Tuesday, February 14, 2012

3 gadis SERIGALA ~ subhanallah


salam semua 

terperanjat bila baca berita kisah 3 beradik ini .. besar sungguh kekuasaan allah terhadap hambanya .. apa yg dia kehendakkan pasti akan terjadi .. kita manusia haruslah memuhasabah diri diatas kejadian2 ini .. 

x terfikir dan x terbayang oleh minda akak akan kejadian pelik ini .. sesungguhnya allah itu maha berkuasa dan setiap kejadian darinya pasti ada hikmah disebaliknya ..

3 beradik serigala

Sebuah kejadian aneh yang hanya terjadi kepada 1 dari 1 billion manusia, dialami oleh 3 orang adik-beradik yang tinggal di Pune, India Tengah ini.

Wajah mereka hampir seluruhnya ditumbuhi oleh rambut, serta bentuk wajahnya mirip dengan serigala. Keadaan ini dikenal sebagai Werewolf Syndrom, atau sindrom serigala.

Savita, 23, Monisha, 18, dan 16-tahun Savitri Sangli, mewarisi gangguan hipertrikosis universal dari ayah mereka. Sementara 2 orang adik perempuan mereka lagi, tidak mengalami kelainan tersebut.

Walaupun demikian, adik beradik ini masih berharap suatu hari nanti mereka dapat melakukan perubatan dengan laser yang dikatakan boleh mengurangkan rambut yang tumbuh secara berlebihan di wajah mereka.

Mereka juga berharap dapat menjalani kehidupan normal seperti wanita lain iaitu berkahwin dan mempunyai anak. Hipertrikosis universalis adalah penyakit genetik, di mana sel-sel yang biasanya mematikan pertumbuhan rambut di daerah yang tidak biasa, seperti kelopak mata dan dahi, tidak bekerja dengan baik.

Setiap hari, mereka harus menggosok sebuah krim khas yang boleh melambatkan pertumbuhan rambut di wajah mereka. Perawatan dengan sinar laser untuk menghentikan pertumbuhan rambut di wajah menelan kos sekitar 350,000 rupee atau lebih kurang RM22,000 seorang.

Ibu mereka, Anita, 40, berkata bahawa ayah gadis-gadis itu, yang telah meninggal tahun 2007, juga menderita sindrom tersebut. Di awal perkahwinan mereka, dimana Anita tidak mengetahui bahwa suaminya itu ternyata menderita penyakit aneh.

“Saya dipaksa berkahwin semasa berusia 12 tahun dengan ayah mereka, jika saya tidak mahu, maka saya akan dibunuh,” terang Anita, seperti berita Dailymail (08/02/12).


ya allah ya tuhan .. minta selisih sebegini kejadian 
pastinya ada hikmah di sebalik semua ini 
semoga allah sentiasa melindungi kita semua dan tidak diduga dengan musibah2 dan kejadian2 pelik yang sebegini rupa .. aminnnnnnnnnnnnnnnnnn

15 comments:

  1. sy pun penah baca pasal ni kat metro hari tu..kesian pulak tengok dorang..bak kata akak, mintak selisih benda2 macam ni..

    ReplyDelete
  2. dugaan hidup utk mereka..tumpang simpati moga masyarakat tak menyisihkan depa ~kesian atas nama manusia

    ReplyDelete
  3. subhanaAllah..kalau jat tgk gmbar je,mesti ingt edit tau kak.kuasa Allah.

    ReplyDelete
  4. alahai..kesiannya
    dahlah perempuan kan

    ReplyDelete
  5. sekali tengok cam edit jer... tp kita kena laa jua akui...itu semua ciptaan tuhan kan...=)

    ReplyDelete
  6. ya Allah...kesiannya dorang..semua adalah kehendakNYA..kak ieda cari kt mana background cantik ni..blh kasi link tak.

    ReplyDelete
  7. isk tak kawin kena bunuh.sampai camtu skali kan.sian anak2 dorang...pompuan lak tu...

    ReplyDelete
  8. huhu.. mcm2 dlm dunia ni..apa pon semuani ciptaan allah..setiap ciptaannya ada keinsafan n rahsia tsembunyi.. hanya tuhan y tahu

    ReplyDelete
  9. sian diaorg kan kak...mesti diaorg pun tak mau jd mcm tu...moga usaha mereka nak pulih berjaya...

    ReplyDelete
  10. kesian kat 3 beradik ni...hanya tuhan je tahu hikmah di sebalik ape yang berlaku...

    ReplyDelete
  11. allahuakbar
    sian derang tu...

    ReplyDelete
  12. SubhanaALLAH,minta dijauhkan juga dri kaum keluarga kami...

    ReplyDelete
  13. 1 dari 1 billion....populasi yg amat sedikit namun impaknya cukup besar buat 3 beradik ni...Kekuasaan Allah yg tidak kita ketahui apa disebalik semua kejadian ini...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...