Saturday, January 7, 2012

yang ini baru patut jadi IDOLA REMAJA ~ DIDDY HIRDY cemerlang


salam semua

zaman dan semakin berubah .. ada orang yg semakin teruk dan dirundung malang dan ada diantaranya terus berjaya dalam kehidupan dan mendapat keberkatan didalamnya .. bagi pelakon dan penyanyi ini , alhamdulillah dia memulaka kerjaya lakonan dan nyanyian dengan berlandaskan kejayaan didalam pelajarannya .. dia mengutamakan pelajaran dan sgt2 cemerlang . 

Walaupun akak x berapa kenal dengan pelakon ini , tetapi disebabkan kejayaan cemerlang dia didalam pelajaran membuatkan nama dia terus dikenali .. alhamdulillah kejayaan merangkul 7 anugerah pelajar cemerlang betul2 membuatkan masyarakat kita bangga sbb , dia adalah pelakon dan penyanyi .. ini bermakna dia x pernah lupakan pelajaran yg dirasakan tonggak kejayaan yg akan dibawa kemana2 ... sukeeeeeeeeeeee

haaaaaaaaaaa artis macam nielahhh yg sepatutnya remaja2 diluar sana jadikan IDOLA !! ye dokkkkkk

Diddy Hirdy cemerlang dalam pelajaran.
 
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Diddy Hirdy, 29, menunjukkan prestasi cemerlang apabila mendapat Anugerah Kecemerlangan Akademik sebanyak tujuh kali dalam pengajiannya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Diddy yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) dengan Kepujian secara sambilan daripada universiti itu berkata, dia bersyukur dengan anugerah itu selain menjadikannya sebagai motivasi untuk terus cemerlang dalam bidang akademik.

"Saya kini berada di semester tujuh dan masih mempunyai baki tujuh semester lagi sebelum dapat mengegam segulung ijazah. Saya lakukan ini semua demi masa depan keluarga dan paling penting untuk isteri dan anak yang sentiasa menjadi pendorong saya," ujarnya.

Diddy ditemui mStar Online selepas majlis sidang media drama muzikal Kampus di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini pada Khamis.

Diddy menyambung pelajaran bersama-sama rakan artis seperti Emelda Rosmila, Akim (AF), Zehra Zambri dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dalam program kerjasama antara Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan UUM yang ingin menggalakkan artis mempunyai pendidikan.

petikan : mstar

semoga malaysia terus dapat melahirkan artis2 dan idola2 yg berjaya didalam pelajaran dan seterusnya didalam bidang yg mereka ceburi .. tidaklah nanti masyarakat luar terutama antarabangsa memperlekehkan artis2 kita kerana buta dalam pengetahuan .. nak cakap english punn berterabur aje .. insyaallahh islam x pernah melarang ummatnya utk belajar , 
jadi utamakanlah pelajaran !


19 comments:

  1. Kakak setuju kata ieda... biarlah industry hiburan kita menghasilkan kalangan mereka yg juga punya ilmu yg tinggi...

    ReplyDelete
  2. Bijak..ada rupa..ada bakat..^_^

    ReplyDelete
  3. tujuh kali tu....jrg jumpa artis yg seimbang dari segi nyanyian or lakonan dgn pljaran.. yg ni ptt jd contoh.. :-)

    ReplyDelete
  4. Salam, die ni pelakon & penyanyi ke? knp sy tak tahu... tp xpe, yg penting die pandai ye dok?

    ReplyDelete
  5. ini bekas akademi fantasia 4 la kak ieda.. yang suara dia besar mcm jamal abdillah tu

    ReplyDelete
  6. salam Ieda..dia ni peserta akademi Fantasia..kawen muda lagi kan?.Tahniah!,ada gak artis yg berjaya seperti dia.

    ReplyDelete
  7. Wahhh baru lah betul nak menjadi idola kepada remaja. :D

    ReplyDelete
  8. DIDDY NI PESERTA AF KALO X SILAP...
    BAGUSNYA... NI BARU SESUAI D JADIKAN IDOLA.. BERJAYA DLM BIDANG Y DCEBURI N PELAJARAN.. BKN SENANG TU..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Ieda

    tahniah Diddy

    ReplyDelete
  10. wahhhhhhhhh..

    memg ptut wat idola la kan.. bkn senang tu nak seimbangkan, antara kerjaya, rumahtangga dan pengajian.. Tahniah wat didi..

    ReplyDelete
  11. baguslah...sesuai utk dijadikan idola...

    ReplyDelete
  12. ratu nak dpt skali pun hazab pe lg 7 kali...mesti anak n isteri dia bg support yg terbaik kan...tahniah utk dia..

    ReplyDelete
  13. pelajaran harus diutamakan ^_^

    ReplyDelete
  14. wah...sorang lagi artis kita yang cemerlang dalam pelajaran..bagus la..

    ReplyDelete
  15. harap dio terus berterusan cemerlang...

    ReplyDelete
  16. betul kak ida..alin sendiri pun tak percaya. tahniah diddy

    ReplyDelete
  17. Seronok bila baca kisah macam ni..semoga dia akan terus cemerlang..jadi artis tak semestinya tidak perlu pelajaran tinggi. Ini tak, baru jer jadi artis dah tak nak belajar..(sori..termengata!)

    ReplyDelete
  18. betul tu kakieda, artis yang sebegini la yang patut dijadikan idola oleh para remaja.
    semangat nak belajar tu penting..tak kira usia kan

    ReplyDelete
  19. kalau ada pelajaran,lain org pandang.hihi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...