Sunday, January 15, 2012

MAMPUKAH hidup tanpa suami disisi ~ RITA RUDANI dah biasa


salam semua

kata orang kalau dah biasa .. insyaallah kita boleh sahaja .. kasihan bila memikirkan kisah2 kehidupan artis2 kita , pelbagai ragam dan cerita .. x terkecuali kehidupan kita manusia biasa ini .. cuma bezanya kehidupan kita tidak mendapat perhatian masyarakat kerana kita tidak di kenali ..

bagi artis yg jelita Rita rudani terpaksa jalani kehidupan dengan tabah walau tanpa suami disisi .. mgkin kerana dia dah terbiasa di tinggalkan .. dan yg paling terbaru dia ditinggalkan sekali lagi oleh suaminya Aidil , tanpa mengetahui apakahh yang telah terjadi ..

 sedih bila melihatkan anak2  yg comel ini .. bayangkan dia ditinggalkan dengan ibu mereka , tanpa sebab .. akak tgk wajah anak2 dia nie membuatkan akak syahdu dan sebak .. duk bayangkan kalau anak2 akak jadi macam nie .. huhuhuh x tahulahhh


“Saya tidak pasti punca sebenar kenapa dia mengambil tindakan sedemikian, sedangkan setahu saya segala apa kehendaknya selama ini saya patuhi. hendak kata saya pulang ke kampung tanpa pengetahuannya, tidak juga. Perkara itu sudah diberitahu lebih awal.

“Sebelum ini ke mana saja saya pergi, pasti akan dimaklumkan kepadanya, waima membawa anak-anak untuk membeli barang keperluan rumah. Sebagai isteri, saya tahu tanggungjawab saya.

“Dia suami dan saya isteri. Tempat isteri di sisi suami dan begitulah sebaliknya, tetapi sekiranya suami sendiri mengambil tindakan meninggalkan isteri dan anak-anak tanpa memberitahu sebab dan puncanya, saya jadi keliru. Tiada sebarang pesanan ditinggalkan membabitkan tindakannya,” katanya.

Rita kini masih menunggu penjelasan suami membabitkan tindakan dibuat dan apa juga perkara mahu diambil selepas ini. Katanya, apakah maknanya sekiranya suami meninggalkan isteri dan anak-anak sedangkan dia adalah pelindung dirinya dan juga anak-anak.

“Perkara sama berlaku sewaktu rumah tangga kami bergolak pertama kali sebelum ini. Namun atas nasihat ramai, dia mengambil keputusan untuk melupakan segala masalah berlaku. Apatah lagi hubungan saya dengan ibu bapa mentua semakin baik.

“Dulu dia merayu kepada saya agar memberikannya peluang. Namun apabila meninggalkan rumah sekali lagi tanpa memberitahu masalah dan puncanya dan tidak membincangkan perkara yang dianggap masalah bagi pihak­nya, ia tidak adil.

“Kalau pertama kali, saya faham tetapi sekarang kami sudah mempunyai dua anak.
Ada masalah bawalah berbincang dan bukannya lari dan tinggalkan saya dan anak-anak terpinga-pinga,” katanya.


petikan : hmetro


soo ini bukan kali pertama bagi suami rita memperlakukan dia sebengini ..kalau orang lain lahh kann agaknyee dah lama kena tinggal @ minta cerai .. betul tak ?? kira rita nie sgt2 penyabar .. 

entahlahhh , semoga dia terus bersabar dan menjumpai jalan penyelesaiannya dan keadaan bertambah baik .. insyaallahhh .. sama2 lah kita doakan .. ( walau akak x tahu punca sebenar kisah mereka ini ) , tapi x salah kan kalau mendoakan yg baik2 buat dia dan suaminya .. moga dpt kita jadikan renungan bersama - sama .. kerana kehidupan rumahtangga ini banyak cabaran dugaan yg perlu kita tempuhi selagi kita masih bersama  ..

21 comments:

  1. kawen xde restu keluarga mcm ni la yg takut..takut rumahtangga xbhgia.tp dorg dh kwen pon..mak ayh kne la terima menantu...smpai bile nk bermusuh 1keluarga..wallahualam..hanya mrk dan keluarga mrk je yg tahu perkara sbnr..kite org luar hanya mampu berdoa je utk kbahagian mrk...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dikk
      adakalanye semua ini kita kena ambil tahu ..
      restu mak dan ayah perlu
      tapi bila dah kawin .. ibu dan ayah keluarga kena merestu dan berdoa utk kebahagiaan mereka kan ..

      Delete
  2. tulah baca cerita dia kat paper hari ni pun kesian je..Entahlah kan, sebagai orang luar, kita doakan yang baik-baik saja untuk mereka kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah dikk
      sedih sbb akak hiba tgk anak2 dia ..
      masih kecil dan x tahu apaa2 .. kita doakan aje

      Delete
  3. Hanya mereka n Allah sj yg tahu apa masalah sbnrnya kan kak..

    ReplyDelete
  4. Kesian rita. Mesti dia keliru. Aidil ni sebenarnya tak matured enaf lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah .. akak rasa macam tuu
      nampak sgt aidil tuu x matured ..
      tapi dikk ada je lelaki x matang kawin wanita berumur ..
      ok je ..
      dah takdir kan
      dugaan buat dia
      dia kena kuat kann

      Delete
  5. Salam,
    Doakan yang terbaik shj utk mereka ;)

    ReplyDelete
  6. siannya kat rita.suami dia buat hal lagi.
    mmg tak matang lagi suami dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulahh
      sedih .. ramai cakap aidil nie terikut2 dgn adik beradik serta keluarga
      dia x sayangkan anak2 ke .. isteri cantik dahh huhuh

      Delete
  7. Suami mcm tak matang mmg susah kak.matang bkn pd umur,tp pd tindakan.isteri dianiayai dan diabai.di mana bahagia klu takda pendirian.keluarga x perlu pecah belah rumah tangga anak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dik
      dalm hal macam nie .. keluarga aidil perlu menasihatkan dia ...
      tapi nampak sgt adik dia ada x kena ngan dia
      kes dengki @ ape , kita sendiri x tahu huhuh

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Kesian pada anak-anak dia yang masih kecik.Lari tinggalkan rumah bukan jalan penyelesaian terbaik rasanya..apa-apa pun harap mereka dapat cari jalan berdamai dan buat keputusan yang terbaik untuk kedua2 pihak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dikk
      akak cukup benci dgn lelaki macam nie
      entahlahh nak kawin bukan main layiee sanggup buat ape sahaja
      bila jadi macam nie x nak kembali ke pencipta azali
      berdoa lahh jgn larikan diri huhuh

      Delete
  10. .....dia buat isteri macam bola!

    ReplyDelete
  11. rita rudani nih pernah datang buat spec ngan papa mifz maso kerja 1 utama dulu....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure dia natural beauty kan ;)

      Delete
  12. Ish...takleh imagine if yayansmum lalui experience mcm dier...owh!tidakk...

    ReplyDelete
  13. kesian kan..kalau ppuan lain yg secantik rita tu mgkin dh lama tgglkn suami dia tp kira dia msh ok sbb setia kan.

    ReplyDelete
  14. Kesian ngan Rita...kita hanya mampu berdoa moga rumahtangganya nanti kembali bahagia.....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...