Monday, January 16, 2012

KENAPA ANAK BERBOHONG


salam semua

Suatu saat seorang anak sering bersikap tidak jujur kepada orang tuanya. Berbohong memang merupakan salah satu bentuk kenakalan yang sering terjadi pada anak-anak kecil. Mengapa anak suka berbohong? Hal ini macam-macam penyebabnya. Kebiasaan berbohong mungkin dipengaruhi oleh tingkah laku orang lain.

Jadi berbohong sebagai hasil peniruan dari orang lain, bahkan mungkin dari orang tuanya. Orang tua yang secara jelas menunjukkan sikap tidak jujur kepada orang lain dan dilihat oleh si anak, akan menyebabkan anak mudah menirunya. Sebagai contoh, seorang tetamu mencari ayah, tetapi ibu mengatakan ayah tidak ada, kerana kedatangan tetamu tersebut, tidak berkenan dihatinya. Padahal si ayah ada di rumah. Contoh lain, misalnya ada tetamu ingin meminjam wang tetapi si ayah atau ibu mengatakan tidak punya wang, padahal dia ada. Ada lagi contoh yang lebih dekat dengan sianak.

pic google

Anak minta wang untuk membeli makanan ringan kepada ibunya, tetapi dijawab oleh ibunya tiada wang. Tetapi si anak tahu ibunya ada wang, karana baru saja membeli pakaian baru. Adanya kenyataan ini menjadikan persepsi anak salah terhadap orang tuanya. Orang tua ternyata juga suka berbohong.
Kebanyakan berbohong juga merupakan untuk pertahanan diri bagi si anak, kerana takut mendapatkan hukuman dari orang tuanya. 
Misalnya anak mengambil wang di dompet ibunya tidak mahu mengaku kalau ditanya, karena takut kalau dimarah atau mendapatkan hukuman. Jadi berbohong merupakan cara menghindari hukuman atas pelanggaran yang telah dilakukan. Anak suka berbohong, mungkin ingin menarik perhatian dari orangnya, kerana selama ini orang tua kurang memberikan perhatian dari orang tuanya, kerana selama ini orang tua kurang memberikan perhatian kepadanya. 
Berbohong juga dipakai sebagai alat untuk mengimbangi suatu kekurangan. Misalnya, anak ditanya bagaimana hasil pelajarannya di sekolah. Ia mengatakan  hasilnya selalu baik, tetapi ternyata setelah laporan diberikan kepada orang tuanya, anaknya selama ini sering tidak berkata benar terhadap orang tuanya.


(lukyastirin)


minta dijauhkan dari sikap berbohong ini dari anak2 kita .. sedih dan pilu jika mereka mula pandai bercakap bohong .. sbb akak pernah mengalaminya suatu ketika dulu .. masa tu nina baru darjah dua .. bila diselidiki , dia rupanya berbohong kerana takut dimarahi oleh akak .. huhuhuh , selepas akak menerangkan kepadanya .. barulah dia paham dan alhamdulillah sehingga sekarang dia tidak pernah mengulanginya lagi ...
syukurrrrrrr

25 comments:

Princess Nur said...

sebagai parents kita kena didik anak supaya tidak pandai berbohong..Salah satu caranya ialah jgn mudah menuduh dan guna pendekatan memujuk bila bertanyakan anak ttg suatu perkara..Betul tak kak? ;-)

Softtouch [Hanim] said...

sy pun takut kalu anak sy bohong...kdg2 ada jgk sy xpercaya ckp anak saya tu..mgkin dia takut sy marah...tp selalu lah sy ckp ngan dia n terangkan nape xboleh tipu n nape ibu marah

Cik Ina Do Do Cheng said...

budak-budak tak pandai berbohong. kalau dia berbohong pun dari kita atau kawan-kawan, tak pun sebab kita ada takut-takutkan dia.

~aSHa~ said...

anak sy berumur 4 tahun pun pandai berbohong...

zaman la ni takde istilah dah rasanye 'budak-budak tak pandai berbohong'...budak2 skrg ni dah bijak...bijak sgt...dan cepat belajar dari sekeliling..kadang2 byk dari rakan sebaya...cukup risau....

anak sy umur 4 tahun dah pandai kak...
tak mengaku conteng buku sy, padahal sy tau dia yg buat...

sy tak tau nape dia boleh ckp bohong...

sy dah ckp dgn dia elok2, kalo baby mengaku baby conteng mama tak maarah, baby mintak maaf je dgn mama, mama tak marah, tapi kalo baby tipu, mama marah sgt... tapi dia tetap bohong...pedih hati jadinye

Bitt (double IS) said...

bg saya berbohong adalah shortcut atas malas nak terangkan segalanya...hehehe sometimes not good but sometimes good...tapi bergantung kepada keadaan...tapi kita dah di ajar supaya menjadikan nya lebih konpius sejak dari azali lagi...mcm mana nak jawap if anak tanya "mama... mana Allah, adek tak nampak pon kata DIA melihat?" lepas tu berderet soklan dia...so kena jawap ikut skema general...nanti parahhh kann...itu if masa berjela la nak explain...ok tu contoh jek hhehehe bg saya bohong atau tdak bukan jadi isu besar selagi dia belajar bukakan minda, terima kesalahan dan jadikan pengajaran...saya pon rimas dengan isu bohong di kaca tv..ngeeeeeeeee

hope kita semua dilindungi...

ieda said...

aah .. kadang2 tuu bila kita berlembut dan memujuk dia .. dia akan mula menerangkan kenapa itu dan ini ..
alhamdulillah sama2 kita praktikkan ;)

ieda said...

ermm macam mana ye pendekatan dia ..
akak x pandai sgt nak xplain , tapi try lah asha .. bahaya kalau dia berterusan bercakap bohong ..
cuba dapatkan pandangan dari org2 yg lebih mengetahui atau google cara2 menanggani anak2 yg berbohong ini ..
dia masih muda .. masih sempat utk kita lentur dan perbaiki .. insyaallahhh ...

ieda said...

ye dikk
depends pada keadaan .. yg diterangkan disini lebih kepada yg general yg memang berbohong itu nampak dari kita sebagai ibu bapa yg mulakan .. insyaallah kalau kita boleh mengajar anak agar tidak berbohong , dia akan paham yg mana betul dan yg mana salah ..

akak juga selalu membuat pendekatan macam itu .. susah nak xplain detail bila anak2 sedang membesar ini .. yg jelas kita ibu bapa jgn mula menipun benda yg terang lagi nyata di depan dia .. spt cth diatas lah .. ;)

atuk said...

Assalamualaikum Ieda

dulu2, rasa2 pernah juga bohong kat ibu...sebab tak nak bising2... he he

intan_blur said...

betul la kak..ank sye pun ade sikit2 menipu..geram rase.. ;(

Nazayiena said...

Semua parent x suka anak berckp bohong.....anak Kak Nurul pun ada juga berbohong,tp kita sbg ibu nie blh merasakan mereka nie bohong atau x.......

ratusiput said...

depends pd keadaan jugak kan kak...anak ratu yg tua tu pun pernah jugak berbohong.tp kena xplainlah kat dorang...

Cikpuan rara said...

budak budak skrg ni mmg kena nasihat elok2 kan kak.

el said...

kdg2 budak2 ni bila ckp betul..kita lak yg kata bohong
bila budak2 berbohong kita lak kata itu betul..Allahuakbar
apappun kita kena nasihat anak2 ni dr kecik bior deme tau apa dosa ckp bohong

Yatie Awang said...

anak2 ni memang suka mengikut apa yang orang dewasa buat terutama ibu bapa...bukan senang nak didik anak2 silap didik habislah kita...semoga kita berfikir sebelum bertindak

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu kak.. kita ni sbgai parent perlu pandai main peranan spy ank x biasa berbohong kan..

maszmadi said...

memang betul kan kak ieda, anak2 akan ikut apa yang orang sekeliling buat terutama mak n ayah sendiri... so kita sebagai mak n ayah perlu lebih berhati2 dan elak daripada mengeluarkan perkataan n perbuatan yang tidak baik supaya tidak menjadi ikutan anak2

Amy Syaquena said...

dulu ada juga berbohong tapi bila setiap kali berbohong pasti akan di timpa perkara yang tidak di ingini terus x nak berbohong lagi.

mekchu said...

betul tu.. budak2 belajar dari org2 sekeliling dia.. kalau boleh, cuba elak kan.. tp kadang2 tu terbohong sunat jugak.. hihihi..

ieda said...

ha tulah .. ekkeke skrg nie kalau boleh x nak anak2 kita cakap bohong kan ;)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

selalu menipu tu sbb nak elak diri kan
but alhmadulliah my son ok
tataw la bila bsr nnt

Papa Mifz said...

dulu pun kadang2 papa mifz berbohong ngan mak ayah sebab takut kene pelangkung...huhu

ieda said...

ekekek janji kita dah btahu mana betul dan mana salah kan dik ;)

Mama Hanim said...

Semoga kita dpt didik anak dgn sebaik mungkin kan kak. Dilindungi Allah selalu.

Azlan Hasan said...

erk..bagus entry nie kak..so lain kali bila sy ade anak saya akan cuba untuk mengelakkan dari berbohong sunat depan mereka..hehehe

Regards,
-Strider-

Labels

Suke (845) Makan - makan (410) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (282) family (272) anak-anakku (236) Dunia (218) artis (203) Wanita (195) Tentang Aku (177) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...