Saturday, January 21, 2012

MAAF berbalas , SAMAN diteruskan ~ kak OGY oh OGY


salam semua

selamat pagi .. wah2 .. semangat bercuti nie lain macam sikit .. ekekke pagi2 dah ngadap komp .. edicted ngan blog lah katekann ecehhhhhhhhhh ... uolss dah sarapan ?? hurmm akak pagi2 nie beli je sarapan , mood nak masak kurang .. biasalahh ujung2 minggu kann .. nak2 cuti panjang nie .. yes !!

oh ya ada terbaca kisah kak OGY kita nie .. hurmmm dah maafkan si JOHAN tuu tapi still nak saman .. alahh kak come on lahh .. akak nye lawak malam tuu punn macam ape2 je kan .. seyes cakap akak x perasan punn lawak JOHAN tuu macam melampaui batas .. kena tgk balik nie .. sbb kak OGY mlm tuu macam ok je kan .. hurmm udah lahh ... x yah saman2 .. 

dunia hiburan nie bukan nye besoo noo ... nanti2 kita akan saling bantu membantu juga kan .. lagipunn JOHAN masih baru .. cukuplah sekadar teguran dan confirm JOHAN akan sedar kesilapan dia .. hurmmmmmmmmmm

Ogy dan juga Johan semasa mengacarakan FFM24 lalu.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy menyatakan sudah memaafkan Johan (Raja Lawak) yang dianggap telah mengaibkannya ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24 (FFM24) tahun lalu.
Ogy berkata, sebagai seorang wanita Islam, dia tidak membenci Johan malah telah memaafkan pelakon komedi itu yang menggunakan namanya sebagai bahan lawak dengan niat mempersendakannya.

Ogy berharap pengacara muda itu mempelajari kesilapan yang telah dilakukan.
"Bagaimanapun, berkenaan dengan tindakan saman itu (terhadap Johan) , saya serahkan sepenuhnya kepada peguam saya.

"Apa-apa pun, saya dah okey tentang hal ini. Cuma dia harus belajar daripada kesilapannya supaya tahu mana yang patut atau tidak ketika mengacara bersama pasangan mengikut kesesuaian.

"Tidak kira sama ada pasangan yang kita mengacara bersama itu lebih berusia atau tidak, kita perlu menghormatinya. Johan seorang yang berbakat besar tetapi dia perlu gunakan bakatnya dengan betul dan kenal majlis itu apakah kata-kata yang sesuai sewaktu mengacara.

Tambah Ogy, kerana kata-kata sinis juga, ia bukan sekadar menyinggung perasaan orang malah boleh 'mencacatkan' sesebuah majlis yang dikendalikan.

Beberapa minggu selepas FFM24, Ogy telah membuat kenyataan kepada beberapa media akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Johan kerana mempersendakan arwah ibu bapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.

petikan : mstar


artis2 niee .. senang je kan .. nak SAMAN .. SAMAN .. ikut suke je .. hurmmmm kalau kita org biasa2 nie x terfikir punn nak saman kalau ada orang2 yg buat onar kat BLOG kite kan .. ekekke aci tak ??? ahhaha


16 comments:

  1. ntahle, sikit2 saman, tak reti nak komen daa

    tersilap komen, saman lagi!!

    ReplyDelete
  2. No komen..artis ni macam-macam..

    ReplyDelete
  3. saman jer ...jadikan pengajaran....melawak pun kuang ajaq ...asik maaf2...pastu buat lagi pun no point...

    ReplyDelete
  4. macam mengada-ngada lah pulak ..senseti beno..siket2 nak saman..apalah sgt dgn hukuman dunia.
    terima sajalah kemaafan dan doakan perkara mcm tu takkan berterusan.

    wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn anisa
      apa salah nye terima aje

      x der duit koot ekekke tu yg suke je saman
      padahal x ada ape2 punn
      lagipunn org punn x bangkitkan isu tuu
      lagi org terperanjat adelah sampai kak ogy nie nak saman2 .. kenapa puleee ;)

      Delete
  5. nak komen pasal ogy... tapi takot kang dia saman...

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahhaha bahaya kan
      nie saya pun takut
      tapi realiti ...
      kena terima hakikat ekekek

      Delete
  6. Apa yang johan cakap ekk? HUHU

    ReplyDelete
  7. biasalah artis..sikit2 nk saman..

    ReplyDelete
  8. alamakk..ape yang johan melawak time tu smpai org nak saman..sy tak tgk plak FFM tahun lepas..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm lawak biasa2 dikk
      tapi ada lah uinsur2 macam perli2 gitu
      biasalah dlm lawak kan
      kalau x leh terima .. x lah meriah jadinyee
      tapi akak rasa biasa2 aje ..
      hurmm cuma manusia nie ada macam2 jenis kan
      x semua leh terima ..
      hakikattttt ;)

      Delete
  9. Alar, takpe...saman je...betul juga...maaf2...pastu buat lagi...biar artis lebih berhati2 bila bercakap/bertindak...biar artis tahu mana yg boleh dibuat lawak, mana yg tak...lawak pun ada batasnye ape...jgn smpi jadik lawak bodoh...huhu, diorang kan role model...kene la tjk sikap yg baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yg di saman tu kaya x per jugak
      nie lebih kurang macam dia jugakk
      hurmm dia dulu pun x sempurna jugaa ..

      Delete
  10. dunia artis ni x lari dr saman menyaman kan..

    ReplyDelete
  11. biasalah dunia artis... bila kena btg hidung sendiri x boleh terima.. tp bila dia kata org x ingat...

    ReplyDelete
  12. pdhal tgk dorang mlm tu ok je kan.rasa kalau takde johan pun hambar jdnya.biasalah kak ogy dh berumur...sensitip lebih..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...