salam semua
memang seronok bila dgr org mengandung dan melahirkan anak .. bau2an bb memang menyegarkan .. tapi bagi kita wanita yg sudah lewat usia , banyak yg perlu kita fikirkan .. perancangan perlu ada sedari awal perkahwinan .. semua harus ada plan ..
yelah kan .. kawin usia berapa , beranak usia berapa dan berapa jumlah anak yg ingin diperolehi semua kena ada perancangan dan planning . Ha barulah kehidupan kita tersusun dan kesihatan juga terjamin .. bila dah lanjut usia risiko memang ada bila kita hendak hamil lagi .. soo semua ini perlu dititik beratkan .. x kan nak mengandung punya pasal , kita risiko kan diri kita .. x takutkah bila kita mengandung di usia lewat , kita mgkin x dpt menjaga anak kita kerana risiko2 ini , semua kita kena fikirkan .
Yaaa allah yg menentukan segalanya tapi kita sebagai hambanya disediakan otak utk berfikir .. soo fikirlah dan timbanglah ia secara rasional .. bukan lah dengan menyatakan dan menyalahkan sudah TAKDIR , nak buat macam mana ... hurmmm cukup x sukeee ayat tuu .. :)
sblm ape2 memang akak teruja dgn berita kehamilan linda jasmine nie .. cuma rasa seriau bila mengigatkan usia dia yg dah mencecah 40 tahun huhuhuh .. semoga selamat .. yelahh kena doakan selamat , x kan nak doakan x selamat kan .. soo apa2 risiko memang diri sendiri kena tanggung ..
PETALING JAYA: Isteri pelakon Que haidar, Linda Jasmine, 39, disahkan oleh doktor bakal menimang bayi perempuan pada Mei 2012. Linda yang sedang hamil empat bulan itu begitu teruja apabila mendengar berita tersebut memandangkan dia memang inginkan anak perempuan selepas kelahiran bayi kedua, Tengku Ratu Haidar, 2.
“Kandungan saya bakal memasuki empat bulan dan kehidupan saya dalam keadaan baik serta tidak sabar untuk mendapat bayi baru. “Doktor mengesahkan bayi ini 95 peratus adalah perempuan. Bagaimanapun masih awal untuk membuat jangkaan.
“Sama seperti sewaktu hamil anak pertama, Qalif dan Ratu, saya alahan teruk tetapi sekarang semakin kurang,” katanya kepada mStar Online. Sebelum ini, Linda melahirkan Ratu secara pembedahan dan dia akui alahan dengan ubat tahan sakit.
“Memang selepas dua tahun Ratu lahir, kami merancang untuk mempunyai anak lagi. Saya gembira dan bersyukur kerana hamil lagi. Lagipun usia saya semakin meningkat.
“Walaupun saya alahan dengan ubat tahan sakit, saya anggap ia sebagai suatu pengorbanan apabila melahirkan bayi ini nanti,” jelasnya lagi.
sumber : mstar
Omkari Panwar - ibu tertua di dunia ketika ini
Seorang wanita dari Uttar Pradesh bernama Omkari Panwar menjadi ibu tertua di dunia ketika ini bila melahirkan bayi kembar pada usianya yang ke 70 tahun setelah melakukan IVF.
Komplikasi-komplikasi kehamilan pada usia lewat (Rujukan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, HUSM, Dr. Shah Reza Johan Noor )
Bakal-bakal ibu yang lebih tua juga berisiko mengalami insiden kelahiran sindrom down, keabnormalan janin yang bercorak genetik, keguguran secara spontan dan kematian perinatal.
Beliau turut menasihatkan wanita mengambil vitamin tertentu seperti asid folat, dua tiga bulan sebelum mengandung untuk menghindari pembentukan janin yang tidak sempurna.
Capai berat badan ideal dan tinggalkan tabiat buruk. Apabila haid tidak datang, buatlah ujian mengandung dan seterusnya menerima perawatan antenatal daripada doktor yang prihatin dan fokus terhadap permasalahan semasa kesihatan supaya pencegahan dan seterusnya pengesanan dapat dilakukan sekali gus memaksimumkan kaedah perawatan..
sumber : DISINI
serahkan segala ketentuan kepada ALLAH setelah kita berfikir dan berusaha kerana itu memang tugasnya utk memberikan yg dia rasakan TERBAIK buat hambanya ...