Wednesday, February 29, 2012

oh ini ERYKAH BADU


salam semua

oooooo ini erykah badu tuu .. ha yg duk cerita skrg tuu hot sgt tuu ..  seriusss akak x kenal ... uols kenal ke ?? akak ingatkan orang melayu kita .. bukan org melayu or islam kan ?? 

pic : abang NARA

Ramai yang terkejut mendengar berita yang telah diumumkan mengenai pembatalan konsert Erykah Badu. Pembatalan ini dilakukan kerana Erykah Badu melanggar etika sensitivi agama Islam. Ini semua adalah kerana tatoo Allah yang pernah berada di badan Erykah Badu.
sumber : abang NARA

PENGGUNA FB update status lepas xtvt SEKS


salam semua

haaaaaaa nie menarik nie ekekke .. sumber nie akak dpt dari email .. banyak lagi sebenarnya yg pelik2 di FB nie .. tapi ini adalah diantara yg menarik minat akak utk akak kongsikan bersama .. sbb semua sedia maklum penggunaan FB sekarang sudah sgt2 meluas .. hurmmm ada pro & kontra dia kan .. so fikir2 lah adakah ini pro @ kontra nyaaaaaaaaa .. ;)


Sebanyak 36 % pengguna laman sosial akan mengemaskini status di Facebook dan Twitter mereka selepas hubungan seks.

Kajian ini dibuat pada Oktober 2009 mendapati laman sosial sangat penting dalam kehidupan masa kini, hingga menyebabkan pengguna akan selalu mengemaskini status mereka walau di mana dan di dalam apa keadaan sekalipun.

36 % mengakui mereka akan mengemaskini laman facebook atau bertwitter selepas hubungan seks. 40% dari responden memeriksa laman FB mereka semasa memnadu. Lain-lain responden melakukannya di pejabat/atau tempat kerja. Selebihnya akan memeriksa FB mereka di lokasi percutian atau tempat bersantai yang mempunyai kemudahan internet.

Dari kajian kajian mengenai kepelikan FB di luar negara ni, ada jugak yang pelik2 berlaku di Malaysia ni, antara yang pelik dulu ada keluar dalam berita, gadis disantau melalui facebook dengan hanya menggunakan gambar yang dimuatnaik. Kes perceraian dan kecurangan pasangan jugak berlaku di Malaysia, tetapi tak pasti berapa peratus kes seperti itu berlaku.

sumber : nurisz space

ada gak macam nie erkkk .. ahhahaha macam2 hal lahhh , x tahulah kalau ada dikalangan anda semua pernah buat macam nie .. x kannn ekekke .. adehhhhhhhhhh

NAIKKAN seri di wajah MU


salam semua

akak nak share salah satu petua seri diwajah kita sebagai orang perempuan,
selalu inilah cara yang menjadi amalan akak sejak dari anak dara lagi , insyaallahhh


Ambil sedikit air dan selawat nabi sebanyak 3 kali dan sapukan kepada wajah setiap kali sebelum mengambil air sembahyang x kira waktu sembahyang , terutama sekali diwaktu sembahyang subuh. Insya'allah wajah akan kelihatan berseri - seri .. ;) cubalahhhhhhhh



Tuesday, February 28, 2012

JOM GELAK ~ adeh !


salam semua

ahahhaha sabor jelahhh .. jom kita longgar2kan rahang kita malam2 nie .. ekkeke adehhhh senak perut akak nie ..



POSMEN

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


SURAT

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
merah tu?"

DATANG BULAN

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "


Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.
Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."



sangatlah RUGI ~ wahai kaum lelaki yg LALAI di HARI JUMAAT


salam semua

baru kejap terbaca pasal khutbah jumaat .. kebaikan dan pahala yg besar kepada yg pergi menunaikan solat jumaat .. special buat lelaki .. bertuah kan .. haa ada juga akak baca persoalan berkenaan penggunaan telefon bimbit sewaktu khutbah jumaat nie .. 

haaa rupenya ada ye , yang leka dengan hp nie .. apee lahh sah2 kalau solat jumaat nie khutbah nyee lah yg kita perlu dgr .. ambil perhatian kan .. hurmm pelik lahh bila ada org2 yg sanggup main game sewaktu khutbah jumaat di bacakan .. aduhhhhhhh

pic google

APAKAH hukum menggunakan telefon bimbit ketika khutbah Jumaat. Persoalan ini timbul kerana sejak kebelakangan ini saya perhatikan ramai jemaah leka menggunakan telefon bimbit.

Memang tiada perbualan, tetapi nampaknya mereka lebih menumpukan perhatian kepada aplikasi di dalam telefon bimbit seperti permainan daripada menumpukan perhatian kepada isi kandungan khutbah.

FIZIE,
Selangor

KHUTBAH Jumaat berperanan untuk mengingatkan masyarakat Islam terutama kaum lelaki kepada Allah dan ajaran Islam yang disampaikan khatib setiap minggu.

Bagaimanapun, keadaan masyarakat yang makin sibuk dengan tarikan duniawi dan langit terbuka (globalisasi) menyebabkan mereka alpa untuk menghayati isi khutbah itu sendiri.

Ditambah pula apabila Jumaat adalah hari bekerja sudah tentu banyak urusan perlu dilaksanakan. Selain itu, sikap umat Islam sendiri yang mengambil ringan kewajipan solat Jumaat dan kandungan khutbah disampaikan.

Menggunakan telefon bimbit ketika khatib menyampaikan khutbah adalah bertentangan dengan adab mendengar khutbah.

Rasulullah menyuruh mereka yang hadir mendengar khutbah supaya diam dan khusyuk. Sabda Baginda “Jika engkau mengatakan kepada sahabatmu pada hari Jumaat ‘diam’ padahal imam pada ketika itu tengah berkhutbah, maka sesungguhnya engkau benar-benar berkata sia-sia.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perbuatan itu tidak sepatut�nya berlaku kerana mengakibatkan pelaksanaan kewajipan Jumaat tidak sempurna. Ganjaran keampunan Allah daripada Jumaat ke Jumaat seterusnya mungkin terlepas.

Oleh itu menggunakan telefon bimbit ketika khatib menyampaikan khutbah adalah makruh. (Lihat juga, artikel, ‘Jangan Sia-siakan Pahala Sembahyang Fardu Jumaat Hanya Kerana Telefon Bimbit,” http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2011/bil27-2011.pdf)


jgn lah kita buat perkara yg sia2 .. rebutlah peluang memperbanyakkan pahala dan menebus dosa pabila diberi kesempatan sebelum kita dijemput ilahi .. bukankah mendengar khutbah jumaat itu adalah suatu pahala yg perlu direbut oleh semua orang yg bernama lelaki .. 
sekiranya ia terjadi anda sesungguhnya anda adalah didalam 
golongan orang yg RUGI ... ;(


ps : huhuh nie baru boleh online dan publish entry .. baru lepas masuk pembentangan markah periksa uitm dari kul 9 pagi tadi .. pi lunch lak .. lapoor ya amatt .. huhuh kang sambung lagi pembentangan huhuhu

Monday, February 27, 2012

macam ROYAL WEEDING ~ lisa & yusry


salam semua

serius akak cakap memang terpegun dgn majlis resepsi LISA & YUSRY nie ... meriah dan ala- ala ROYAL WEEDING kan .. betul tak .. seriusss sgt2 gah gituu .. x gaya weeding artis2 biasa tau ..  dgn persalinan , wajah pengantin sehinggalah ke pelamin majlis ini sgt2 lah menampakkan keanggunan dan memang setanding royal weeding .. bila melihat lisa , akak teringatkan perkahwinan besar2an putera raja britain KATE & WILLIAM .. sgt2 cantik dan kemas .. persandingan mereka kan






 pelamin nie seakan2 singgahsana pengantin diraja kan .. ( pandangan akak lahh ) .. sgt2 kemas dan x serabut dgn bunga2 an ... dan berdirinya mereka berdua tuu seolah pasangan diraja .. see .. see ...see kan ;)

dan paling x tahan ialah pic last LISA nie .. seriusss lahhhh macam persalinan KATE je kan .. ahahhaha nampak ROYAL disitu tau .. memang pandai lahh pereka fesyen pakaian persandingan lisa nie .. saloute u !!!

v

v

v

v


 terserlah kejelitaan lisa bagai puteri diraja yg penuh bahagia bila dilamar puteranya .. ecehhhhhhh

SEMOGA BERBAHAGIALAH HENDAKNYA

PUDING ROTI LAICI ~ ermm nak lagi !


salam semua

ini kisah minum petang kami  .. asal nye banyak sgt pilihan dari anak2 .. ibu buat ini .. ibu buat itu .. hhuhuhu yg mana satu .. bila tanye hubby lagilah pulak , siap dia tgk pic dulu mana yg nampak menaik .. ahhahah sib baik yg menarik tuu senang nak buat .. agak berbeza sbb kali nie akak buat ada ubuh laici ... ha 1st time buat nie .. jadi try lah buat , sibbb baik jadi .. ekekke .. 

cuma kalau dulu akak buat semua bahan2 akak blend dan tuang je dlm acuan yg dah sedia roti dan bahan2 lain tuu .. lepas tuu terus bakar .. kali nie dlm resepi tuu suh akak rendam dulu bahan2 nie dengan roti yg siap di koyak selama 1 jam .. masa tuu akak x tunggu sejam dahh .. 1/2 jam jeee dah tuang dlm acuan .. ekekek x sabor sebenarnyeee ..




bila tgk masa nie , baru kuar dari oven kannn .. x sabor2 nak makan .. cantikkkkkkkkkk je .. geram pun adee 


akhirnyaaaaaaaa taraaaaaaaaaaaaaaaa .. dah jadi .. siap dihidangkan .. x tunggu sejuk lama2 .. anak2 dah mengelupur nengokkk kan buah laici tuu ekeke


close up sikitt .. kasi sakit ati uolsss ekekke eh eh eh ape beza pic nie ngan atass erkk ekekke  ..  sowi2 ... nie special buat hubby akak .. balik2 dari buat kerja terus tanye .. jadi tak puding yg abang nak tuu .. ekekkek sabor je lahh mauu x jadi .. ahahahah x jadi punn akak buat jugak bagi jadi .. ;)

syukurrr .. bila dah makan semua .. anak2 suh buat layie .. haaaaa kalau nak buat kena tunggulah ujung minggu ... kali nie kita buat resepi lain lakk k ;))

ADU DOMBA , Fitnah PEROSAK BANGSA


salam semua

mari akak kongsikan bersama artikel ini .. semoga ianya menjadi ingatan buat diri akak dan kita bersama , insyaallahh

Sesungguhnya, nilai seseorang ada pada lisannya. Nilainya akan baik jika lisannya baik, atau sebaliknya. Bahkan Rasulullah SAW memberi jaminan syurga pada seorang Muslim yang dapat menjamin lisannya.

Daripada Sahal bin Sa’ad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjamin untukku apa yang ada di antara kedua dagunya (lisan) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluan) maka aku akan menjamin untuknya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Mereka yang suka mengadu domba juga diancam dengan azab di alam kubur. Ibnu Abbas meriwayatkan, Suatu hari Rasulullah SAW melewati dua kuburan lalu bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya penghuni kedua kubur ini sedang diazab. Dan keduanya bukanlah diazab kerana perkara yang berat untuk ditinggalkan. Yang pertama, tidak membersihkan diri dari air kencingnya. Sedang yang kedua, berjalan ke sana ke mari menyebarkan namimah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Imam An-Nawawi berkata: “Dan setiap orang yang disampaikan kepadanya perkataan namimah, dikatakan kepadanya: Fulan telah berkata mengenaimu begini. Atau melakukan ini dan ini terhadapmu, maka hendaklah ia melakukan enam perkara berikut:

l Tidak membenarkan perkataannya kerana tukang namimah adalah orang fasik

l Mencegahnya daripada perbuatan itu, menasihatinya dan mencela perbuatannya.

l Membencinya kerana Allah SWT, kerana ia adalah orang yang dibenci di sisi Allah SWT. Maka wajib membenci orang yang dibenci Allah SWT.

l Tidak berprasangka buruk kepada saudaranya yang diceritakan mengenainya oleh pelaku namimah.

l Tidak mencari-cari aib saudaranya kerana namimah yang didengarnya.

l Tidak membiarkan dirinya ikut melakukan namimah, sedangkan dirinya sendiri melarangnya.

Maknanya, jangan pula ia menyebarkan perkataan namimah itu dengan mengatakan, “Fulan telah menyampaikan padaku begini dan begini.” Dengan begitu ia juga menjadi tukang namimah kerana melakukan perkara yang dilarang.

Lebih daripada itu, hendaknya kita tidak memendam hasad kepada saudara dan namimah adalah akhlak tercela yang dibenci Allah kerana menimbulkan permusuhan, sedangkan Islam memerintahkan supaya kaum muslimin bersaudara dan bersatu bagaikan bangunan yang kukuh.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu saling mendengki, saling membenci, saling bermusuhan, dan janganlah kamu menjual barang serupa yang sedang ditawarkan saudaramu kepada orang lain, dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.” (Hadis riwayat Muslim)

Berusaha dan bersungguhlah untuk menjaga lisan dan menahannya daripada perkataan yang tidak berguna, apalagi perkataan yang kerananya saudara kita disakiti dan dizalimi. Sesungguhnya, mulut seorang mukmin tidak akan berkata kecuali yang baik.

Oleh Hashim Ahmad

Semoga Allah SWT selalu melindungi kita daripada kejahatan lisan dan tidak memasukkan kita ke dalam golongan manusia yang rugi di akhirat kerana lisan yang tidak terjaga ini.. aminnnnnnnnnnnnnn

DISINI pun Ustaz Don jadi PILIHAN


salam semua

rasa hati nak bukak nuffnang arinie ... duk cari keywords apa yg menjadi tarikan dalam blog akak nie .. ahahha 
( awat berbahasa pinang lakkk nieee ekek ) sekali tgkkk keywords yg paling popular di blog akak nie diantaranya adalah pasal Ustaz Don Danial Don Biyajid nie .. syukurrr suke akak .. ramai rupenya yg suke buat carian pasal ustaz nie yeeee .. ;) 






Program interaktif agama, 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Al Hijrah semakin mendapat tempat di hati para penonton.

Program 30 Minit Ustaz Don yang ke udara di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu adalah kesinambungan program yang mula-mula diterajui oleh Don Daniyal, iaitu Program Ihya Ramadan

Program  ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.

Menerusi episod pertama 30 Minit Ustaz Don, dia juga meraih sambutan ramai penonton. Saya berharap Ustaz Don menjadi fenomena baru pada penonton khususnya dalam menarik perhatian golongan muda mendekati program ini menerusi budaya baru dan mendapat khidmat nasihat.

Kalau ada yang belum tahu , nama penuh Ustaz Don adalah Don Daniyal bin Don Biyajid.Beliau berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dan kini berkhidmat sebagai pensyarah Fakulti  AL-Quran & Al-Qirat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor .

Sekarang nie akak , mak dan ayah dukkk sukaaa tgk rancangan nie ! ... kalau disiarkan secara ulangan punnn pasti kami tgk .. ;) alhamdulillahhh ustaz nie sgt2 sempoi dan penyampaiannya terkesan di hati masyarakat skrg ;)

Sunday, February 26, 2012

diROGOL & diBENAM kedalam KOLAM


salam semua

sedih bila baca kisah remaja ini .. ya allah apalah nak jadi dengan manusia zaman skrg nie .. pelbagai kisah zalim dan tidak berperikemanusiaan yg telah dilakukan .. perilaku mereka mengalahkan haiwam yg kenal erti kasih sayang .. susah nak cakap .. sekadar melihat dan membaca kisah2 ini utk dijadikan teladan dan panduan agar kita sekeluarga lebih berhati2 .. 

takut sebenarnya mengenangkan akak yg ada 2 anak dara yg semakin membesar .. perjalanan kehidupan mereka skrg banyak dugaanya .. harap2 kita tidak telepas pandang dengan perkara2 ini ... mohon allah merlindungi kita semua .. insyaallahhhhhh

mangsa di rogol dan di benam kedalam kolam di rumah belia .. sedihnyaaaaaaaaa , malang sungguh nasib remaja ini bila mengenangkan keadaan dia diperlakukan sehingga dia di jemput illahi .. pic: hmetro

TAIPING: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di sini, petang kelmarin.

Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato’ Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.

Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang.

sumber :hmetro

semoga kita semua dilindungi allah selalu .. kerana orang2 zaman skrg dah hilang kewarasan diri .. duduk rumah dah rasa x selamat lagi .. inikan bila kita berada di luar rumah .. berdoalah selalu agar kita dan keluarga kita dilindungi allah selalu ..

3 MENU dalam satu pagi ~ syukur rezeki ALLAH


salam semua

pagi2 nie tadi ujan lebat .. lapoor lah pulak pagi2 kan .. semalam akak memang x makan habis quehtiaw hongkonmg bahagian akak tu .. sbb dah kekenyangan ratah sayur2 yg anak2 tinggalkan .. see anak2 akak susah sikit nak makan sayur .. kena paksa .. bila x paksa , kenalah akak habis kan .. sudah nye bahagian akak x habis .. simpan mlm .. tapi akak x makan jugak sbb duk layan dokumentari Lisa dan Yusry tu .. sibb baik hubby yg habiskan .. alhamdulillah x lah membazir kan ..

haa bila dah x makan semalam petang .. mulalahh pagi2 nie rasa lapar yg amat .. bangun2 je tanye ummi , nak buat bfast ape .. akak tgk ada nasi .. soo akak grg utk diri akak dan zahrien .. sbb rasa nak makan nasi lak pagi2 nie .. lepas tuu akak grg sosej dan fries sikit .. x sedap lak x der "ulam" kann .. ekkeke , memandangkan nasi grg tu sikit sahaja .. ummi akak suh buat mee hun sop .. ape lagiii akak pun buatlahhh ..



 nasi goreng utk akak .. ngeeeeeeee see banyak kann .. LAPOOO

  alahh campak2 aje bahan nye .. bawang putih , merah , lada hitam , ikan bilis akak blend sekali .. halia akak tumbuk , campak juga adik beradik tuu ( bunga lawang .. ) perencah hilal jgn dilue ( gantikan aji ) dah bertahun x makan aji ... lepas tu tumis dan masukkan ayam dan daging sikit .. dah mendidih masukkan lah sayur2an yg ada .. last sekali taruk tahu .. siap !! ;) mee hun akak selalu rebus dan asing kan .. nak makan baru masukkan kuahnyee .. ;)

hasilnyaa .. macam biasa bila bab makan selalulahh akak dpt thumbs 
nie dari anak2 ...;)

 anak teruna akak nielah yg paling laporr pagi2 .. dia yg makan dulu nasi grg akak tu .. huhuhu dah biasa makan pagi kan .. dah dpt nasi goreng , minum susu lakk .. hurmmmm tulah sebab badan dia skrg nie dah bambam .. ;)

sudah nyeeeeeeeeeeee haaaaaaaaaa kekenyangan .. ;)

bila dah jadi ibu dlm rumahtangga nie .. kenalah rajin dalam segala hal , walau ada diantara kita bekerja , tanggungjawab itu tetap kita lunaskan , jgnlah diambil mudah .. rajin memasak air tangan sendiri salah satunya .. biar anak2 dan suami rasa puas hati .. akak jarang makan diluar .. kalau dah terasa sangat nak makan barulah hubby ajak makan .. biarlah x sedap , termasin @ tertawar .. janji kita masak juga utk keluarga kita .. insyaallah kasih sayang itu akan kekal erat dan bahagia .. 

walau bagaimana sekalipun dugaan dalam rumah tangga tetap ada .. selalu akak berdoa agar allah berikan petunjuk kepada suami dan anak2 ke jalan yg diredhai .. bermohon agar suami akak tidak mengecewakan akak untuk kesekian kalinya lagi .. .. semoga allah sentiasa menyinarkan cahaya kebahagian dalam rumahtangga kami .. aminnnnnnnnnnn huk huk huk
( alamakk emo lakkk .. adehhh iedaaaa coool wokeh ... ;)

Ana Raffali ~ Aznaim selamat disatukan


salam semua

tahniah buat ana rafali diatas pernikahan beliau semalam .. cantik sgt2 .. ayuuu je .. same naik je ngan lisa dia nie .. cuma lisa versi x der tudung .. dia manis bila dalam versi bertudung .. alhamdulillah selamat sudah .. semoga kekal sehingga ke hujung nyawa .. aminnnnnnnnnnn


 sgt2 sweet kan .. persalinan kelabu nie menaikkan seri wajah Ana Raffali 

  
Dengan sekali lafaz, Ana Raffali, 26,sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Majlis yang disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat ini dimulakan dengan majlis pertunangan Ana Raffali dan Aznaim sejam sebelum mereka diijabkabulkan.

Ana Raffali yang berwalikan bapanya iaitu Mohd Raffali Mohd Nor selamat diijabkabulkan pada 11.55 pagi. Pasangan pengantin tampil dengan busana kelabu sedondon dengan Aznaim yang direka khas oleh Ezuwan Ismail.

Pengantin lelaki memberi 7 dulang hantaran iaitu satu dulang coklat, set perfume Mont Blanc, sireh junjung, manisan, gelang berlian dan cincin, set telekung dan wang hantaran sebanyak RM11,412.

Manakala pengantin wanita membalas 9 dulang hantaran berupa sedulang buah-buahan, bunga rampai, kek, dompet, jam Stuhrling dan perfume Lacoste, sireh junjung, Ipad, cincin, dan 7 biji kamera simbolik 7 tahun perkenalan mereka.Majlis resepsi Ana Raffali dan Ahmad Aznaim akan berlangsung pukul 2 petang pada hari dan tempat yang sama


pic kredit to : NARA

banyak lagi DISINI

Saturday, February 25, 2012

QUEHTIAW HONG KONG ~ ibu dah boleh niaga ! ahaksss


salam semua

alhamdulillah petang2 nie settle dinner kami utk malam nie .. anak2 , suami , ummi , ayah dan nenek dah makan siap2 .. kali nie akak buat quehtiaw kungfu lak .. ahhahaha dah bosan makan nasi selalu kan .. soo tgh ari tadi semua mengosongkan perut masing2 .. tepat jam 4 petang akak melompat ke dapur ngan ummi .. macam biasa , ummi membantu memotong bahan2 ..

 akak pula biasa lah jadi chef yg x  ada tauliah .. main campak2 mengikut citarasa tekak .. sambil2 kerling pada buku resepi kegemaran ummi akak .. hurmmm nanti akak tepek pic buku resepi tuu .. buat masa nie masih RAHSIA .. ahahhaha ..


 Quehtiaw HongKong versi akak .. penuh dgn sayur .. buat sendiri kan .. so kena puas hati .. kalau makan di kedai , ciputtt je sayur dia .. siap pesan sayur lebih barulahhh dpt lebih .. ;) 


macam biasa anak2 akak yg memang xcited bab makan .. siap puji2 layie .. cakap ibu masak lebih sedap dari kedai .. ye keeeeeeeeeee ?? ahahahha bodek nak makan lebeyy lahh tuu ... x herannnn ibu tau ... muhahhaha .. siap angah cakap " ibu , kita leh bukak kedai depan umah ibu " 



paling x tahan bila mr hubby buat thumbs tuu .. adehhh maluuuu akak ekekke, kalau tgk hubby tu sebenarnya baru bali dari pasang barang .. naik2 je ke rumah dia dah terbau bau2an yg sedap .. terus tanye akak masak ape .. hurmmmmmmmmm x yah cakap lahh sbb anak2 dah cakap .. dia terus je duduk nak makan, x sabar katenyaa ...

yelahh hubby akak nie bukan senang nak buat muka puas hati macam tuu .. dia memang dah lama suh akak buat quehtiaw hongkong nie .. duk ashik makan kedai je .. haa sekali akak buat .. PUAS HATI katanyaaaaaaaa .. alhamdulillahhh , syukurr bila anak2 dan suami suke .. mak ayah dan nenek lagilahh x cakap ape2 punnn senyap menikmati .. masin tawoo x tahulahh .. 
kalau senyap tuu ok lah kan ;))


sambil tersenyum ku mengucapkan

 " syukur atas nikmat dan kesempatan yg kau berikan ini ya allah ... aminnnnnnnnnnnnn"


ps ; sorry salah nama lak quehtiaw akak nie kekekek bukan kungfu tapi hongkong daaaa muhahhaha ;)

BELAJAR ERTI CINTA ~ kerana itu LISA diikat yusry


salam semua

hampir kesemua blog kawan2 blogger akak ada menceritakan kisah manis pernikahan artis popular kita nie .. yusry dan lisa sudahpun selamat menjadi suami isteri yg sah pada hari khamis yg lepas .. sgt2 sweet majlis mereka ini .. tidak terlalu over dan sgt2 simple .. sedap mata memandang , sejukk kerana elemen putih dan peach yg digunakan .. sgt menarik ;) tadi akak baca cerita yusry berkenaan perkenalan dia dan lisa sehinggalah diakhiri dengan pernikahan ini .. siapa sangka kan lisa sukekan yusry .. bila melihatkan lisa , macam x percaya dialah bakal isteri yusry ...

well inilah yg dinamakan jodoh ditentukan allah .. tiada siapa yg tahu .. walhal yusry dah serik utk bercinta selepas bercerai dengan erra .. yelahh , pada akak punn yusry bukan lah jenis lelaki yg suke bertukar2 kekasih macam segelintir artis lelaki yang lain diluar sana .. kira yusry nie lelaki pilihan semalaya lah , kacak .. single dan berHARTA .. ye dokk ekekek



Yusry Abdul Halim mendedahkan dia sebenarnya tidak lagi percaya kepada cinta selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan pelakon Erra Fazira enam tahun lalu.
 
Yusry, 39, bagaimanapun berkata, perasaan itu berubah selepas bertemu dengan pelakon Lisa Surihani yang telah berjaya membuka semula hatinya untuk menerima kehadiran seorang wanita dalam hidupnya.

"Jujur saya katakan bahawa saya tidak lagi percaya kepada cinta lagi selepas kegagalan pekahwinan saya dulu. Tetapi Lisa telah mengubah pendirian saya itu sehingga membawa kami kepada ikatan perkahwinan.

"Dia adalah insan yang telah berjaya membuka pintu hati saya dan saya amat bersyukur dengan anugerah itu," ujarnya selepas selesai upacara akad nikah di Hotel Marriot di sini pada malam Khamis.



bukan lah LISA yg membuka pintu hati nya .. tetapi ALLAH yg maha kuasa yg telah membuka pintu hati hambanya2 utk melakukan semua perkara di dalam dunia ini ..

 jika bukan dengan izin allah , x mungkin kita dilahirkan , x mungkin kita dapat menjalani kehidupan ini dengan selesanya , x mungkin kita membesar dengan sihatnya , x mungkin kita bertemu jodoh dengan pilihan dari nya .. x mungkin kita mempunyai zuriat penyambung kasih kita .. insyaallahhhhhhhhhhh ;)


Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...