Monday, January 30, 2012

siapa BINATANG siapa ORANG ??


salam semua

sungguh menyayat hati .. ingatkan x ada layie manusia berhati binatang macam nie .. bayi dibuang bagaikan bangkai dan sampah ! .. apa nak jadi dengan otak2 masyarakat sekarang ini ... sungguh zalim ! ... banyak perkara dan perkataan yg bermain diminda , nak diluahkan x ada gunanya lagi .. renungkanlahh

BAYI TANPA KEPALA DITEMUI

sumber : sinar

AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.
 
“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.
 
Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.
 
“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.


berikut adalah petikan2 dari pembaca yg sempat akak copy dan kongsikan bersama .. sesungguhnya apa yg diperkatakan adalah BENAR ..

Ahmad Suazli Mohamed · UNITAR

yg pasti mencegah lebih baik dri menghukum..jgn tengok pada hukuman saja...didikan awal dri keluarga tu amat2 penting...kalau kita asyik hanya fikir hukuman semata-mata dpt mencegah segala permasalahan itu tidak tepat...Islam ini sungguh cantik dan sempurna..dalam Al-quran plbagai kisah diceritakan brkenaan prmasalahan spt zina namun pelbagai pendekatan terbaik dilakukan Rasulullah s.a.w dan bukannya hukum secara total...kita kena tengok dimana permulaan masalah itu dan bukannya pengakhiran permasalahan itu...jangan pk ape yg kita tak ada tp gunakan keupayaan yg kita ada...sekadar pandangan dri insan lemah..kalau salah mohon perbetulkan...
Amirul Farhan · Works at AEON JUSCO MALAYSIA

Usah dilihat kepada pelakunya...usah dilihat kepada kesannya...tetapi terlebih dahulu, lihatlah punca terjadinya perkara ini...bukannya menyediakan rumah perlindungan bayi terbuang, menyediakan kondom, itu adalah 'short term'...tetapi sekatlah dahulu punca, insyaAllah berkesan untuk jangka masa panjang...
Qaseh Rihan · Works at Kementerian Pelajaran Malaysia

Kenapa perlu salahkan politik juga dlm Hal sebegini??andai ank tidak mahu solat salah org lain ke atau salah tu terpalit pada ayah dan ibu sendiri..
Norhisyam Bin Mohamad Zainudin · Top Commenter · Kolej poly-tech mara kuantan
 
Qaseh Rihan : ye, salah orang lain juga ... sebenarnye, ramai yang bodoh x tahu hal ni ... hal ni termasuk lah menjaga aurat ... hal menjaga aurat bukan hal peribadi ye, ini hal masyarakat ... sedangkan nabi Muhammad sendiri nak bakar rumah siape yang solat sendirian di rumah, apetah lagi yang x solat ... ape kau ingat isu solat ni remeh? adakah suruhan Allah itu perkara remeh?

mari kita lihat ayat Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 13
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).



17 comments:

  1. astagfirullahalazim......mmg syaitan tu kak...kalo binatang tak mcm tu...biinatang pun pandai sayang anak.....

    ReplyDelete
  2. setuju..pendidikan awal dlm keluarga sgt penting..kesiannye baby tuu..

    ReplyDelete
  3. ya Allah mayat baby ker tu???
    ingatkan td binatang yang mati...sobs...if dah gatai sgt kasi nikah terus la elak dari buat maksiat

    ReplyDelete
  4. Ya Allah kak..
    g buka2 terus tgk gambar dulu..
    ingatkan gambar katak ke hape..
    sekali baca...huhhu..terus rs kembang tekak..
    MasyaAllah..siannyaa baby tu...huhuhuhh

    ReplyDelete
  5. Astaghfirullah-hal'azimm.... tak terkata kakak ieda. Gerammmm sangat.

    ReplyDelete
  6. slg iman didada kak..
    bayi ch0mel n xbsalah nieh xkan jd mangsa kak..

    ReplyDelete
  7. sampainye hati sorg ibu ....
    sedihnya aku ... teringat anak2 aku ...
    tak de perasaan ke mereka2 ini

    ReplyDelete
  8. ya allah, yg buang ni bukan lg binatang, dah tak ada taraf lg dah nak letak, tak tau dah nak ckp ada, sedih

    ReplyDelete
  9. Seramnyer kak..
    Duni makin maju, keruntuhan akhlak juga makin 'maju'. Semoga zuriat kita dilindungi dari perkara2 yang dilaknat Allah swt. Amin

    ReplyDelete
  10. astaghfirullah! sapalah yg kejam sgt macam binatang buang bayi macam tu. sedih tgk keadaan mayat bayi tu kak... tak sanggup...

    ReplyDelete
  11. smlm masa baca paper tgk pic ni...sambil tu tgh menetek anak...menitik air mata...

    ReplyDelete
  12. sedihnye kak tgk bayi nih...
    Allahuakbar..!!!
    tibe2 teringat anak2 kat umah pengasuh..

    ReplyDelete
  13. astafirulallahhalazim... memang zalim sgt tu... moga manusia dujana tu mendapat balasan...

    ReplyDelete
  14. ASTAGFIRULLAHHALAZIM..insaf lah wahai insan2 yg berhati binatang macam tuh..sesungguhnye pintu taubat masih ada..

    ReplyDelete
  15. Ya Allah...nak pengsan saya tgk gambor tu...nape la manusia ni semakin kejam..

    ReplyDelete
  16. allhuakbar...
    sedihnye

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...