Saturday, December 31, 2011

mee hun & CHEESE SOSEJ ~ kegemaran anak


salam semua

lambat tul akak up kisah bfast akak pagi tadi .. ekekke mana lahh kan .. entry2 sblm nie semua auto publish .. dah set siap2 soo bila ada entry makan2 nie , kira main letak jelahhh akak nie .. hurmm hari nie akak buat mee hun grg bersama sosej cheese .. memang kegemaran anak2 lahh .. sosej cheese nie punn dah stok last .. ingat nak order layie ngan opismate .. sedappp uuuu .. 

ok lahh malas tuul nak omel panjang2 .. dah standby nak bawak si kecik zahrien akak tuu tidooo .. kakak2 dia semua dah tidoo .. dia duk sebelah akak melayan utube citer animasi thailand .. macam2 hal zahrien nie ..
ok lahh layan je pic2 akak nie ;)


mee hun ala kadar ;)

cheese sosej .. dah gaya kopok lekor lakk ekkeke

ini aje bfast kami pagi nie .. janji semua habis ..
hurmm sos tuu adalah gabungan mayonis , jalapeno sos & thai sos .. haaaaaaaa semua ada .. dari thai ke jepunnn ekekkeke , oklahh 
bye2 ...

ps : petang nie nak bawak kids jalan2 ke taman permainan .. nak asah bakat menembak .. alah tembak ikut dann ok lah kann ... nantikan hasilnya x lama layieeeeeeeeee .. ekekke ke taman punn belommm ecehhhhhhhhh

SEKS bantu pulih MINDA ! ... haaa


salam semua

ok nie akak dpt dari email , sgt2 bagus .. akak pun rajin baca kalau bab2 macam nie kan .. bukan utk ape .. utk pengetahuan kita dan boleh dikongsi bersama .. nak amalkan punn apa salahnya .. dah sah2 ia baik dan membantu emosi dan minda kita bila dah jadi suami isteri ..

sungguh manis sebenarnya alam perkahwinan ini kerana ia dpt disulam dengan penuh kasih sayang dan sgt2 unik kan .. kalau dah kawin tahulahhh .. sbb tuu org tua2 cakap , jgn tunggu lama2 , kerana nikmat berumahtangga itu sgt lah banyak yg allah kurniakan .. :)



Hubungan seks dianggap satu proses pemulihan (healing) yang baik untuk minda dan tubuh badan.

Berikut ialah beberapa kelebihan melakukan hubungan seks:


1. Sejenis senaman.
Hubungan seks ialah salah satu bentuk aktiviti fizikal. Ketika hubungan berlaku, berlaku pelbagai perubahan fisilogi yang berlaku dalam badan seolah-olah seperti seseorang lelaki sedang menjalani aktiviti senaman.

Contohnya, semasa hubungan seks, tahap kadar pernafasan akan meningkat. Peningkatan pernafasan dan pernafasan yang dalam akan meningkatkan tahap oksigen dalam badan dan boleh memperbaiki sel-sel yang rosak. Kapasiti paru-paru juga akan meningkat. Begitu juga dengan degupan jantung, ia akan meningkat ketika hubungan seks dan ini akan meningkatkan aliran darah dalam badan.

Ketika hubungan seks, pelbagai otot mengalami kontraksi dan selepas hubungan seks, sering kali saudara dapati saudara letih dan berpeluh. Ini bermakna ada aktiviti fizikal yang membakar kalori berlaku semasa hubungan seks. Dianggarkan, jika saudara melakukan hubungan seks tiga kali seminggu dan setiap kali hubungan memakan masa 15 minit, saudara akan menggunakan 7,500 kalori setahun. Ini umpama saudara berjoging sejauh 120 km. Hormon testosterone yang dikeluarkan ketika hubungan seks juga akan meningkatkan kekuatan otot dan menguatkan tulang.

2. Penawar kesakitan.
Semasa hubungan seksual, sejenis hormon yang dipanggil ‘endophine’ akan dirembeskan. Hormon endophine ini mempunyai fungsi melegakan kesakitan dan sejenis hormon penahan sakit.
Satu kajian dijalankan menunjukkan semasa hubungan seksual terutama semasa orgasma, seseorang tidak akan merasa kesakitan dan selepas hubungan seksual, kesakitan ringan akan berkurangan.

3. Perlindungan kepada kelenjar prostat.
Sebahagian besar dari cecair yang dikeluarkan semasa ejakulasi datangnya dari kelenjar prostat. Hubungan seks yang kerap dapat membantu meningkat produksi cecair yang baru serta dapat mengeluarkan cecair yang berada dalam kelenjar.

4. Pengurangan risiko mendapat masalah mati pucuk (ED)
Lima puluh peratus dari lelaki yang berumur lebih dari 40 tahun akan mengalami masalah mati pucuk. Salah satu langkah pencegahan ialah dengan kerap melakukan hubungan seks.
Semasa proses ereksi berlaku, banyak darah dari arteri akan dipamkan ke batang zakar dan darah ini akan membawa oksigen dan nutrien kepada tisu batang zakar.
Proses ini akan mengekalkan kesihatan batang zakar dan ketegangan batang zakar.

5. Mengurangkan stress.
Sudah terbukti dari segi kajian saintifik bahawa hubungan seks yang kerap dapat mengurangkan stress. Ini adalah kerana semasa hubungan seks, badan akan menghasilkan dopamine iaitu sejenis kimia dalam badan yang boleh mengurangkan stress.

6. Lain-lain kelebihan.
Kajian di negara Barat menunjukkan hubungan seks yang dinikmati dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan sakit kepala, mengurangkan kemurungan serta dapat memberi kebaikan pada otot dan sendi. Selain itu, hubungan seks juga dapat mengukuhkan hubungan dan mengeratkan kasih sayang antara pasangan suami-isteri.

Sumber:Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.



OSBON memang MANTOPS !! ~ juara MAHARAJA LAWAK


salam semua

syukurrrr alhamdulillahhh dah memang rezeki tahun 2012 buat OSBON ... akak memang dah agak dan memang menyokong kumpulan OSBON nie .. memang lawak mereka adalah LAWAK OTAI !!! .. memang telah disangka dari awal .. :)


SHAH ALAM: Tuah 2012 nampaknya menyebelahi Osbon yang membawa pulang RM350,000 dan trofi selepas mengetepikan tiga kumpulan lain pada final Maharaja Lawak Mega terbitan Astro, di sini, tengah malam tadi. 

Osbon yang dianggotai Mr Os dan Sharizah Ahmad (Abon) mengetepikan cabaran Boboi yang meraih RM250,000 dan Saehu dari indonesia (ketiga-RM50,000) manakala Syok menduduki tangga keempat. 

sumber :HMETRO

TAHNIAH BUAT OSBON !!

ANDA MEMANG OTAI LAWAK TERBAIK !!!


Friday, December 30, 2011

MAHARAJA LAWAK ~ AARON AZIZ juri jemputan !!


salam semua

ewah2 .. x sabar rasanya nak tunggu final maharaja lawak nie .. sekejap lagi .. x lama dah .. soo jom ramai2 terpacak depan TV bagi sokongan , tapi akak seyess minat OSBON .. dan SEAHU tuu punn not bad .. ermm dan BOBOI .. perghhh mantopsss !!

paling x menahan sebenarnya nak tgk juri jemputan final kali nie ..
ha nak tahu siapa .. AARON AZIZ uuuu .. hero malaya kita nie , waaaaa x sabar nak tgk dia ekekekke

jgn maraaaaaaaaaaaaaaa

adoiii ! awatlahhh handsome sgt mamat nie ekekek

JOM SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN SEKARANG
DI ASTRO MUSTIKA 
 10.00 MALAM

mereka SELALU BERSAMA ~ bergaduh dan bermain


salam semua

mood bercerita x ada .. sbb x sabar nak balik rumah dah tunggu tahun baru ekekke ... ok lah kisah di halaman rumah kami minggu lepas .. aksi2 mereka akak tembak ikut dan aje .. janji puas hati .. ok je .. jomm layan pic anak kesayangan akak dengan sepupu dia ..




macam2 aksi .. bila mereka berdua ada masa happy , ada masa menangis berdua .. hurmmm kira kasih sayang sejati lah nie ekekekke .. raihan adalah sepupu zahrien yg sakit kencing manis TAHAP 3 tu ( cucuk 3x sehari ) dia dan zahrien sama usia tapi berlainan tahun , maksudnya zahrien awal tahun , raihan ujung tahun ..

SELAMAT TAHUN BARU in advance buat semua kawan2 , adik2 dan kakak2 dan blogger2 semua , semoga semua azam dan harapan kita ditahun yg mendatang ini di berkati dan dimakbulkan oleh allah hendaknya .. aminnnnnnnnn

&


HAPPY HOLIDAYS !!


akhirnya AFDLIN SHAUKI BERSUARA tentang KELANTANGAN chef wan


salam semua

akhirnyaaaaaaa abang adlin .. ( wahhhhhhh abang .. eekke ) bersuara .. hurmm ada betulnya , jom sama2 baca .. suke dgn komen afdlin yg tidak berat sebelah dan its perfect lahh kan .. kita bukan dlm dunia dia mgkin kita x paham , tapi bila baca komen dia nie .. ada logiknyaaa .. soo layannn jelahhh


 info : abang NARA


kan bagus kalau ada org yg mendamaikan keadaan macam ini .. x lah perkara2 macam nie berlarutan dengan prasangka negative kan .. malu je ngan org2 bukan islam , bila tgk org islam bercakaran atas sbb yg remeh .. remeh ke ?? hurmmmm tepuk dada tanye selera .. seyes malu sbb akak punn org melayuuuu


Mengapa ALLAH tidak memakbulkan doa kita


salam semua


salam di pagi ceria penghulu segala hari , semoga kita mendapat keberkatan dalam menjalani kehidupan ini .. aminnnnnnnnnnnn






Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…
Namun kemudian…

Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi

Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Yakin saja kepada Allah kerana setiap masalah Insya Allah dapat diselesaikan jika kita berusaha.

Dan syukurilah apa yang kita punya.Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia..

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)


mgkin tanpa sedar banyak dosa yg telah kita lakukan , maka berdoalah agar kita dapat kekal didalam peliharaannya , seandainya kita tersedar , segeralah bertaubat kerana setiap kesilapan itu adalah dugaan dan ujian dari allah buat kita , kerana kita x pernah sempurna , jgn menunding jari kepada org lain kerana jari yg selebihnya ke arah kita dan kita tiada kurangnya .. wallahualam


ps : semalam tgk wayang dgn anak2 .. tgk OMBAK RINDU .. wahhhh not bad lahh ceritanya .. tapi overall boleh bagi 3 dari 5 aje .. kenapa ?? sbb pada akak cerita dia so and so aje .. bolehlah di tonton oleh masyarakat kita , x terlalu berat .. mgkin kehebatan cerita ini daripada pelakonnya .. sape x minat AARON kan .. nak2 ada LISA dan MAYA .. akak suke watak MAYA .. tapi ending dia macam kakuuu .. huhuh .. ape2 punnn ok lahh x buang masa pi tgk jauh2 .. kami layan wayang di RUMAH aje ;)


Thursday, December 29, 2011

anak yg pelbagai RAGAM


salam semua

ini kisah anak2 dara akak nie .. niena dan riena .. semalam mereka duk rumah , kena tinggal , akak kuar ngan mak akak ke bandar .. bila balik rumah je mereka tanye .. " ibu nie ashik kuar je .. gi mana ?? " hurmm akak pun selamba jawab " ibu ke bandar ada urusan lahh .. kenapa nye ?? " , hurmmm x derlahh kami nie x makan layie lah ibu , ibu x masak ke ?? adehhh " kan ada ibu masak tuu , kenapa akak x nampak ke ?? " mereka menjawab .. " nak makan macam mana ibu .. ibu x masak nasinyaaaaaaaaaa " ... ahhahahaha

loorrrrrrrrrr ibu lupa masak nasi lahh ekekkeke .. sabor jelahhh , sampai ke hari nie akak teringatkan kata2 dan dialog tuu .. lucu lak .. boleh akak lupe nak masak nasi .. lauk dah siap masak .. ye tak ye jugak macam mana mereka nak makan kan :)



sejak anak dara akak dah besar nie , mereka memang pandai mengomel dan komplain .. macam2 hal .. adakalanya naik rimas .. selalu berdengki mereka berdua nie .. ada aje yg x kena ..


tapi anak akak yg paling disayang oleh zahrien adalah sabriena nie .. dia memang rajin berbanding kakak nina nya .. rajin melayan adik nyeee .. dan sgt2 penyabar ;)


nie masa di majlis rumah sepupu akak kawin tu .. masa nie zahrien dan raihan sedang menikmati aiskrim .. hurmm skrg dah pandai warning2 akak , semalam siap dia sound akak .. " ibu , jgn pukul adik tau , nanti adik x mo gi sekolah .. " ekekek macam2 hal budak2 nie .. sampai sakit perut duk gelakkan dialog zahrien tuu :)


dan dengan sabrien nie akak memang lega sikit sbb dia memang rajin dan boleh diharap .. kakak nina dia boleh juga tapi ada certain2 perkara .. kata org kita x leh lebihkan anak yg mana2 kan .. semua kena sama rata .. tapi tulah , lain anak lain caranya .. punnn x sama .. perangai punn lagilah ketara x sama .. cuma akak berharap akak x akan membezakan mereka bertiga , itu aje :)
kerana mereka lah nyawa akak !


masak LEMAK KOBIS , PATOLA & cendawan


salam semua

hurmm semalam masak nie utk lunch anak2 .. mereka memang suke .. tapi macam biasa yg tinggal banyak adalah cendawan tuu , akak x sure nama cendawan nie ..  mereka x suke cendawan .. semua jenis cendawan .. tapi akak suke je .. soo akak dan mak yg habiskan .. tapi sayang masih ada setengah periuk kecil tapi dah basi .. x tahu apa sebab basi .. memang akak buat masak lemak nie pakai santan peket .. mgkin sbb santan itu atau ape ?? huhuhu

sedihhh , nasib baik dah makan banyak .. x lah terkilan sgt kan ..


kat rumah akak jarang masak lauk yg bersantan nie .. memang kena kurangkan .. almaklumlahh anak2 semua jenis sihat2 :)) .. selalu akak masak asam2 dan grg2 je .. tapi bila sesekali masak lemak nie , berladung dlm pinggan mereka isi .. nak2 sabriena .. kira masak lemak nie mudah juga penyediaannye ..


KENA tahu SENSITIVITI orang islam ~ KEVIN ZAHARI menjawab isu


salam semua

pagi nie akak terbaca kisah dan isu mengenai sambutan krismas nie .. hurmm salah seorang artis kita kevin zahari nie dengan selambanya telah meletakkan pic anak dia di depan pokok krismas di rumah dia .. ahahha pelik lahhh , kalau ye punn anak suke , jgn jadi bodoh dengan meletakkan pic didalam FB .. sah2 akan jadi isu .. dahhh bertambah dosa .. dosa yg melihat , yang mengata dan yang mempersoalkannye  ... 

hurmm harap dia akan ingat semua ini , teguran utk kebaikan dik .. jgn anggap orang membenci , kena hati2 dlm bab2 yg berkait rapat dengan agama nie :)




PETALING JAYA: Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri, 33, (gambar) menjelaskan dia tidak menyambut perayaan Krismas dan menolak tuduhan para peminat yang seolah-olah memperlihatkan dia seperti mengagung-agungkan agama Kristian.

Kevin berkata pokok Krismas yang dilihat dalam rumahnya menerusi Facebook “fan page” milik beliau itu dibeli hanya sebagai perhiasan kerana anaknya, Rafael Zahri, 1, amat meminati pokok tersebut.

“Saya merasakan gambar itu bukan isu besar dan peminat telah salah faham kerana saya bukan berniat untuk menyambut Krismas tetapi membeli pokok itu untuk anak saya yang meminatinya.

“Lagipun, hadiah-hadiah yang dibeli itu sempena ulang tahun pertama kelahiran anak saya yang jatuh 22 Disember lalu,” katanya ketika dihubungi mStar Online. Kevin diminta mengulas tuduhan peminat dalam Facebooknya berhubung gambar yang dimuat naik menunjukkan dia bersama anak dan isterinya, Rio Elani, 24, bergambar di berlatarbelakangkan pokok Krismas.

Dia turut menulis kegembiraan anaknya dengan pokok Krismas tersebut. Tindakan itu membuatkan para peminat meluahkan rasa tidak puas hati selain menasihatinya agar tidak meraikan perayaan berkenaan yang ternyata salah di sisi Islam

 Kevin menulis status menunjukkan dia membuat keputusan untuk 
memadam gambar itu dari Facebooknya.

Tambahnya: “Bagaimanapun, saya menghormati pandangan peminat dan akan memadam gambar itu bagi mengelakkan salah faham.”

petikan : mstar

hurmm tulah , awak tuu sah2 org islam , x kan x tahu sensitiviti orang islam dik .. kena prihatin , kalau perkara yg dianggap kecil begini tidak di tegur , inikan perkara yg besar2 yg skrg x leh disentuh langsung .. 

harap kevin sedar dengan keprihatinan masyarakat melayu lebih2 lagi orang islam .. kalau ye pun anak meminati pokok krismas , jgnlah sampai di muat turun dlm FB .. sah2 FB tuu global kan .. soo memang sedikit sebanyak akan membuatkan hati orang islam sakit dan terguris ..


Wednesday, December 28, 2011

dulu SAMUN dan bunuh SEKARANG lain pula !


salam semua

skrg nie kes2 samun dan bakar rumah semakin meningkat .. banyak berita2 macam nie dalam surat khabar skrg nie .. pelik kan .. dah samun , samun lahh kenapa sampai nak bakar rumah .. hurmm memang membimbangkan akak betul .. skrg nie akak duk di kg dengan umi dan ayah akak .. dulu masa mula2 kami pindah ke sini ada juga dgr kes2 org masuk rumah disebabkan pukau .. skrg dah x ada ..

skrg nie ada macam2 kes pula dgr dalam berita .. nak2 kes samun dan bakar nie .. aduhhh memang kita kena hati2 skrrg nie .. mana2 pun x selamat .. harap kita lebih berwaspada .. jgnlahh simpan barang2 kemas di rumah sewenang2nya .. terutama wang ringgit .. simpanlah didalam bank .. insyaallahhh

dan untuk surirumah yg duduk di rumah sewaktu anak2 ke sek .. make sure pintu dan pagar di kunic rapi .. kalau nak jadi perkara x baik punn selepas itu , kita dah redha sbb kita dah punn pentingkan keselamatan kan ..


KAJANG: Penduduk di daerah ini semakin bimbang berikutan kes samun dan bakar rumah yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zul, 51, berkata, kejadian yang berlaku perlu dipandang serius pihak berkuasa kerana ia bukan saja membabitkan kehilangan harta benda, malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

“Polis sememangnya melaksanakan peranan secara proaktif dalam menangani jenayah namun rondaan perlu ditingkatkan terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai pengawal keselamatan,” katanya. 

Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Mustapa, 56, turut melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes samun dan bakar sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, taman perumahan seharusnya menubuhkan pasukan Rukun Tetangga (RT) yang melakukan rondaan secara berkala terutamanya pada waktu malam.

“Sukar untuk pihak polis mengawal dan mengekang kejadian jenayah, tetapi sebagai penduduk kita seharusnya berganding bahu dengan pihak berkuasa dalam menangani kes jenayah agar keselamatan diri dan harta benda terjamin,” katanya.


sumber : hmetro


sekarang nie kalau tinggalkan rumah selalu make sure semua di kunci rapat .. bila x ada org punn akak akan make sure pintu rumah sentiasa berkunci .. tapi kalau nak buat pukau juga huhuhuh , berserah lahh pada allahhh dia sahaja yg maha melindungi , kita dah usaha kan  :)

aduhhh dah NYANYUK !


salam semua

nenek akak sorang nie jelah yg masih ada .. itupunn dia dah nyanyuk sikit .. adakalanya dia terkencing dan x ingat apa2 .. susah hati juga .. sampai ada ketika tuu akak dan ummi akak dgr je apa yg dia nak ceritakan .. macam dia flashback balik tau .. hurmmmm sedih bila kenang kan dia .. dia masih berdaya .. masih kuat kesana kemari .. tapi ingatan tuu dah semakin meninggalkan dia.

ada2 masa tuu dia sgt2 degil .. selalu x dgr cakap ummi akak .. yelahh bila dia dah tua nie banyak perkara yg x kena di mata kami .. kena selalu ingatkan dan btahu dia .. tapi adakalanya dia x nak dgr kata .. tu yg susah .. kita memang risaukan dia sgt2 .. nak tinggalkan dia sorang2 punn x berani ..

pernah suatu ketika dulu , dia di tinggalkan oleh kakak akak di rumah , dia gi panas kan lauk di rumah sampai naik rentung periuk tuuu .. mujur x terbakar tau .. itupun akak yg nampak berasap je sampai ke luar rumah .. ya allahhhh duk bayangkan kalau lah meletop dan terbakar .. bila tanye dia .. dia x mengaku dia yg memanaskan lauk tuu .. huhuhuh siapa lagi kalau bukan dia .. nenek akak nie memang rajin buat tu semua .. tapi dia mudah xingat dan nyanyukkkk ..

nenek yg semakin  di mamah usia .. skrg dia dah pun berusia 87 tahun


akak ada terbaca info pasal NYANYUK nie ..
jom kita baca

PERBEZAAN LUPA DAN NYANYUK

"LUPA dan nyanyuk adalah dua istilah yang sangat berbeza. Lupa adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu seperti lupa sekejap. Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya," kata Prof. Madya Dr. Raymond mengenai perbezaan antara keduanya bagi mengelakkan kekeliruan antara kedua-dua istilah ini. 

Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan. 
 
Dalam istilah perubatan dan psikologi, lupa juga dikenali sebagai amnesia dan terbahagi kepada beberapa jenis. Lupa paling kerap dialami individu ialah: 

1. Lupa secara spontan 
Lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar mengabaikan sesuatu perkara dan cuai. 

2. Sindrom otak pasca traumatik
Biasanya ia berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga menimbulkan kecederaan ke atasnya. 

3. Sindrom otak organik
Ia disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol secara berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawalan. Ini boleh menyebabkan perubahan ke atas fungsi otak. 

DIAGNOSIS/ PEMERIKSAAN PESAKIT akan di berikan soalan soal selidik oleh pakar psikologi mengenai maklumat yang pernah mereka lalui bagi mengenal pasti tahap mental secara umum, jenis dan tahap penyakit yang dialami. Bagi pesakit yang sering terlupa kerana lalai, pakar psikologi akan mengadakan terapi psiko kerohanian kepada pesakit untuk membantu mereka menenangkan akal fikiran dan melatih diri menggunakan buku nota atau diari bagi menge- lakkan terlalu kerap terlupa. 


akak pun skrg nie mudah lupa .. bahaya kan .. hurmm skrg nie pendekatan akak adalah mengamalkan memakan kismis doa banyak2 setiap pagi , dan akak selalu elakkan meratah atau makan kepala ikan .. ( huuh kalau ikan tenggiri x per kan muhahhaha ) ...

orang yang sebuk nak KE SEKOLAH tapi MERAGAM


salam semua

hari nie adalah 1st day sek buat zahrien , akak daftarkan dia Intaz Seri Lela Manja di Pekan nie .. tmpt nie ok lah , semalam akak bawak dia utk tgk persekitaran tadika , tgk dia ok .. terus try nak tinggalkan dia .. alamakkkk menangis x leh cakap lahh .. pening kepala .. yelahh memikirkan nak tinggalkan dia bila dah start sek minggu depan nanti .. x leh tinggal kat rumah dengan nenek dia huhuhu menakal x tentu hala .

kalau ke tadika at least dia belajar dan berdikari kan  .. itu yg akak nak ..


kelmarin gi beli persiapan sek nina dan riena , alatan2 sek skrg nie semua mahal2 .. yg x nak beli terpaksa beli , dah kegunaan kan .. kalau x beli susah pula , duk ashik buat muke je .. soo kena lah beli .. dan lagi satu duk fikir , kalau beli yg murah tuu x sampai seminggu kegunaannye .. soo kenalah fikir dan beli yg lebih berkualiti ..

tuu kalau yg mampu kan .. kalau mereka yg x mampu , beli je walau murah , janji boleh guna kan ... dan yg pasti anak2 tuu kenalahhh rajin belajar , sbb ukuran kejayaan bukan dengan mahalnye barang2 nie .. tapi dengan usaha sendiri .. ;) ini hanya peralatan rm 170 , x termasuk pakaian sek mereka , semalam baru akak beli pakaian sek mereka .. huhuh campur semua sekali berhabis rm 500++ .. tu beli jenama newberry dan canggih je tu ...

dan ini adalah utk zahrien .. sebuk .. " adik nak beli jugak ibu .. adik nak gi school " .. hurmmmmmmm yelah tuu siap ada mainan layie .. upah utk dia senyap dlm kedai tuu .. harap2 hari nie hantar ke tadika dia , dia ok dan x mengamuk macam semalam .. puas pujuk .. tgk2 pagi2 nie dah siap awal2 mandi ..

macam ok je .. kalau macam tuu , kita tgk macam mana nanti di tadika , kalau tak susah ati akak nie .. esok dah nak masuk kerja ..


Tuesday, December 27, 2011

dia JANDA bertemu TERUNA ~ azza elite temui teman baru


salam semua

skrg nie boleh dikatakan janda2 nie mudah dpt jodoh kan .. alhamdulillah .. kalau dah lama menjanda pun x elok juga .. selalu org salah ertikan .. kalau dulu janda2 nie selalu dipandang serong , selalu org duk kerling2 .. tapi rasanya zaman skrg nie janda2 semua banyak yg berpendirian dan jenis yg pandai berdikari .. 

syukur lahh , dalam dunia artis kita juga ada banyak yg mudah jadi janda dan cepat dpt jodoh semula .. agaknya dah trand koot .. x kesah kalau menjanda , kalau hati dah x suke kenapa nak tunggu lagi kan ..

hurmm kalau org2 lama nie cukup risau dengan title janda .. org mudah pandang serong .. tap hakikat org dulu2 macam tu kan .. memang benda2 macam nie bergantung kepada peredaran masa .. zaman skrg kebanyakan lelaki x kesah dia tu janda @ dia tu duda .. janji ati baik dan boleh sara hidup sampai ke tua .. ok dahhhhh :)

macam artis azza elite nie , khabarnya dah nak menikah setelah sekian lama menjanda .. syukur lah kalau macam tuu .. cepat2 kawin lagi bagus dari berpeleseran x tentu pasal kan .. nak2 artis nie .. semua mata memandang dan mulut berkata2 ..


Kata Azza Elite tentang bakal suaminya itu:-
Selain wajahnya yang comel, saya terpikat dengannya kerana keterbukaan untuk menerima saya dan anak saya. Bagi saya senang sahaja. Jika bakal suami saya boleh menerima saya dan anak saya, nampaknya saya mudah selesa untuk berkawan dan bersamanya. Dia pun seorang lelaki yang sangat baik kepada saya dan tak pernah mengguris hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjanda. Sepanjang perkenalan, nampaknya masing-masing mudah untuk sesuaikan diri dan keadaan. Malah kami selalu mencapai persefahaman dalam perbincangan bersama. Jadi InsyaAllah kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Tarikhnya saya akan umum pada masa yang sesuai kerana terlalu awal untuk saya mengumumkannya sekarang.
Abang Nara doakan agar Azza menemui kebahagiaan yang dicari selama ini. Harap-harap sebab muka comel itu hanya sedikit sahaja daripada sebab Azza mahu berkahwin dengan pramugara ini. Biarlah muka tak comel tapi hati kena baik. Barulah rumah tangga bahagia. Tak gitu?

petikan : blog abang NARA


bila baca nie , kata azza dia sukakan bakal suami dia sbb " CUTE " ekekek ye ke ?? hurmm jgn sebabkan wajah sahaja , nilailah dari luar dan dalam .. berusaha dulu agar perkahwinan kali nie tidak lagi berbuah dua kali .. selebihnya berserahlah kepada tuhan .. dia maha mengetahui, kita cakap lebih2 pun x boleh kan :)


SUP TULANG dan ikan goreng berlada


salam semua

haaaaaaaaaaaa semua dah masak ?? dah makan ?? ekekke sure x akan terliuq nyee bila akak up menu akak tgh ari nie .. selepas balik dari ke bandar ngan mak .. asepantas kilat akak masak sup tulang nie .. hurmmmmmmmm alhamdulillah dah siap .. jgn marah , kebetulan ada sebungkus layie tulang masa korban aritu .. ape layie .. kira last lah nie akak masak sop .. lepas nie tahun depan pula .. bukan ape .. kalau beli tulang di pasar kebanyakannya tulang daging importt .. kurang manis dan lemak nye .. hurmm nie tulang fresh kann sedap lahh ...

macam biasa .. akak kalau dah masak x akan makan dulu .. biar anak2 yg makan dulu .. hurmm bila mereka dah kenyang baru puas hati .. kalau makan terus katanya kurang rasa rempah2 dia kan .. bila dah dipanaskan barulah sedap dan berasa rempah dia ;))


sop tulang nie memang sedap di makan panas2 .. tapi akak lebih suka makan bila dah sejuk sikit .. baru ada nikmat menghirup sop ekekke .. petang tuu apa layie buat cicah rotii leeeeeeeeee :)

akak buat sikit ikan grg berlada .. terasa nak makan lak .. hurmm ok lahhh buat dgn ikan kembung pelaling je .. punn dah mahal skrg nie .. kat pasar yg kasar sikit tuu rm 11.00 sekilooo huhuhhu


ulam2an kena ada .. wajib .. punnn akak je yg makan .. kira nie buat hiasan dulu .. kalau anak2 tuu akak paksa je makan .. pueh nak makan ..
kenapalahhhhhhhhhh budak2 nie payah nak makan sayur .. padahal sayur2 nielahh penyumbang kesihatan dlm badan .. erghhhhhhhhhh ;)



bila anak DARA semakin membesar


salam semua

anak2 adalah segalanya bagi kita .. bila anak2 dah semakin meningkat remaja , selalu ibu bapalahh yg paling susah hati , nak2 anak perempuan ... terdengar cerita sana sini pasal anak dara yg liar dan macam2 lagi , tetiba mak ayah dah jemput buat kenduri .. aikkk ujan x der ribut x der dah ajak pi kenduri .. rupanya dah menikah awal .. huhuhuh

anak dara2 ku ... :)


minta dijauhkan dengan masalah2 macam nie .. akak cukup2 risau bila mengenangkan anak2 yg dah semakin membesar menjadi anak dara dan remaja .. semoga allah memperkuatkan hati dan semangat agar kuat hadapi semua dugaan dlm menjadi ibu bapa terbaik buat kita ...:)

akak nak kita sama2 hayati pantun remaja nie .. 
bila baca tergelak pun ada .. ekkeke


Tergelincir rakit bajunya kotor,
Di celah semak kaki tersepit,
Berhabis duit belikan motor,
Sudahnya anak buat merempit.

Dari bertatih sehingga melenggang,
Kemudian berjalan berlari mencicit,
Punya kekasih keliling pinggang,
Cukup sebulan perut dah buncit.

Rebus kancil sampai mendidih,
Jangan biar hingga tertumpah,
Masa kecil kehendakkan dadih,
Bila besar ketagihkan dadah.

Kelapa besar jatuh ke loteng,
Ambil sahaja jangan berebut,
Malas belajar asyik memonteng,
Duit tak ada belajar meragut.

Niat merompak di dalam kedai,
Akal benak tercuri gulai,
Mak bapak bergolok bergadai,
Menjamin si anak keluar balai.

Sampan Tok Chik dindingnya tembus,
Air pusar di tengah gelombang,
Kecik-kecik tak mahu mampus,
Sudah besar menyusahkan orang.

Bukan menghina bukan mengeji,
Hanya menulis sebagai tauladan,
Wahai remaja sedarlah diri,
Sebelum tertulis namamu di nesan.


kredit kepada : cerpelai



bubur dan lobak jeruk asin


salam semua

semalam akak memang x der idea nak buat sarapan ape .. tapi tiba2 anak2 akak cakap nak makan bubur .. hurmmm best2 .. kenapa x teringat kan .. yelahh hari2 akak buat bfast utk mereka .. duk ulang benda yg sama .. jemu juga .. kalau time kerja dan sek nie susah sikit nak buat bubur nasi .. 

soo semalam akak buat bubur .. dan hari nie akak ulang yg sama sbb bahan masih ada ..  ok lahhh bubur dan ramuan2 yg simple utk kami sekeluarga .. janji segar dan menyihatkan .. ;) susah sebenarnya bila berada di rumah nie nak kekalkan pemakanan yg sihat .. bila cuti sokmoo sgt nampak nasi dan masakan yg simple2 punn boleh jadi sedap .. :))


biasanya akak guna lobak masin yg kering tuu , tapi semalam akak guna lobak jeruk nie .. hurmm sedap .. sblm2 nie selalu makan yg office mate buat .. teringin nak buat .. hurmmmm :))

kacang nie agak garing sikit .. dah grg sekejap je dlm  kuali tuu .. tapi x sangka bila angkat dan sejuk dia cepat jadi hitam macam nie .. tapi x lah rasa hangit kan .. cuma warna dia :)

tadaaaaaaaaaaaa .. siap ada ikan masin .. hurmm ikan masin tuu kegemaran umi dan ayah akak .. kalau buat bubur kena ada ikan masin tuu .. ermmm dia panggil ikan masih bulu ayam ... haaaaaaaa uols pernah dgr tak ??


selamat bersarapan pagi .. dan tips sarapan pagi hari ini adalah

SARAPAN PAGI
  • Hidangkan sarapan yang berkhasiat.
  • Sebaik-baiknya mulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. Ini merupakan pembuka selera dan pembekal serat.
  • Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin sarapan. Jika memilih roti, sebaik-baiknya pilihlah roti mil penuh. Hidangkan makanan ini dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur. Roti boleh dimakan dengan keju rendah lemak, mentega kacang atau susu.
  • Susuli dengan minuman yang berasaskan susu.


Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...