Wednesday, January 11, 2012

Kenapa Saya Perlu Pembedahan Caesarean

salam semua

cerita pasal kaedah pembedahan dalam bersalin nie , agak normal buat akak .. akak bersalin kan anak2 akak semua melalui kaedah caesarean nie .. sebab ?? yee sbb anak2 akak besar .. besar macam mana ?? yg sulung 4.0kg , 2nd pula 4.8 kg dan yg last sekali 3.65kg .. hahhaha dah ketentuan allah kann , mereka semua x nak lahir melalui pintuu semua nak lahir melalui tingkap .. jgn lompat tingkap sudahhh ;) 

orang dulu2 pernah cakap , kalau boleh elakkan beranak anak melalui pembedahan .. memang kita x nak , tapi kalau dah ketentuan allah nak buat macam mana kan .. akak dulu x pernah terfikir nak lahirkan anak melalui kaedah pembedahan ini .. tapi bila akak dengar penerangan dari dr , barulah akak paham .. bayi2 akak besar utk pelvis akak .. hurmm x perlah nak buat macam mana .. kena redha


Caesarean harus dibuat sekiranya ia lebih selamat untuk ibu dan bayi berbanding dengan bersalin normal. Ini selalunya boleh ditentukan sebelum sakit bersalin bermula dan pembedahan boleh dijadualkan sebagai pembedahan elektif.

Sebab-sebab pembedahan Caesarean
Berikut adalah sebab-sebab mengapa pembedahan c-section perlu dilakukan:
  • Pernah mengalami pembedahan pada rahim seperti membuang fibroid dan sebagainya.
  • Mengalami jangkitan kuman STD seperti HIV dan herpes- bayi mungkin boleh terkena jangkitan tersebut sekiranya bersalin normal.
  • Masalah perubatan seperti kencing manis dan darah tinggi yang teruk.
  • Bayi terlalu besar untuk pelvis ibu.
  • Hamil lebih dari satu dan kembar pertama berkedudukan songsang.
  • Terdapat ketumbuhan yang besar yang menghalang bayi melalui pelvis.
  • Uri yang berada pada kedudukan bawah
  • Keadaan bayi songsang atau melintang
  • Dua kelahiran sebelumnya adalah kelahiran caesarean.

Sebab-sebab pembedahan caesarean semasa bersalin

Pembedahan caesarean lebih kerap dilakukan sebagai pembedahan kecemasan iaitu apabila berlaku komplikasi semasa proses bersalin.

Anak lemas : Terdapat perubahan degupan jantung bayi semasa saat bersalin. Ini menunjukan yang bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan dengan serta-merta.

Masalah uri: Kedudukan uri pada bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan ini boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak  dilakukan dengan segera.

Tiada progress : Disebalik kontraksi rahim yang kuat, serviks tidak membuka sebagaimana yang sepatutnya.

Pendarahan dari faraj secara tiba-tiba: Abruptio placenta dan plecenta preavia boleh membahayakan nyawa anak dan bayi.

Percubaan melahirkan Vacuum atau forceps yang gagal: Kadang-kadang didapati penggunakan forceps/ vacuum tidak dapat menolong melahirkan bayi.

Bayi sudah passed meconium: Terdapat meconium yang hijau pekat setelah ketuban dipecahkan menunjukkan tanda bayi sudah lemas.

info : portalhamil



selepas melahirkan anak ketiga , dr menyarankan akak ikat kilang akak kerana risiko rahim pecah sangat tinggi jika akak hamil lagi dan ini akan menyebabkan risiko bayi dan ibu mati juga sangat2 tinggi, ini akan terjadi kerana rahim akak sudah nipis seperti belon huhuh

Jadi akak terpaksalah menguburkan perasaan dan keinginan untuk mengandung lagi .. tapi tetap bersyukur kerana sudahpun mempunyai 3 orang cahaya mata, lagipun cabaran menjaga dan membesarkan mereka , fuhh sgt2 lahh mencabar ekkeke .. insyaallah akak akan jadi yg terbaik buat mereka .. ;)


41 comments:

  1. Salam kak ieda..
    Mmg besar suma ank2 akk time lahir ye..
    Alhamdullilah,dapat jugakkn 3 org ank wlaupun 3-3 c-sect.
    Saya dulu wktu twins sorang lahir normal sorang lagi csect..mmg saya tahu mcm mana sakitnye bila kn belah perut tu..huhu

    ReplyDelete
  2. ya ampun.mmg besar pon baby akk tu.hmm takpelah kak.dh ada 3 pun syukur kan.

    ReplyDelete
  3. kalo saiz baby bsr atau ada msalah tertentu mmg kna c-zer.. tp syukur... at least kak ada 3 org anak sbg pyeri rmh tangga.. sesungguhnya.. hnya tuhan y tahu rezeki tbaik utk kita..

    ReplyDelete
  4. takpe ieda..3 orang tu dah kira rezeki yg tak terhingga besarnya Allah bagi kan..semoga ieda jadi ibu yg terbaik utk mereka bertiga..amin!

    ReplyDelete
  5. oo anak besar selalunya memang Dr suggest bedah kan. Saya pun kalau ada anak maybe kena bedah jugak.

    ReplyDelete
  6. sy lahir 4.3 dlu
    alhmdlillah mk lhirkn normal

    ReplyDelete
  7. semangat2 belaka yer..mcmnilah org pompuan, kene tanggung risiko kan..huhuhu,,,tapi x pe berbaloi

    ReplyDelete
  8. kak ieda--
    satu entry yang sangat menarik dikongsi..
    sungguh.. ayu tak tau pun bila buat caesarea, kita tak boleh mengandung lagi..

    tak apa kak, 3 pun dah okey dari 13 anak tapi sorang pun tak ingat ibubapa, moga anak2 kak ieda menjadi anak yang soleh dan solehah

    ReplyDelete
  9. Nice sharing kak , info yang sangat berguna....

    ReplyDelete
  10. memang besar2 ya anak ieda masa lahir..patutla kena caeser..

    ReplyDelete
  11. Samalah kita Ieda,,akak pun..3 org semua c sect. asalnya sbb ada history placenta abrubtio ( uri lekang), jd pendarahan banyak.. tu yang ank sulung akak meninggal dunia..dikebumi nun jauh di negara org..Alfatihah utknya,


    apapun syukur dgn rezeki yg Allah beri ni..memandangkan ramai insan lain yg tak bernasib baik, tak de rezeki nak dpt anak kan..

    ReplyDelete
  12. andai itu takdirnya ye kak.. hehe.. redha je lah kan.. yg penting selamat semuanya..

    ReplyDelete
  13. thnx for sharing..nice info.. tp kita memang boleh merancangkan kak.. tapi tak pasti pilihan yang ade di depan hari nt

    ReplyDelete
  14. uishhhh semangat2 nya anak kak ieda!! anak2 saya 3.0kg, 3.2kg, 3.65kg huhuhu, yang last tu borpoloh kotiak monoran ehhehehehe

    ReplyDelete
  15. kali ni saya nak mintak bersalin secara pembedahan..saya rasa dalAm kes saya boleh kot saya mintak besalin secara pembedahan..harap2 semuanya selamat la ...

    ReplyDelete
  16. akak,sgt semangat anak akak..sihat2 semua =)

    izan merasa dua2,bersalin normal anak sulung then kedua caeser sbb melintang.. =)

    tak kisah cmner mode kelahiran pun jnji semua selamat =)

    ReplyDelete
  17. @diana D kes ape ?? meh lah share ;)

    ReplyDelete
  18. @ajumohit ekekek not bad dikk
    tapi still ok sbb meneran aje , x lah belah perut tuu huhuh

    ReplyDelete
  19. @ariana ohh aak same lah ngan saya .. cuma kes yg berbeza ..
    semoga arwah anak akak tuu tenang disana .. kita sama2 dia agar kita dapat jadi yg terbaik kan akak ;)

    ReplyDelete
  20. @Citarasa Rinduan ye itulah yg akak harapkan ayu .. risau sebenarnya huhuh .. insyaallah akak selalu berdoa dengan 3 org anak ini akan mengembirakan kami suami dan isteri .. insyaalllahhh .. aminnnnnnnnnnnnnnn ;)

    ReplyDelete
  21. @Iffah Afeefah uishhh normal dikk
    wah besar cabaran tuu .. alhamdulillahhh ;)

    ReplyDelete
  22. @Kalamhati tulahhh .. insyaallah wan .. semoga makbull doa2 kawan2 semua ;)

    ReplyDelete
  23. @Kamalia oooh 1st time akak dgr kes macam nie , kembar tapi lahir dengan dua kaedah .. tapi alhamdulillah selamat semua ;)

    ReplyDelete
  24. sbr jela kan kak..dugaan.. ;)

    ReplyDelete
  25. Alhamdullillah.. ada juga 3 orang anak.. tak pe laa tak de rezeki nak dpt anak lagi.. Yang ada nie.. didik la ngan baik dan sempurna moga mereka akan dpt menjaga kita bila tua nanti..kan insyallah.. :)

    ReplyDelete
  26. harap2 pregnancy sy kali ni leh lahir normal cam dulu gak..
    amin

    ReplyDelete
  27. Kak ieda..jue pun bersalin anak secara czer..sebab tulang pelvis kecil utk baby keluar secara normal.Mula² sedih dan takut tapi jue terima saja.Janji semua selamat.

    ReplyDelete
  28. dulu anak saya si abang tu pun besar masa bersalin kak...4.12 kilo...tapi Alhamdulillah..saya dpt lahirkan dia secara normal..itulah yg dinamakan kuasa Allah...

    tak kisah la lahir ikut tingkap atau pintu, janji anak2 sihat...itu yg penting kan kak...

    ReplyDelete
  29. sesetangah doktor ada yg boleh dapatkan anak sehingga 5 melalui pembedahan..tp selalunya memang ramai setakat tiga jer..samalah dgn sepupu ema..dah kena ikat perut..sebab tiga2 melalui tingkap...

    anak ema pun boleh tahan juga..semua 3KG lebih..Alhamdulillah secara normal...janji anak-anak dijaga dan sihat perkembangannya

    ReplyDelete
  30. alhamdulillah..saya tiga2 anak bersalin normal kak ieda..

    ReplyDelete
  31. 4.8kg kak..kus smgt..
    alhamdulilah derang semua skrg sihat2 belaka n comel2 hensem2 hehehehe

    el dulu ms anak sulung...3.7..jenuh push kak woiii smpi el kata kata dok..dokkkkkk belah sj lah..xlarat nak push...wakakaka dok kata..puan boleh pya...ssh wooo nak jaga operate ni..then barulah ada smgt nak push...tp mmg jenuhhhhhh..alhamdulilah kuo jugak abg danish tu...

    ReplyDelete
  32. Adik myra anak sulung keluaq kot tingkap sebab ruang saluran bersalin bukak kecik

    ReplyDelete
  33. sy dulu pun dr kt pinggul kcik t.leh bsalin normal. dh kna bius pun sy degil t.nak ceasar. tp elok je klua normal.

    ank sy klua t.de mslh pun. dh klua dh pun tp dr. sngaja tarik dgn forsep smpai luka kpala. Ya Allah geram btul!


    baru sy prasan, sbnarnya dia suruh ceasar, lps t.dpt ceasar dia guna forcep coz nk charge lbih. smbil mndikn ank sy, ada ke patut duk kira brp income dia dpt utk minggu tu!

    ReplyDelete
  34. @So Shy Lady ya tuhan .. hurmmm susah nak cakap kan sikap manusia nie .. sib baik x berlaku sesuatu yg lebih buruk ;)

    ReplyDelete
  35. @el ekekek sat .. duk bayangkan ko nerann muhahahahha
    sib baik selamat dikk wehhh
    yelah banyak cabaran beranak operate nie , yg pasti memang payah nak jaga ;)

    ReplyDelete
  36. @wahida aah betul2 kuasa tuhan kalau over than kg leh lahir normal tau dik ... ;)

    ReplyDelete
  37. @Rinnaaminnnn .. insyaallahhh rinna ;)

    ReplyDelete
  38. besar2 anak akak, sy bsalin normal anak sulung berat 3.5kg pun dah trk, sy dah la kecik, mmg koyak trk..huhu..

    Doktor tahu apa yg terbaik utk pesakitnyer..

    ReplyDelete
  39. besarnya baby... anak saya baru 2.9kg.. itupun rasa x mampu nak keluarkan secara normal.. apa2 pun dia keluar secara normal gak.

    ReplyDelete
  40. memang besar anak2 akak masa lahir.. sy pun dua2 caesar.. aidil songsang, aqeef jalan x bukak2.. nampaknya kalau ader rezeki yg ke3 caesar jugak la jawabnya..

    ReplyDelete
  41. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips bersalin mudah.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...