Tuesday, January 10, 2012

JANGAN PERTARUH MASA DEPAN ~ adam adli digantung pengajian !


salam semua

hurmmm kadang2 tuu x paham , apa yg difikirkan oleh remaja zaman sekarang , bukan ke kalau kita tgh belajar nie , x payahlahh nak sebuk2 hal politik nie .. kalau boleh sedang2 sudah .. amik tahu sahaja , jgn sampai orang cakap x tahu menahu langsung apa yg berlaku di dalam negara kita .. nie sampai ikut perhimpunan dan buat perkara2 di luar batas seorang pelajar ..

adoiii dikkk , belajar buat cara belajar dikk , jgn campur adukkan perkara2 isu sensitif dengan kehidupan anada sebagai pelajar .. belajar betul2 sampai lulus dan berjaya ! lepas tuuu , nak buat ape punnn buat lahhh .. x kesah .. janji tahu batasan .. huhuhu dah jadi macam nie haaa , kena gantung pengajiannn , kan ke sayangg je , nak masuk U bukan mudah , dahhh masuk nie rebut lah peluang sebaik mungkin ... hurmmmmm


PETALING JAYA: Aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pelajar itu hadir pada perbicaraan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Disiplin UPSI yang bersidang selama 90 minit.

Menurut kenyataan menerusi Twitter daripada Solidariti Mahasiswa, keputusan itu selepas Adam Adli mendengar perbicaraan disiplin selama sejam di universiti. Solidariti Mahasiswa berkata, satu tindakan akan diambil bagi mencabarkan keputusan itu.

pic : google 

Adam Adli yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan pada Isnin atas dakwaan berkenaan dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Dakwaan timbul selepas pelajar sarjana muda pendidikan itu menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejat Umno sewaktu melakukan demonstrasi. 

Sementara itu di TANJUNG MALIM, Jawatankuasa Disiplin UPSI telah mengesahkan pengantungan semester selama 18 bulan ke atas pelajar itu. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, lima anggota jawatankuasa tersebut telah mendapati Adam Adli, bersalah atas dua dakwaan – mencemar dan menjejaskan reputasi universiti dan mengancam moral serta ketenteraman awam.

“Pihak jawatankuasa juga mengambil kira bahawa tertuduh sebelum ini turut mempunyai kes disiplin dan dia pernah diberi amaran oleh pihak universiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Junaidi juga berkata, Adam Adli disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 3 (a) (i) dan (ii),Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah UPSI (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 dan hukuman ke atasnya akan berkuatkuasa bermula Semester II Tahun Pengajian 2011/12 sehingga akhir Semester II 2012/13.

sumber : hmetro


akak serulahhhh ( ecehhh siapp seruu tuuu ) .. kepada semua penuntut2 IPTS @ IPTA , jgn masuk campur hal2 politik @ sebagainya .. ikut perhimpunan ke  bila masih belajar okkk .. dah jadi macam ini .. ciannnn kat mak dan ayah yg berharap pada kita ... huhuhuh


26 comments:

  1. salam kak..;)
    haihhh..mcm2 dorang nih..hmmm..bgus jg bg hukuman mcm tuh..moga2 ade kesedaran kat dia

    ReplyDelete
  2. yela kak ieda..sian mak ayah yg banyak berkorban..adik² pun fokusla pada pelajaran dulu..

    ReplyDelete
  3. tak tau la apa diorang dapat dgn buat camtu...tadi tengok kat berita pagi dengan muka sombong tak heran pun kena gantung tu...

    ReplyDelete
  4. yes masa study so study baik2 jgn campur aduk ngan benda lain...lepas setel study nak join party mana pun ok x dak hal...kasi pass exam etc dulu...masa depan ituew...bab politik x ke mana dek oiii

    ReplyDelete
  5. rasanya dia buat perhimpunan tu untuk tuntut kebebasan akademik kan???bukan sebab nak berpolitik.cuma politik tu orang jadikan isu je...
    media la yang mensangkut paut kan..
    sorry kalau saya salah..

    tapi cara dia tak betul sebenarnya..dia ni mungkin budak2 "nakal"
    gamaknye..heheheh

    ReplyDelete
  6. 3 semester kena gantung tu lama, sayang je pengajian tertangguh cenggitu..

    Dah la bakal cikgu..

    ReplyDelete
  7. sayangnya lah..
    tak pasal2 kena tangguh pengajian

    ReplyDelete
  8. kesian dia...kerna terlalu mengikut hawa nafsu dan perasaan, kena gantung pengajian 3 sem..

    ReplyDelete
  9. budak-budak muda..mudah terpengaruh

    ReplyDelete
  10. sib bek kena gantung..kalo dibuang terus ha caner..lg kesian kat mak ayah..
    betul kata diana tu..mayb dia nak tuntut kebebasan akademik la tuh..ada lah yg x puas hati tu..memberontak bagai..jiwa pelajar ni x tentu kan dgn keadaan negara kita ni politik dr segi itu ini mcm2..tungang langang..nyamfahhhh muahahaha

    ReplyDelete
  11. itu la, aura politik yg terlalu nampak..
    kena tangguh satu hal, kalo ditarik balik pinjaman r biasiswa..
    sape susahh???....

    mak pak depaaaa jugak yg susah.. huhuhu
    tp tingat time ganu ditakluk pas aritu, loan kitorang disekat, lambat byr.. ada jugak yg demo kecik2, tp terkawal..
    ai x kose nk campo, dating lg besh... hahahhahahah..

    ReplyDelete
  12. semoga jadi pengajaran buat semua..

    ReplyDelete
  13. berfikir sebelum membuat sesuatu perkara yg pd asalnya dirasakan baik namun tidak pd org lain...mungkin cara melaksanakannya tidak wajar dan beliau masih memegang status sebagai seorg pelajar ..

    ReplyDelete
  14. ni le namenye tak pikir sebelum bertindak...umur baru setahun jagung pandai2 buat camtu...sekarang sape rugi...org lain dah lame grad...ko baru nak merangkak naik belajar balik...rugi2....

    ReplyDelete
  15. betul kak... janganlah sampai adik2 kat u tu buat benda2 macam ni. kan dah menjejaskan pengajian masing2... kesian pada mak ayah mereka kan...

    ReplyDelete
  16. betul kata akak..time bljr,pk hal bljr aje..kesian mak bapak.. =(

    ReplyDelete
  17. gatal sgt nk berpolitik...sian kt mak bapak la..

    ReplyDelete
  18. Semoga menjadi pengajaran kepada pelajar lain lepas nie...

    ReplyDelete
  19. saya pun da cakap mcm ni jugak mlm td masa tgk berita di tv.... belajar la abis dulu... nak join politik kendian hari la...sapa yg rugi...sian mak ayah dia...jgn ikut perasaan sgt...

    ReplyDelete
  20. anak muder darah pns... hmmmm

    ReplyDelete
  21. betul tu kak.kalo ye pon darah panas.ingat lah,.ko tu masih belajar.gelap masa depan.mak ayah pon malu nt.

    ReplyDelete
  22. usia tu mmg mudah je budak ni memberontak dah di hasut kak... tu lah klu boleh biarlah dulukan pelajaran dulu kan.. banyak lagi masa klu nak ceburi bidang politik nanti

    ReplyDelete
  23. Risau tgk siswa yg bakal jd cikgu mcm ni perangainya...mcm mana dia jd pendidik bangsa nanti??

    ReplyDelete
  24. Orang nak menunjuk dia bijak pandai memang mcm tuu , padahal tak bijak pun . hai . sayang je kena gantung . Padah la atas buatan sendiri .

    ReplyDelete
  25. Betul seruan akak tu, sian pada ibubapa yg berharap...huhu

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...