Sunday, January 29, 2012

oh UNTA


salam semua

Pertanyaan Ikhlas Anak Unta


Seekor unta kecil bertanya kpd ibunya, “Ibu kenapa tapak kakiku besar & hanya terdiri dari tiga jari?”

Ibu unta menjawab, “Kita kan unta, kaki seperti itu bagus utk merentasi gurun agar kaki tidak tenggelam dalam pasir.”

“Lagi kenapa bulu mataku panjang?” tanya anak unta lagi.

“Jika kita berjalan di gurun, pasir-pasir selalu beterbangan. Bulu mata yg panjang akan melindungi matamu dari dimasuki pasir,” jawab ibunya.

“Di belakang aku ada bonggol. Itu utk apa?” tanya anak unta lagi.

“Itu utk menyimpan air. Jadi kalau kita berjalan melintasi gurun yg susah nak cari air, kita boleh bertahan walaupun tidak minum berhari-hari,” jawab ibunya dengan sabar.

Setelah sekian lama terdiam, anak unta berkata lagi, “Jadi kita punya tapak kaki lebar, bulu mata panjang & bonggol di belakang adalah utk hidup di gurun…”

“Benar sayang,” jawab induknya.

“So, naper kita ada dalam Zoo Johor ni…?”


MORAL : Begitu juga dengan manusia, kenkadang kita ada kelebihan dan bakat yang lain tapi bekerja/tinggal di kawasan yang berbeza yang tidak menggunakan kelebihan yang sedia ada. Apa pun rezeki, jodoh ajal dan maut itu adalah hanya Allah yang Maha Mengetahui.



15 comments:

  1. tak kisah la kerja kat mana...bakat tuh boleh diasah...yg penting kene tanam minat...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dikk .. kena ada minat kan ;)

      Delete
  2. tu semua kerja Allah kan sis..dia yg atur semua nya di luar kemampuan akal kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah LM .. hurmm apa2 punn kita kena berusaha .. kalau dah usaha x dpt juga , kenalah redha kan ;)

      Delete
  3. Betul tu kakieda,yang penting kita harus sentiasa bersyukur dan bijak menggunakan kelebihan yang dikurniakan kpd kita.
    *win stay di miri kakieda...jauh sangat dari kuching.win rasa my BFF dpt mbantu kakieda nanti, dia stay kat kch, blh terjah blog dia ni :)orgnya baik sgt. http://darlingnathaniel.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah winnn .. thums 4 uu ;)

      ps : oh ye .. akak kenal mummy yen tuu dah lama akak x singgah umah dia .. akak dah pun masuk .. TQM dear .. akak akan try tanye dia ;)

      Delete
  4. tu lah kan.. mcm org pompuan..belajr tinggi2..akhirnya ke dapur jua.. huhuuu..

    rindukan karier... x per lah demi anak.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ke dapur tuuu dah ketentuan dik
      walau macam mana tinggi sekalipun x kan sampai mati nak bagi anak2 dan suami makan masakan air tangan org kan .. silap hb laki di kebas org ekekke ..

      org tua2 cakap air tangan isteri itu lebih afdal ..
      oo FM x kerja yee .. x perlah dikk demi anak2 dan keluarga
      aak ada cadangan nak berhenti juga nie .. hurmmm sdg difikirkan ;)

      Delete
  5. Tu lah yg dikatakan ketentuan tu semuanya dari Allah. Apa pun kita terima sj dgn redha.

    ReplyDelete
  6. Tawu xpa.. slalunya macam tu lah... orang yang ada bakat lain tp buat keja lain.. HUHU

    ReplyDelete
  7. a'ah la kak, betul tu.slalu je jadik cenggini kan?tapi, takpe...semua tu dah diatur Cantik sgt oleh Allah, semua pasti ada hikmah disebaliknya.:)

    ReplyDelete
  8. mula2 baca sangat terpegun..
    tapi part zoo johor tu terus gelak..

    aduh..
    DIA maha kuasa, apa jua berlaku dan kehendaknya DIA tahu y benar dan tidak

    ReplyDelete
  9. semuanya dah ditentukan olehNya kan sis..

    tapi yg akhir tu macam nak gelak pun ada

    ReplyDelete
  10. Kena selalu bersyukur..

    Tentu ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

    ReplyDelete
  11. a'aa betoi tu kak tp apa2 pun setiap apa yg berlaku dkt kita tu adalah yang terbaik DIA rancang utk kita..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...