Saturday, January 14, 2012

TIPS hubungan ASMARA ~ 5 perkara ini JGN DILAKUKAN !!


salam semua

bila baca sana baca sini .. tips niee sgt2 bagus .. hurmm jom akak kongsikan bersama .. mana tahuu ada yg ter'BUAT' atau x pernah terfikir akan BUAT ekekek .. macam2 kan .. akak baca punn naik gelak punn adeee ;) 


Hubungan mesra antara suami isteri seharusnya menjadi medan untuk menambahkan kemesraan dan mengukuhkan lagi jalinan kasih sayang. Lantaran itu, biarpun sudah berbelas tahun ataupun berpuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, tanggungjawab yang satu ini jangan sekali diabaikan. Jangan sampai hubungan kasih yang sepatutnya memberikan kebahagiaan berakhir dengan kekecewhaan dan kemarahan. I

Ingatlah pepatah Inggeris “practice makes perfect” Buat kaum Adam, ada 5 perkara yang perlu anda ingat tidak dilakukan semasa memesrai isteri, ikuti tips-tips ini:-

Jangan Lupa Tentang Ciuman – Jangan terlalu terburu-buru untuk menuju ke daerah erotis pasangan anda sehingga terlupa tentang perkara paling penting dan wajib dalam adegan ‘pemanasan’ (foreplay). Perkara tersebut ialah ciuman dan cumbuan saat bermesra dengan pasangan.

Jangan Meniup Telinga Pasangan Dengan Kuat – Banyak wanita yang suka apabila pasangan meniup telinganya semasa bermesraan. Tetapi anda perlu ingat besar bezanya antara meniup cuping telinga pasaran dengan lembut dan erotik berbanding dengan meniup cuping telinganya kuat-kuat seolah-olah anda meniup bara api! Lain kali bila and ingin meniup telinga pasangan anda, tiuplah secara erotis dan mengghairahkan.

Jangan Tidak Bercukur – Tidak semua wanita suka apabila pasangannya menggeselkan misai atau jambang pada tubuhnya. Lantaran itu, sebelum anda menggeselkan misai atau jambang di dagu pada tubuh pasangan, pastikan yang dia menyukai perlakuan anda itu. Jika pasangan memaling wajahnya dari anda, jangan terus membuat andaian bahawa dia sedang berghairah. Itu mungkin cara si dia menjauhkan dirinya daripada misai dan jambang yang mengelikan dan adakalanya memeritkan.

Jangan Kasar - Boleh dikatakan semua wanita suka dilayan dengan lembut dan sopan.. termasuklah juga ketika sedang terlalu rapat sentuhan yang lembut dan nyaman serta menghayalkan. Sentuhan yang kasar dan keras di daerah sensitif seperti payudara hanya akan membuatkan rasa yang tidak selesa. Oleh itu, sentiasalah sentuh pasangan anda dengan lembut dan penuh kasih sayang setiap kali anda bermesraan.

Jangan Melupakan Anggota Tubuh LainLelaki sering menganggap bahawa payudara dan bahagian vagina adalah anggota paling sensitif dan perlu diberikan keutamaan apabila mahu bermesraan dengan pasangan. Anda silap kerana ada banyak lagi bahagian lai di tubuh wanita yang sama(malah ada yang lebih) sensitif berbanding dengan dua bahagian tersebut. Selalulah ingat bahawa masih banyak bahagian di tubuh pasangan anda yang perlu diterokai. Sebab itu sentiasalah mencuba dan ‘be adventures’!

sumber : MIDI


yang no 2 tuu .. kekke x terfikir punn nak buat .. ahahhaha


11 comments:

  1. ahak3..org belom kwen dh bace..xpe kan :P

    ReplyDelete
  2. hehehe..yg no 2 mmg kelakar la...

    ReplyDelete
  3. great info...thanks for sharing,(^_^), tp, yes, no.2 tu mmg funny..huhu

    ReplyDelete
  4. dah lupa,masih dalam pantang hehe

    ReplyDelete
  5. heheh...
    senyum je la..:)

    ReplyDelete
  6. salam ziarah dan salam kenal..
    thanx sudi singgah sana ..follow cni..
    ttg n3 ni yg penting jgn lp baca doanyer semoga mendapat keturunan yg baik2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah .. tkasih atas peringatan nie ;)

      Delete
  7. Hahaha yang ke 6 jangan lupe Pakai alat keselamatan

    Kakakakakakakakakaaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekekk tulahh .. saborr je ;)

      Delete
  8. sesi menambah ilmu perkahwinan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekekek aah dikk .. pengetahuan bersama ;)

      Delete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...