Monday, December 26, 2011

TIRAM & KERANG "perkasakan" LELAKI !!


salam semua

akhir ini akak selalu titik beratkan kesihatan cik abang .. entahlah sejak dia bekerja sendiri nie , pekerja pun dah x ramai .. banyak kerja2 dia kena lakukan sendiri .. kasihan pula akak tgk .. sampai anak2 x ada masa dengan dia .. bila dia balik je nampak yg dia dlm kepenatan yg sgt2 ... 

itu yg membuatkan akak betul2 ambil berat akan kesihatan dia .. skrg nie akak selalu pastikan dia mengambil tonik dan buah goji .. hurmmm ok lah sikit tgk keadaan dia skrg nie .. 

dari segi pemakanan pun akak sgt2 jaga .. x akan bagi dia makan sayur2 yg berangin , cthnya kacang panjang , patola dan terung .. pantang tuuuuuu sbb sayur yg sejuk .. even akak punn jarang makan :) ok lahh akak nak share sikit info2 dan tips kesihatan buat lelaki yg menarik ini ..


pic google

10 INFO KESIHATAN UNTUK LELAKI

1) Bigorexia - Gangguan Kepada Lelaki
Siapa kata hanya wanita yang mementingkan bentuk badan menawan? Lelaki juga tidak kurang hebatnya. Ramai lelaki yang mengidamkan bentuk badan yang berotot dan sasa. Bagi lelaki, memiliki susuk tubuh yang cantik dan berotot merupakan satu kebanggaan. Tahukah anda bahawa ‘bigorexia’ adalah sejenis gangguan yang menghantui lelaki yang terlalu berkeingian memiliki bentuk badan berotot? Menurut Dr. Eric Hollander, pakar psikiatri di Mount Sinai School of Medicine, New York, gangguan ini disebabkan oleh faktor reaksi kimia otak dan peranan media massa

 2) Makan Tiram dan Kerang
Dipercayai dengan makan 50 tiram setiap pagi boleh menambah ‘keperkasaan’ lelaki. Sama ada betul atau tidak, tiram atau kerang sememangnya mengandungi mineral zink penting untuk menjaga daya tahan seksual seseorang

3) Ikan Panjangkan Umur Lelaki
Menurut seorang ahli kesihatan Jepun, Yasuyuki Makamura, Profesor Madya dari Universiti Sains Shiga, lelaki yang kerap memakan ikan berpeluang hidup lebih lama biarpun dihantui kebimbangan diserang keracunan raksa dan toksin lain yang terdapat dalam ikan. Kenyataan ini dikeluarkan hasil daripada kajian yang telah dijalankan selama 19 tahun di Tokyo. 

4) Lelaki Lebih Ramai Hidap Barah
Kira-kira 93.28 peratus atau 22,351 pesakit barah di negara ini terdiri daripada lelaki manakala 1,611 orang adalah pesakit wanita. Punca utama penyakit barah lebih tinggi di kalangan kaum lelaki adalah disebabkan oleh tabiat merokok yang berterusan dan sukar dikawal.  

5) Bersenam Kurangkan Risiko Barah Prostat
Apabila usia kian meningkat, tidak kira wanita atau lelaki mudah terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan rutin senaman. Jika wanita berisiko mendapat penyakit barah payudara dan rahim, lelaki pula mudah terdedah kepada penyakit prostat. Prostat terletak di bahagian bawah pundi kencing, prostat mengelilingi utera iaitu saluran yang mengeluarkan urin (air kencing) atau air mani daripada badan. 

6) Lupakan Alkohol
Satu lagi tip kesihatan untuk lelaki pertengahan umur dapat mengelakkan mereka daripada nyanyuk ialah dengan meninggalkan atau mengurangkan tabiat mengambil minuman keras. Sekumpulan penyelidik dari Belanda melihat kaitan antara pengambilan alkohol dengan gejala nyanyuk dalam kajian membabitkan hampir 8,000 orang berusia pertengahan umur.

7) Sindrom Metabolik Sebabkan Kekurangan Testosteron
Penyelidikan ke atas lelaki yang mempunyai sejarah penyakit diabetes, hypertension, atau hyperlipidemia mempunyai hypogonadism yang tinggi. Ini berdasarkan hasil kajian terbaru yang dibentangkan di dalam American Association of Cinical Endocrinologist (AACE) Fourteenth Annual Meeting and Clinical Congress.

8) Kacang Brazil Kuatkan Sperma
Kacang Brazil kaya dengan selenium, iaitu sejenis vitamin yang dapat mengekalkan kesihatan dan membantu pergerakan (berenang) sel sperma dengan lebih laju. Kajian yang dilakukan di United Kingdom mendapati mereka yang mengalami masalah ini telah berjaya mengatasinya dengan pengambilan kacang Brazil.

9) Seleri Tingkatkan Keinginan Seks
Seleri dikatakan boleh membantu meningkatkan seks. Menurut seorang penulis buku masakan Sweden, C.E. Hagdahl daun saderi ini dipercayai boleh meningkatkan keinginan seks atau boleh merangsangkan dengan cepat.

10) Lelaki Anti-Sosial Berisiko Tinggi Kena Sakit Jantung
Kajian di Amerika Syarikat (AS) mendakwa lelaki pendiam yang kurang bergaul dengan rakan mahu pun keluarga sendiri lebih beriisiko tinggi diserang sakit jantung berbanding mereka yang ceria dan suka bergaul.  

 

  kerang , tiram dan seleri tu memang jarang suami akak makan , x sangka banyak kebaikan dia :) .. ermm lepas nie kena beli lah kan .. kalau x beli dia memang x akan mintak ..
    



18 comments:

  1. Ya, gaya hidup sihat selalunya bermula dari rumah. Terimakasih berkongsi info.

    ReplyDelete
  2. oh kena beli tiram n kerang selalu ni heheheh...
    umah saya jarang betul beli 2 benda ni

    ReplyDelete
  3. sayur2 sejuk ni akak pun tak boleh makan..angin, medu aka gastrik melanda adoiii!

    ReplyDelete
  4. bnyaknya kak.huhu.smpai 50 tiram? pagi plak 2.hihi

    ReplyDelete
  5. suami saya kerang tak makan.ikan pun tak makan..
    kadang2 sampai begaduh paksa makan ikan..ekekekk

    ReplyDelete
  6. sy suka je makn makanan laut ni.ehhehee

    ReplyDelete
  7. @gee ryder yee same lah kita dik ! ;)

    ReplyDelete
  8. @whitecappuccino aah kan kak .. kalau angin nie tak tahan rasanya :)

    ReplyDelete
  9. @zati embong dikk dpt makan sikit pun jadilah .. nak makan sampai 50 memang x lalu huhuhu :)

    ReplyDelete
  10. @diana uish ye ke D .. aloor ruginya kan .. hurmmm u should do something ;)

    ReplyDelete
  11. @Woofer Storm yessssssssss baik utk kesihatan ;)

    ReplyDelete
  12. Owh bagus eah lelaki makan kerang?ingatkan tak elok..huhu..

    P/S : Kalau rajin-rajin sudi-sudi lah join segmen "Bloglist Xchange" and "Review Ur Blog" dari Kiz kayh

    ReplyDelete
  13. Terbalik ni...g yg suka makan kerang2an nih...kena pengaruh cik abg butak supaya suke gak le...hehee

    ReplyDelete
  14. @Mama Gee eekkekek tu lahh .. kalau ikutkan akak memang suke makan kerang jugak .. lepas nie dikk
    kita memang kena suruh hubby makan banyak2 :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...