Tuesday, January 24, 2012

LEMAS ~ adakah pihak berkuasa BERTANGGUNGJAWAB


salam semua

aduhh sedih dengan berita tragedi lemas di kuantan nie .. huhuhuhu dua dari anak lemas ketika bermandi2 manda di pantai sepat kuantan .. huhuh tempat nie akak ada pergi dulu .. tapi oleh kerana suami akak x suke bermain di pantai , tempat ini jarang kami kunjungi ... 

ya allah bila tragedi macam nie berlaku .. haruskah kita persalahkan pihak berkuasa ... kenapa mereka kena bertanggungjawab sedangkan anak2 adalah didalam kawalan kita .. bukan mereka .. mereka kalau ada sekadar memantau dan memberitahu kepada orang ramai keadaan laut sahaja .. itupun pada akak lahh tempat2 yg popular sahaja .. bebnading pantai sepat nie .. pantai ini jarang dikunjungi kerana keadaan laut yg jauh dari daratan .. huhuhu panas ..

kita sebagai ibu bapalah yg kena memantau anak masing2 .. kita tidak seharusnya membiarkan mereka mandi ditengah laut sekirannya mereka x pandai berenang .. akak masih ingat sewaktu pertama kali kami ke pantai ini .. suami siap berpesan .. kalau nak ke tepian laut , biar dia ada bersama .. itupunn dia ada menyatakan kurang yakin kerana daya tarikan air laut x sama dengan air sungai .. huhuhu


ANGKAT...orang ramai membantu seorang daripada mangsa lemas


KUANTAN: “Semuanya berlaku terlalu pantas. Anak-anak saya sebelum itu sedang mandi apabila tiba-tiba ketiga-tiga mereka tenggelam timbul dan terkapai-kapai.

“Saya cuba menyelamatkan mereka namun hanya berjaya menyelamatkan seorang saja,” kata Zaleha Abdul Ghani, 42, yang kehilangan dua anaknya, Mohd Zaiful Mohamad, 13, dan adiknya, Mohd Saiful, 11, akibat lemas di Pantai Sepat, dekat sini, petang semalam.

SELAMAT...seorang mangsa dibawa ke pantai.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, enam orang termasuk tiga anak Zaleha lemas. Bagaimanapun, seorang anak wanita itu dan tiga anak saudaranya berusia antara lapan hingga 16 tahun, berjaya diselamatkan orang ramai dan kini dirawat di di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA).

Zaleha bersama keluarganya dari Sungai Isap, berkelah di pantai itu sempena cuti umum Tahun Baru Cina.

Dua anaknya yang maut, Mohd Zaiful dan Mohd Saiful berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ketika diselamatkan dan meninggal dunia di HTAA akibat sesak nafas. Seorang lagi anak Zaleha masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia mengharapkan anaknya itu selamat.

BANTU...orang ramai memberi bantuan penafasan kepada seorang mangsa lemas.

Pada masa sama, Zaleha meluahkan kekesalannya terhadap pihak berkuasa yang tidak melakukan pemantauan di sepanjang pantai itu biarpun sebelum ini banyak kejadian lemas berlaku. “Mereka (pihak berkuasa) sepatutnya mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak kejadian ini berulang kembali,” katanya.


apa2 pun kita tidak sepatutnya menyalahkan pihak berkuasa .. mereka x ada hak utunk melarang orang ramai utk bermain dan bermandi manda .. hanya kita yg perlu lebih memberikan perhatian terhadap anak2 yg mandi disitu .. entahlahh .. apa2 pun TAKZIAH diucapkan buat keluarga mangsa ..  

dan kepada yg mereka yg suke ke pantai utk mandi manda .. tolonglah l;ebih berhati2 .. kalau rasa anak2 x boleh mandi seorang biarlah suami kita mandi bersama mereka ... jgn dibiarkan mereka mandi sendirian .. huhuh


19 comments:

  1. Erm,kesian.Tp, btul gak tu, kita la yg kene Extra Hati2,kan?ssh gak nak deal ngan issue2 cmnie. Apapun, insyaallah bila my son dh besar sikit, nk hantar g kelas swimming la , (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm bagus juga kalau ada perancangan nak masukkan anak2 ke swimming class .. ;)

      Delete
  2. Semua pihak bertanggungjawab, tp kekadang perkara sebegini xdapat dielakkan, yg penting semua kena berhati2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dikk
      bila dah jadi macam nie . x perlu salah kan sesiapa ..
      pada pandangan akak .. kita ibu bapa kena xtra hati2 .. huhuhu

      Delete
  3. ieda..tak perlu nak menyalahkan sesiapa kan..memang dah takdir.
    sebabnya kalau dah tau kerap berlaku..hindari tempat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye acik .. kenapa nak salahkan pihak berkuasa ..
      ibu bapa yg membawa ..
      pihak berkuasa hanya mampu memantau aje huhuhu
      pantai nie selalu dah ada kematian lemas kak ;(

      Delete
  4. terus terang kalau saya, takkan salahkan pihak berkuasa, sebab dekat media cetak dan media massa dah bagitau keadaan cuaca mahupun keadaan laut. Kesedarannya perlu ada pada ibu bapa..Apapun segala yang berlaku dengan kehendak Tuhan cuma kita boleh elakkan dan cegah dari awal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dikk cuaca skrg laut bewrgelora ..
      rasanya ibu bapa perlu lebih prihatin
      boleh tgk keadaan laut kan huhuhu

      Delete
  5. harap peristiwa nie dpt jd pgjaran bersama buat ibu bapa di luar sana agar lbih prihatin dgn anak2..tmbah2 plak cuaca di pntai timur skang masih ag ujan..air pon pasang..mmg xssuai tuk mandi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dikk
      tu yg akak pelik
      kenapa nak risiko kan anak2
      walau pun cuti
      sepatutnya parents lebih tahu dan memantau dengan teliti .. huhuh

      Delete
  6. sedihnya..

    bagi ayu.. time cuaca tak menentu, molek kita dok rumah dan makan2 bersama tersayang.

    jgnlah pergi ker tempat bahaya, nak dapat cahaya mata bukan mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ayu ..
      ini semua dugaan allah ..
      anak bukan mudah nak dpt .. bila kita leka
      adakalanya ia membuatkan kita menyesal sampai bila2 huhuhu

      Delete
  7. memang sedh sangatt...tapi betul la kata akak...kita as parent yg kena pantauu...kita hanya boleh share dan bagitahu jek keadaan situ tak selamat...anyway takziah n al-fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm tulah ..
      kalau kita bersama keluarga memang kita kena pantau
      lainlah kalau anak2 kuar bersama kawan2
      kalau akak sorry lah nak lepaskan huhuh

      Delete
  8. Salam K.Ieda,

    Hola!

    Sedihlah nak baca cite ni...
    Innalillah....
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  9. Setuju sgt dgn pendapat akak..kenapa pula nk salahkan pihak lain? Anak dlm jagaan kita kita la yg kena jaga..Pikir pikirkanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dikk .. kadang2 parents nie amik mudah
      dah banyak akak lihat
      bila akak ke tempat2 macam nie
      akak tgk ibu bapa kebanyakannyee hanya membiarkan anak2 mandi sendirian bersama adik beradik mereka ..
      x ambil berat .. nak2 kalau anak mereka tu dah besar , lagilah huhuh
      sedihhh

      Delete
  10. Takziah kepada keluarga mangsa.
    kalau ke pantai, memang berisiko,
    ombak dan airnya tiada batas ke tengah laut..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...