Monday, January 16, 2012

membelai dengan MANJA ~ khas untukmu WANITA


salam semua


Ramai wanita yang mahu buah dada yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, buah dada adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah dada yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya. Buah dada anda adalah sesuai dan sempurna untuk diri anda. Terima buah dada anda, jaga dan belai buah dada itu sebaiknya.

 pic google

Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz buat dada. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil.

Juga jangan terlalu besar sehingga buah dada tidak masuk dengan kemas dalam coli, ia juga menimbulkan rasa tidak selesa. Buah dada perlu diperiksa untuk melihat sebarang perubahan. Kanser buah dada adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.

 pic google

Pengesanan awal dapat memberikan wanita peluang yang lebih besar untuk pulih. Lakukan pemeriksaan dua atau tiga hari selepas berhenti haid setiap bulan. Lakukan pemeriksaan didepan cermin untuk melihat tanda-tanda perubahan seperti

- Ketulan pada dada dan bawah ketiak
- Sebarang perubahan daripada segi bentuk dan saiz
- Bengkak, kemerahan, perubahan warna kulit dan rasa panas
- Puting masuk ke dalam
- Rasa sakit yang tidak berkait dengan datang bulan
- Keluar darah atau lendir bukan susu pada puting

Cara pemeriksaan buah dada yang betul perlu dipelajari. Dapatkan nasihat doktor atau hadiri kelas khusus untuk pemeriksaan buah dada sendiri. Anda boleh hubungi Persatuan Kebajikan Barah Buah Dada di 03-79492093

Pelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Amalkan pengambilan lima hidangan satu hari sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran atau campuran kedua-duanya. Satu hidangan adalah sebesar tapak tangan sendiri. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi khasiat yang tidak dapat dibotolkan. Ia dapat membantu badan membentuk tisu-tisu badan yang sihat dan melindungi sel-sel daripada berkembang kepada sel-sel yang boleh menjadi kanser.

Bagi wanita, amalkan permakanan yang berasaskan soya. Semakin kerapkan pengambilan soya apabila usia semakin bertambah. Pengambilan kacang soya adalah pada kadar 40 ke 80mg sehari.

Bersenamlah kerana membantu dalam melancarkan edaran darah beroksigen. Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tidak sihat. Kurangkan pengambilan gula dan garam, kurangkan minuman berkaffeine seperti kopi, amalkan makan sayur-sayuran dan fiber.


dan ini pernah buat ke ?? huhuhuhu , tapi pernah terbaca dlm soal jawab ..

Petua untuk suami isteri. Jika berkesempatan, pancutlah air mani pada dada wanita. Air mani itu kemudiannya disapu seluruh kedua-dua buah dada dalam pusingan jam. pastikan ia disapu rata. Tunggu ia kering sebelum membersihkan ia dengan air. Petua ini dikatakan dapat menegangkan buat dada wanita.


 sumber : intim

ehem .. ehem .. info yg menarik kann ;)


21 comments:

  1. Info yg last tu sue pernah dgr jg kak n kwn sue pun ada bg petua mcm tu jg. Tp tak gamak la plak nak try. . Hihihihiii

    ReplyDelete
  2. Memang pentin sangat untuk wanita ni. Seriau mengenangkan rakan-rakan yang talah menjadi mangsa barah payu dara.

    ***jom mendaftar di MAKNA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lahh bukan main2 kan
      hurmm akak x pernah daftar layie ..

      Delete
  3. ekkekek aah .. akak x terfikir punnn ;)

    ReplyDelete
  4. tq for the info. sharing is caring nih..:)

    ReplyDelete
  5. selalu buat tapi macam ragu2 je bila buat sendiri..entah ye ntah tdk. ekeke
    thanks for the info kak :)

    ReplyDelete
  6. TAK BERANI NAK BUAT PETUA TU..TAK BERANI SEBAB TAKUT SAYA MUNTAH..MUAHAHAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahha ieda punn x pernah cuba
      tapi ada baca dlm soal jawab kesihatan dan agama
      memang bagus , cuma kita nak buat atau tidak sanggup ekkeke

      Delete
  7. info yg mnrik..thanks 4 sharing..

    ReplyDelete
  8. Auwww petua nie saya pernah dengar tapi x pernah mencuba , saya alergic kak dengan bau tut ekekekekeke........

    ReplyDelete
  9. yelahh dik ..
    akak punn
    rasanya semua org macam tuu kut
    tapi tulah pasal kanser tuu memang takut
    rupanya semua ini ada sangkut paut kan ..
    hurmm kita cuba yg terbaik
    sbb kesihatan nie merangkumi semua .. bukan satu bahagian sahaja ..;)

    ReplyDelete
  10. ehem..ehem..tatau ape nak komen..kang saya komen "ok kak, balik nanti saya try"nampak bebenor nipunya..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. eekkekek ...
    x tahu nak jawab apee .. x per dikk pengetahuan awal .. skrg dah banyak
    kes pasal payu dara nie , dah kawin nanti leh share ngan wifieee ;)

    aahahha jgn tipu2 .. akak tahuuu ;)

    ReplyDelete
  12. bagus info nie......
    lelaki pun patut berjaga jaga.....
    kebarangkalian mungkin juga terjadi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dikk kebarangkalian tuu memang ada
      sbb ramai lelaki skrg nie ada hajat nak besarkan yau dara mereka ..
      x dinafikan ...

      Delete
  13. psl petua tu.. sy pnh dgr... membe ada bagitahu.. :-)

    ReplyDelete
  14. emm...x pnh dgr pon petua last tu...ni 1st time.tp menarik,blm cuba blm tau kan..ekekekek..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...