Friday, January 13, 2012

IMAM muda di dalam TWITTER


salam semua

zaman semakin canggih , pengetahuan agama dan persoalan2 agama boleh kita dapati di laman2 sesawang kita yg semakin canggih sekarang ini .. nak2 zaman sekarang nie .. semua nak letak dalam twitter kan .. gaduh , sindir menyindir , suke , dukeee , putus cinta semua nak letak huhuhuh .. 

tapi kalau soal jawab agama nie memang lahhh sgt2 bagus didedahkan dalam laman macam tuu .. haaa biar masyarakat sedar .. bukan setakat nak tahu kisah2 yg membuang masa kita sahaja .. yee dok ???

hurmmm berbalik pada juara imam muda pertama kita nie , asyraf .. akak minat sgt2 dia nie .. dia punya pakej yg lengkap , wajah , pengetahuan agama dan berpendidikan tinggi , suke bila dia mula membuka akaun twitter untuk soal jawab agama disitu .. alhamdulillahhh sekurang2nya , tidaklah sia2 bagi remaja @ masyarakat yg suke  melangnguk kat situu kann ;)


Saya sendiri kagum apabila sudah boleh mendekatkan diri dengan mereka yang dahagakan jawapan dengan cara yang mudah. Maklumlah, Twitter sedang ‘in’ sekarang dan saya tidak mahu ketinggalan,” katanya.

Mengenakan persalinan moden tanpa kopiah yang sinonim dengannya sebelum ini, anak muda berusia 27 tahun juga kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang ini tampak berbeza dan lebih dinamik.

Mengakui sedikit janggal pada mulanya, namun selepas diajak bersembang dan mengalih tumpuannya daripada sibuk membelek pakaiannya, Asyraf mula rancak berkongsi cerita mengenai ‘dakwah moden’ yang kini menjadi rutin harian setiap malam. 

“Macam ketagih pun ada juga apabila sibuk melayan Twitter kerana ia mengkhayalkan dan mengisi masa dengan rasa seronok. Isteri saya sendiri pernah bertanya kerana ada kalanya saya tersenyum sendiri ketika membelek telefon. Namun alhamdulillah, dia memahami dan menyokong apa yang saya lakukan.

“Bayang�kan, setiap malam sebelum tidur atau ketika ada saja kelapangan, saya akan lekas membuka akaun Twitter dan sebolehnya menjawab semua yang bertanya. Walaupun begitu banyak soalan yang diajukan, saya akan cuba untuk melayan setiap satunya.

“Adakalanya saya sendiri tergelak kerana saya sudah seperti guru agama alam maya pula. Namun itulah keseronokan dan kepuasan yang saya terima apabila berjaya meringankan kekalutan seseorang atau menjawab kekeliruan yang ada. Sekurang-kurangnya, ruang sesawang sosial seperti ini tidak hanya berfokus pada keseronokan duniawi semata-mata.

“Jujurnya saya berpendapat, kaedah ini adalah terbaik dalam meletak usaha mendekatkan diri dengan golongan remaja dan belia. Mereka mungkin segan atau sukar untuk bertanyakan kepada mana-mana guru agama, mungkin payah untuk ke masjid mengikuti kelas agama. Lantas dengan bertanya menggunakan Twitter, apa yang membingungkan mereka dapat juga diselesaikan. “Saya sangat gembira apabila begitu ramai golongan remaja yang mendekati serta berani bertanyakan soalan. Ini satu perkembangan yang baik apabila semua orang semakin nampak ia adalah satu ruang untuk merujuk sebarang keraguan,” katanya.

petikan : hmetro


akak x pernah ada twitter .. entah .. x minat .. sbb banyak lagi medium yg boleh kita guna untuk mengetahui tentang keadaan sekeliling kita .. so akak x rasa laman macam nie penting buat akak ;) nie pandangan peribadi akak lahhh .. lain orang lain caranya kan .. tapi banyak yg x elok dlm twitter dan FB nie .. pandai2 lah kita , sbb buruk dan baik itu dtg dari kita juga yg membuatnyeee .. kan kan kan .. ;)


25 comments:

  1. ooooo....dia ada twitter, bagus lah kalau utk menyebarkan agama.

    ReplyDelete
  2. Dah semakin ramai yg berdakwah melalui internet. Baguskan... ilmu boleh diberi dan dicari dimana saja sekarang nie...

    ReplyDelete
  3. yus lama juga follow dia di twitter, banyak juga ilmu boleh dapat di sana.

    Walaupun yus ada twitter, tp yus banyak jadi pembaca aje...:)

    ReplyDelete
  4. salam..

    ade twitter tapi tak reti gune

    ReplyDelete
  5. Bagus juga Ustaz Asyraf nie bukak a/c twitter utk berdakwah di alam maya.............

    ReplyDelete
  6. ensem kan dia kak...ekekee..

    ReplyDelete
  7. tak follow pun dia kat twitter..
    kat fb pun tak.heheh

    ReplyDelete
  8. hehhehehe skrg ni berdakwah pon pakai tweeter.rara tak minat sgt.suke fb lg.

    ReplyDelete
  9. MUNNA ADA TWITTER TAPI TAK GUNA PUN ...

    ReplyDelete
  10. Tapi kdg2 ada yg tanya soalan2 yg tak masuk akal..

    ReplyDelete
  11. saya ada twitter... tapi tak xtifpun... kalau nak berdakwah kat manapun boleh kan...

    ReplyDelete
  12. ada twitter tp dibiarkan bersawang.. hehehehe baguslah jugakan boleh bersoal jawab di twitter sahaja...

    ReplyDelete
  13. Myra bukak akaun twitter masa nak join 1 contest tu, & sekarang twitter tu cuma untuk post entry @iklan churp2.

    Baguslah Asyraf ni menjawab pertanyaan di twitter

    ReplyDelete
  14. Inapun x ada akaun twitter ni kak..
    Hik3!!!
    Skrg zaman modern semuanya dihujur jari..
    Klik saja..
    Happy weekend dr kami yer.. ;D

    ReplyDelete
  15. tak reti nk bertwitter, ada akaunnya, tapi sekadar membaca apa yg org tweet specially aaron aziz hahahahhahahahhaha

    ReplyDelete
  16. ader akaun tapi luper pw. hik3

    ReplyDelete
  17. samalah kak..gee pun takde...rs tak penting pun benda tu....fb tu pun tak terpantau kadang2....inikan pula nk bertweet2 plak...tak koserrr le

    ReplyDelete
  18. skrng ramai dah guna twitter compare ngan fb...dekat di hati kot ngeeee

    ReplyDelete
  19. Alin lebih suker twitter dr FB kak...

    ReplyDelete
  20. papa mifz ada akaun twitter lamo dah..tp tak pernah aktif sbb pado papa mifz langsung tak best...

    ReplyDelete
  21. sy rs cara dia ni bagus tp tu la, sy ada akaun twitter tp xaktif sbb xreti guna..hahhahah

    ReplyDelete
  22. suka gak dgn cr imam muda nih

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...