudara dan bersatu bagaikan bangunan yang kukuh.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu saling mendengki, saling membenci, saling bermusuhan, dan janganlah kamu menjual barang serupa yang sedang ditawarkan saudaramu kepada orang lain, dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.” (Hadis riwayat Muslim)

Berusaha dan bersungguhlah untuk menjaga lisan dan menahannya daripada perkataan yang tidak berguna, apalagi perkataan yang kerananya saudara kita disakiti dan dizalimi. Sesungguhnya, mulut seorang mukmin tidak akan berkata kecuali yang baik.

Oleh Hashim Ahmad

Semoga Allah SWT selalu melindungi kita daripada kejahatan lisan dan tidak memasukkan kita ke dalam golongan manusia yang rugi di akhirat kerana lisan yang tidak terjaga ini.. aminnnnnnnnnnnnnn

13 comments:

  1. masyarakat kita paling kuat yg mengadu domba..hehe

    ReplyDelete
  2. pernah sekali difitnah.. macam tak tertangguh rasanya..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas pengkongsiaan ini,semoga menjadi ingatan buat kita semua.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. paling tak suka dpt kawan yg suka daji pengadu domba ni....

    ReplyDelete
  5. tak suka jugak kawan cam nie...nice entry..

    ReplyDelete
  6. bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa......terima kasih diatas peringatan...sama2lh kita ke arah yg lbh baik.

    ReplyDelete
  7. ramai je org yg suka fitnah ni.. kt ofis ni pon byk sungguh talam 2 muka..

    semoga diri kita terhindar dr perbuatan ini..

    ** pernah terkena gak.. huhu

    ReplyDelete
  8. sama2 lah kita renungkan dan bermusahabah diri..

    ReplyDelete
  9. Sgt la bahaya..ingatan yg sgt berguna ni kak

    ReplyDelete
  10. antara penyakit yg fofularr.......huhuh

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...