Sunday, January 22, 2012

CINTA ~ berkahwin dengan JENAZAH bakal isteri


salam semua

kalau kita orang islam percaya sekiranya tiada jodoh tak usah lah dikesali .. kita kena redha dengan ketentuan allah bukan .. bersabar dan berdoa agar suami @ isteri @ kekasih kita itu ditempatkan bersama orang2 yg beriman .. x baik utk diratapi pemergiannya kerana perginya dia dijemput ilahi , penciptanya ..

bersepah manusia dan insan diluar sana yg kehilangan org yg dikasihi samaada meninggal sehari , selepas @ sebaliknya sebelum majlis pernikahan .. akibat kemalangan , sakit dan sebagainya ..

tapi berlainan denga seorang jejaka di thailand ini .. kerana terlalu CINTA beliau sanggup menikahi mayat kekasihnya .. kerana terlalu sedih beliau menunaikan juga hasrat beliau yg tertangguh itu .. untuk APA ??? 

itulah bezanya agama bangsa lain dan agama islam .. kesedihan dan ketaksuban terhadap cinta x akan membawa kemana2 .. kerana kita percaya CINTA hanya satu kepada yg maha esa ... sekiranya kita lebioh menyintai org lain dari penciptanya , maka berdosalah kita .. wallahualam


DEFF menyarungkan cincin pada jari mayat kekasihnya.

PATTAYA: Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta. Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.

Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand. Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.

Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.

Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin. Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.

Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.

Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan. Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. - Agensi

sumber ; SINI 


dunia macam2 ..  

oh ya 

SELAMAT TAHUN BARU CINA 

kepada semua penganut agama cina ( mlm nie makan besar lah yee ) .. selamat kembali dan pulang kepada kawan2 yg bercuti  dimana jua ..


12 comments:

  1. Assalamualaikum Ieda

    mukin nak menunjukan kesetiaannya

    ReplyDelete
  2. ni maknanya CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU kak...hehehe

    ReplyDelete
  3. sayu jer baca.. sob4...

    Jom renung2 sebentar.=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-itu-penting.html

    ReplyDelete
  4. uh..tak sanggup rasanya macam tu.. hihihi..

    ReplyDelete
  5. entahlah sekarang ni kan? macam2 perkara pelik di buat manusia

    ReplyDelete
  6. Jangan pulak dia x rela nak semadikan jenazah lepas tu. Antara yg pelik tapi benar kan dlam cinta

    ReplyDelete
  7. ada2 je ragam manusia ni kan...

    ReplyDelete
  8. macam2 je manusia ni kan.. pelik2..

    ReplyDelete
  9. hmm..tak tau nak cakap apa lahhh..

    ReplyDelete
  10. tu la kalo terlalu talsub dengan cinta...ikutkan nafsu...agama islam sebenar tak mengajar macam tu..

    disebalik tabir | AIR TANGAN

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...