Friday, January 13, 2012

KHAS UNTUK MU wahai gadis yg MASIH PERAWAN


salam semua 

seronok bila belek punya belek dlm internet nie jumpe tips2 yg menarik macam nie .. khas utk anak gadis yg masih DARA .. ehem2 .. ekekke silalah baca dan amati dan kalau boleh jadikanlah ia amalan harian anda .. sgt2 berguna tau .. dan utk yg dah berkahwin punn apa salahnye .. memang boleh sgt2 diamalkan ;) 

ingat lagi zaman akak masih anak dara , nenek akak selalu ingatkan buat itu dan ini .. ada juga pantang larang , konon2 nya akan hilang seri anak dara tuu .. akak ikut lahhh , tapi x lama .. bila balik KL sambung kerja , tak terbuatt pulakk huhuh


Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. 

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

sumber : petuaorg

kebanyakan diatas , akak jarang buat .. kadang2 tuu x dpt nak jadikan amalan huhuh padahal sgt2 bagus kan terutama supaya payudara montok tuu ekekek .. sama2 kita jadikan amalan mana yg terbaik kan ;)


21 comments:

  1. haaa yg no 1 tu x penah dengar dgn yg last skali. hehe. thanks akak... berguna juga utk sy yg masih dara. huhu ,. :D

    ReplyDelete
  2. Kdg2 petua org tua ni ada juga kebaikannya. . Tak salah kalau diamalkan pun. .

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Alamak! yang terakhir selalu buat hu hu hu

    ReplyDelete
  4. hohhoo petua bagus ni beb!hehe mekasih

    ReplyDelete
  5. nice tips kak ieda..

    p/s: mak dara leh gak ker? muehehe

    ReplyDelete
  6. hoho nice tips.. ade antaranya memang diamalkan.

    ReplyDelete
  7. hehe..silap tak jumpa petua ni masa sblm jadi mak dara

    ReplyDelete
  8. wah,, menarik ni,
    memang kena amalkan, hhehe :)

    ReplyDelete
  9. info yang bagus juga untuk mak dara mcm kita ni kan kak..hehe

    ReplyDelete
  10. KOMeN TIPU...!!!

    suara saya macam buluh perindu..

    ReplyDelete
  11. skrng ni dah jadi mak dara...boleh buat ke???? hihihi

    ReplyDelete
  12. maknanya jangan percaya dengan komen saya tu..
    muahahaha

    ReplyDelete
  13. slm kak..
    alaaaa..dah kawin dah..dulu time perawan jarang buat mcm nih..ade benda yg akkk tulis..intan x buat.hheheheh

    ReplyDelete
  14. bagusnya petua ni kak ieda..

    ReplyDelete
  15. petua dan tips yg mmg bagus kak...tapi mase anak dare takde pun lieya buat, sbb tak tau....skrang dah jadi mak dare, amal jamu rajin ler heheeheheeh

    ReplyDelete
  16. Dulu masa Arwah mak masih ada..selalu nampak dia buat yg cam no 1 tu...info yg brfeadah bg generasi skrg.

    ReplyDelete
  17. petua untuk orang rajin..sy mls kak..huhuu...

    ReplyDelete
  18. org dah kawin boleh kan amalkan lg..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...