Saturday, January 28, 2012

SIAPA orang JOHOR ~ mari belajoor


salam semua

haaa siapa orang johor .. sila angkat keyboard !! ahhahaha akak pun same jugak .. asal orang johor sebelah ayah dan orang pahang / kelantan sebelah mak .. sob banyak leer campur nye

teringat masa mula2 pindah ke pahang .. longhat johor tu masih pekat .. bila ke sekolah ada masa2 cikgu menegur akak kekekek , rasa lucu lak bila teringat kisah2 lama nie .. haa nie mehh nak kongsikan bahasa dan loghat2 orang johor .. siapa orang johor sure tahu nie kan kan kan .. ;)


Bahasa orang Johor tidak banyak loghat yang sukar difahami. Ini kerana bahasa dari kebangsaan Johor- Riau ni lebih kurang dengan Bahasa Malaysia. Bahasa yang biasa di gunakan di TV. Namun begitu banyak juga bahasa orang ‘pure Johor’. 

Tapi ada juga loghat daerah yang lebih halus lagi seperti dari daerah Muar, Segamat, Batu Pahat, Sg Rengit, Kuala Sedeli yang mempunyai loghatnya tersendiri. Ini tidak termasuk darei loghat dari bangsa seperti Jawa, Banjar, Bugis dan sebagainya

Lapor – Lapar
Kejor – Kejar
Segor – segar
Selipor – selipar
Gebor – selimut
Grobok – Almari
Besor – Besar
Muor – Muar
Engko – Engkau
Calor – calar

Cador – cadar
Kosi – kerusi
Gambor – Gambar
Tampor – tampar
Pasor – pasar
Lawo – cantik
Sokkabor – Surat Khabar
Hantor – hantar
Belajor – belajar
Bandor – Bandar
Tikor – tikar
Esbok – Peti Sejuk
Sogame – sekolah agama
pestol – pistol
Hangen – angin
Ngeteh – Minum air di kedai
Air Tawo – Air Tawar
Jajan – Makanan Ringan
Pasor Lambak – Pasar Malam


banyak tanda tanya dan kata2
cuma pejam mata dan senyum sahaja ;)


ps : hari nie dah ramai kat rumah .. adik2 semua ada .. tapi semua nak balik esok dah .. lepas tg ayah pagi2 nie .. ada yg nak tidur tunggu ayah di hsp .. alhamdulillah , semoga dengan kehadiran semua hati ayah akan sedikit tenang dan gembira , akak pula macam biasa .. bila jadi tuan rumah , banyak yg nak dikemaskan , masak dan membasuh .. tapi semua dah settle awal2 pagi layie .. nie nak bersiap utk tgk ayah di hsp .. dah siap masak utk anak2 .. sehingga bersiaran kembali .. nanti akak BW , tapi petang2 lahh kan ...

23 comments:

  1. Saya orang Johor kak..yeay..betul tu..setuju...

    ReplyDelete
  2. msh fhm wp bkn org johor..hehe.

    ReplyDelete
  3. Salam K.Ieda,

    Orang Johor byk org Jawakan?

    Ramai kawan Johor sy, org jawa...:)

    Pernah ade mbr masa induksi dulu org Johor suka ckp..ek..ek..ek.. smp kena gelak...hehehehe

    ReplyDelete
  4. lebih kurang sama je dengan cakap perak..:P

    ReplyDelete
  5. Kita kaya dgn budaya bangsa.. Kaya dgn dialek bahasa jgk.. Happy weekend kak.. Moga ayah akak akan beransur pulih.. Insya'allah!! ;) TC kak ieda..

    ReplyDelete
  6. sy bukan org johor..tp org jawa n.sembilan..huhu

    ReplyDelete
  7. Saya dah angkat keyboard ni kak.. hehe

    Mesti meriah bila berkumpul ramai2 dengan seluruh ahli keluarga. Kak Ieda mesti tak menang tangan nak layan tetamu.. :)

    ReplyDelete
  8. bangga jadi anak johor!! ^_^

    ReplyDelete
  9. eida..semoga ayah ieda cepat sembuh..

    ReplyDelete
  10. Saya duk Pahang gak kak, kt triang, Tp bhsanya boleh difahami jugak kan, sronok blaja byk bhasa ibu negeri ni ye

    ReplyDelete
  11. Hehe...betul tu...byk O dekat blog tu..

    ReplyDelete
  12. lily kena blajar ni bhs johor.. ;)

    ReplyDelete
  13. seronoknya, blh belajar bhs Johor ni.thanks 4 sharing kakieda.'a' banyak tukar dgn 'o' ya kakieda..
    *harap ayah kakieda cepat sembuh...*

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. semoga ayah ieda cepat sembuh....

    ReplyDelete
  16. Loghat johot banyak OR kt blakang.. loghat Penang banyak AQ kat blakang.. HAHA

    ReplyDelete
  17. hehe... senyum je izan baca ni kak wpun izan bukan org johor. makanya anak2 lah yg mmg jadi anak jati johor skrg ni... selangor+kelantan=johor...

    ReplyDelete
  18. baru akak tahu dorang ada bahasa lain : )

    ReplyDelete
  19. Kak pun org Johor tapi sejak berumah tangga kerap sangat pindah randah...laa ni tercampak jauh di Lumut Perak. Kalau di kmpung kak Melayunya banyak kpd Melayu Johor Riau
    '

    ReplyDelete
  20. Oh jajan dr bahaso org johor eh

    ReplyDelete
  21. cuma 5% jer kena fikir ntuk memahaminya

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...