Tuesday, January 17, 2012

Akibat Kepayahan Hidup @ APA ??


salam semua

pelik bersampur sedih bila baca berita nie .. apa yg difikirkan oleh remaja zaman sekarang .. kisah2 yg x masuk akal silih berganti , macam x percaya .. 4 beradik terbabit dengan kegiatan haram ini .. hurmm adakah mereka bersetuju bersama .. atau mereka terperangkap , masing2 x tahu masing2 terlibat .. dan akhirnya berjumpa didalam serbuan polis .. 

huhuhu suatu lagi kisah kehidupan yg membuatkan kita sedar .. adakah mungkin kepayahan hidup menyebabkan mereka jadi begini ..


Empat Beradik Ditahan Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Loteri Haram 
 
SHAH ALAM: Polis menahan empat beradik dalam satu serbuan di sebuah rumah di Tanjung Karang, Kuala Selangor, dekat sini, semalam kerana disyaki menjalankan kegiatan loteri haram. Serbuan itu dilakukan pegawai dan anggota bahagian Risikan dan Operasi Bidang Keutamaan Keberhasilan Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira 6 petang.

Empat beradik termasuk seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30 dan 50 tahun itu diberkas selepas polis melakukan risikan selama dua minggu. Menurut jurucakap polis pada Isnin, selain wang tunai berjumlah RM19,000, polis turut merampas beberapa mesin faksimili dan dokumen yang dipercayai digunakan untuk tempahan nombor pertaruhan.

Difahamkan, sindiket yang bergiat aktif sejak dua tahun itu, mampu mengaut keuntungan sehingga mencecah RM 1.5 juta dalam tempoh sebulan. Menurut jurucakap polis, ketika serbuan itu, kesemua suspek sedang menunggu keputusan loteri dan tidak menyedari kehadiran polis. "Mereka cuba untuk meloloskan diri tetapi gagal kerana premis terbabit sudah dikepung (polis)," katanya.

Siasatan awal mendapati sindiket terbabit melantik ejen bagi mencari pelanggan dan setiap nombor pertaruhan yang dipilih akan ditempah melalui mesin faksimili.

sumber


cuma x dinyatakan disini berapakah usia remaja adik beradik ini .. hurmm kegiatan loteri haram nie .. ada saja di kawasan persekitaran bandar pekan .. dah lama juga akak perhatikan dan rasanya bukan akak sahaja yg sedar .. tapi ramai yg sedar akan hal ini  .. tapi tulah seoalah penguatkuasaaan mengambil sikap sambil lewa .. 

yang paling  sedih bila ada diantara mereka yang membeli ini adalah orang2 melayu islam kita .. x pernah punn akak nampak bangsa lain yg terlibat membeli loteri .. entahlahhh agaknya sampai bila kes2 macam nie akan berhenti , dimanakah halal dan haram ?? .. 


 

16 comments:

  1. susah nak cakap la kak bab ni...

    ReplyDelete
  2. Wang boleh menyebabkan manusia 'hilang punca'. :(

    ReplyDelete
  3. orang nak kaya dengan cara mudah..dah tak fikir benda itu salah

    ReplyDelete
  4. org dah tak peduli hukum dah skrg ni, apapun kesian ke mak bapak remaja ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa mak bapak mereka lahh yg akak kenangkan skrg nie
      kesian kan
      sure mereka x tahu anak2 terjebak dengan benda2 macam nie huhuh

      Delete
  5. bila duit bermaharajalela inilah akibatnya

    ReplyDelete
  6. Betul kata kakcik...wang menyebabkan manusia 'hilang punca' & gelap mata..minta dijauhkan.

    ReplyDelete
  7. Nak cari wang cara yg mudah dan x fikir soal halal dan haramnya.........

    ReplyDelete
  8. Org sanggup buat apa saja demi duit kak...halal @ haram tolak tepi...

    dunia akhir zaman..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, dh ok..td bile saya nak komen, hilang kotak komen nie...

    ReplyDelete
  10. wang yg halal lg berkat dan bersih...hehhe..wang haram walau byk tetap akan ditimpa malapetaka

    ReplyDelete
  11. cina kak.biasalah.bukan tau halal haram.

    ReplyDelete
  12. Asal saja dapat duit tak kira apa sumbernya...Segelintir bangsa kita nak cepat kaya...halal haram tolak tepi dan ada pula yg berani mengatakan yg haram itu bermain loteri...duit tu tak haram...ada kaaaa.....

    ReplyDelete
  13. tu dia...4 beradik terus.luluh hati mak bapak..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...