Tuesday, January 3, 2012

BABY HATCH ~ untuk BAYI yg tidak DIINGINI


salam semua

pelik tapi benar .. itulah hakikat yg mungkin kita semua tidak sedar akan kewujudan pusat kebajikan BABY HATCH ini .. huhuhu soo lepas nie ada sape2 yg inginkan anak angkat , boleh lah merujuk ke pusat ini .. sedih kerana lebih 50 orang bayi yg ditinggalkan disini .. soo macam mana pemakanan mereka , penjagaan mereka .. adakah pusat ini dibiayai oleh badan2 tertentu ?? tidak risaukah kalau bayi2 ini terabai dari segi penjagaan mereka .. 

huhuhu semua ini bermain di fikiran akak .. sedar atau tidk kewujudan pusat begini ada banyak pro & kontranye .. sudah pasti makin ramai remaja yg tidak kesah kalau bersekudukan , sbb ada pusat yg menerima bayi yg tidak dikehendaki @ dengan wujudnya pusat sebegini , mengurangkan risiko dan kes2 pembuangan bayi di negara ini ... semua ini menjadi persoalan , hakikatnya akak x setuju huhuhu


KUALA LUMPUR: Warga asing antara yang memanfaatkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch) oleh Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan Care) apabila 10 bayi tidak diingini di kalangan golongan itu dihantar ke pusat berkenaan.

Setiausaha Kerjanya, Azra Banu berkata warga asing yang menghantar bayi mereka ke pusat itu terdiri pelajar dan pekerja beberapa negara termasuk Filipina, Indonesia dan Nigeria.

pic google
“Sejak ditubuhkan pada 29 Mei 2010 sehingga kini, Baby Hatch sudah menerima hampir 50 bayi tidak diingini di seluruh negara dan kami juga menerima permintaan ramai lagi wanita mengandung dan berkeinginan menghantar bayi mereka ke sini.

“Jumlah bayi berketurunan Melayu antara tertinggi iaitu 33 orang diikuti India dua orang dan Cina seorang manakala ibu bayi dihantar di sini berumur antara 18 tahun hingga 32 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, ramai wanita yang mengalami masalah mula menyedari kewujudan Orphan Care dan ia perkembangan positif dan lebih baik daripada mereka tiada tempat hendak dituju dan akhirnya membuang bayi yang tidak berdosa.

Azra berkata, Baby Hatch dijangka akan diwujudkan di Johor Bahru dan Kota Bharu, Kelantan dalam tempoh enam bulan diikuti di Pulau Pinang pada 2013.

“Kewujudan pusat ini turut mendapat reaksi positif masyarakat apabila turut menerima permintaan mewujudkan Baby Hatch di beberapa negeri lain termasuk di Sabah dan Sarawak, namun sukar kerana sumber terhad.

“Bagaimanapun, kami tetap berharap kes pembuangan bayi berkurangan sekali gus tidak memerlukan lebih banyak Baby Hatch pada masa akan datang,” katanya.

sumber : hmetro 


agaknya , kalau dah bertambah ramai bayi yg di tinggalkan di rumah ini , apakah yg akan terjadi pada bayi2 ini bila membesar nanti , adakah dunia kita nanti dipenuhi dengan anak2 yg tidak berbapa ?? huuhu x dpt bayangkan .. bukankah kita perlu mencegahnya dari menyediakan penyelesaian sekiranya perkara ini berlaku  ..


25 comments:

  1. makin teruk dunia skrg ni..rasanya ni lagi la meggalakkan berlakunya zina sbb dh confirm2 dorang tgau mana nk letak bayi2 tu..

    ReplyDelete
  2. huh mmg lah tak buang bayi.tp maksiat pulak cm ne.mcm yg akk ckp td lah.ntah lah kak.tak tau nk kata apa.

    ReplyDelete
  3. mmg ada pro n kontra nya kak
    tp sekurang2nya. nasib2 bayi2 yg tak di ingini tu terbela....takde ler di buang di longkang, tong sampah, toilet...

    agak2 boleh tak ambil baby2 nie as anak angkat yerk

    ReplyDelete
  4. @fieda huhuh ye dikk ... risau tul akak .. nak bukak cawangan lagi tuu

    ReplyDelete
  5. @Zana Nordin memang terbela dik , tapi semua nie sebenarnya membuatkan masyarakat berfikir sebelum melakukan sesuatu itu ..
    kalau buat ok ape sbb ada rumah jagaan macam nie ..
    kalau x ada rumah macam nie , sekurang2nya mereka fikir dulu , mana nak letak kalau ngandung , siapa nak jaga .. dan akhirnya mereka x akan buat ( harap2 .. )

    dan rumah2 nie dah lama ada , tapi still kejadian buang bayi saban bulan ada kan ..
    huhuhu mencegah lebih baik dari beri laluan macam nie ...

    entahlahh ini adalah sekadar pandangan peribadi akak .. kita sendiri kena fikir , kerana anak2 @ saudara mara diluar sana yg akan lalui semua ini

    ReplyDelete
  6. mmg betul apa yg akak tulis.. ada pro and con.. sekurang2nya takdelah bayi malang ni dibuang merata2..yg xbagusnya ramai pula yg ambil kesrmpatan hantar anak x diingini kt sini

    ReplyDelete
  7. ade baiknye...tp buruk nye pn ade jugak..ape pn, kite pk +ve jela...at least naseb anak2 ni terbela...terjaga..hurmmm...

    bile bab2 anak ni, sha cpt sebak...nk komen pn x tau la nk kata ape....

    ReplyDelete
  8. @sha a.s yelah sha .. sejak berisi nie , perihal anak2 nie naluri kita secara auto akan terasa kan ;)

    ReplyDelete
  9. @nieda huhuh tulahh .. sendiri kena fikirlah kan .. setiap yg allah berikan ada kebaikan dan keburukan , tapi manusia tuu telah diberi akal fikiran utk menanggani sesuatu masalah itu ..
    insyaallahh dengan izinnya ..

    ReplyDelete
  10. memang ada pro & kontranya kakieda.tapi at least nasib anak2 malang terbela.lagi la sedih bila ada yg sanggup buang bayi sendiri.
    *yg terbaik ialah mencegah lebih baik drpd mengubati*

    ReplyDelete
  11. Simpati terhadap nasib anak ini,
    mereka tak minta dilahirkan dalam keadaan begitu,
    harapnya pihak berwajib mengambil tindakan
    mencegah maksiat sedari aspek menutup aurat sehingga
    ke kemuncaknya, lahir mereka..

    ReplyDelete
  12. @ahsfantasy24 ye dikk cegah maksit ituu yg perluu didahulukan .. setelah dicegah , dah terjadi barulahh kita sediakan insentif yg lainn hhuhuh

    ReplyDelete
  13. kesian pado anak2 kecik tuh...apo la nsib dorang kan...

    ReplyDelete
  14. huuuuuu
    pusat jagaan ni ade pro and cons nye kan
    emm..tapi walaupon nasib anak2 ni terjaga di sana tapi macam akak ckp tulah..x berbapa x beribu..sedihh :(

    ReplyDelete
  15. mereka anak2 yg tak berdosa.... dunia skrg mcm2... mana letaknya akal fikiran mereka manusia

    ReplyDelete
  16. drpd bil anak2 2, bleh tahu mcmana masyarakat kita skrg. tp of course diorg x bleh d abaikan.

    ReplyDelete
  17. yana rasa bukan setakat baby2 je yg kena masuk pusat ni..si ibu dan si bapa yg menghamilkan pun patut kena sekolahkan juga kalau tk makin sedap depa nanti...

    dr sisi positifnya...tkdelah kes buang,bunuh atau gugurkan bayi

    ReplyDelete
  18. Tiba2 rasa sayu hati baca entry akak ni.. Kak!! Susah payah ina nak kan anak.. Walaupun keadaan kesihatan ina x elok.. Sampai skrg keinginan tu msh membara.. Sdangkan tau risiko yg perlu ina tempuh.. Tp ina msh jgk mengharap keajaiban Allah swt.. Yg bt ina trkilan manusia2 yg sihat boleh menolak zuriat sendiri sggp bt dosa dunia dn jdkan anak sbg mangsa.. Subahanallah!!! {jap nak p nangis jap!!!} ;(

    ReplyDelete
  19. btul tu kak...ada ke ptt p buat pusat mcm ni..lg la senang dorg nk 'buang' anak

    ReplyDelete
  20. Ramainya anak2 yang tak berdosa ni..

    ReplyDelete
  21. @Salina@IbuAqil ya allah inaaa .. bersabar lah dik .. keinginan ina sama besarnya dengan adik akak .. bezanya ina dah pun mempunyai seorang putra .. ina kena banyak bersabar dik .. dugaan allah x mengenal kita siapa , setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya
    dan manusia2 macam nie memang mudah dan senang utk memperolehi cahaya mata , x tahu apa percaturan allah dengan hambanya ..
    yang jelas dan nyata allah menyayangi hambanya yg sabar dlm semua dugaan yg dia berikan , menguji kita selagi kita mampu .. insyaallah ina .. macam ina cakap keajaiban dari allah tiada siapa yg tahu dan boleh jangka ..

    teruskan berdoa dik .. insyaallahh dia maha mendengar ..

    ReplyDelete
  22. @Maya Mayana ye dikk , geram kann huhuhu

    ReplyDelete
  23. hai! macam2 manusia zaman sekarang ni kan ieda...

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum wbkt..puan/tuan...maaf brtnya..tujuan saya adlah nk mncri anak untuk d jadikan anak angkat..saya mncri bayi dlm lngkungan 10bln ke bawah dn juga kos pngambilan..krjasama dri pihak tuan/puan amatlh saya hrgai..terima kasih...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...