Thursday, December 15, 2011

Pelukan RINDU sang SINGA ~ sungguh terharu


salam semua

memang terharu bila tgk video ini .. dah lama dgr cerita pasal singa nie .. tapi nie baru dpt tgk videonya betul2 .. huhuhuhuh terharu sgt2 sbb kasih sayang yg di paparkan seolah sesuatu yg di luar jangkaan kita sebagai manusia .. tetapi semua ini dengan izin dari allah jua .. maka semua ini terjadi .. 

jika dibayangkan manalahh ada binatang sebuas singga boleh begitu mengenali tuannya , sehingga sanggup berlari memeluk tuannya .. huhuhuh


Di bawah ialah video Christian yang mengharukan, singa yang memeluk rindu manusia yang membesarkannya semasa kecil. Dan pelukannya itu mirip pelukan manusia, begitu hangat, begitu bersahabat, tidak sebuas namanya sebagai singa.







Pada tahun 1969, Harrods dari London, menjumpai anak singa yang tidak pasti dari mana. Harrods kemudian menjualnya. Dua orang anak muda Australia yang tinggal di London, John Rendall dan Anthony Bourke, membelinya dan memeliharanya di apartmen mereka. Selain itu mereka juga melatihnya di halaman sebuah gereja.

Namun begitu dalam waktu setahun singa yang diberi nama Christian itu membesar dengan cepat. Rendall dan Bourke merasa tidak sesuai lagi memeliharanya di apartment. George Adamson, seorang yang bertugas di Kenya menyarankan supaya Christian dilepaskan sahaja ke hutan di Kenya. Rendall dan Bourke setuju.

Setelah setahun mereka berpisah dengan Christian, Rendall dan Bourke pergi ke Kenya menemui Adamson. Mereka ingin membuat video dokumentari tentang Christian, jika bertemu. Adamson membawa mereka ke tempat Christian tinggal namun dengan sedikit peringatan: Christian sudah menjadi singa yang liar, mengetuai kumpulannya dan tidak mungkin akan mengenali mereka lagi kerana sudah lama berpisah.

Video pertemuan mereka tahun 1971 berjudul Christian The Lion yang sudah diedit pertama kali di upload ke internet pada tahun 2002 oleh seorang peminat Christian. Dari sana lalu diambil pengguna MySpace dan akhirnya masuk YouTube tahun 2008. Tahun 2009, sudah begitu banyak versi video ini di YouTube, dan tentunya begitu banyak yang melihatnya. Ada yang mengatakan video itu (dari beberapa versi) sudah dimainkan lebih dari 15 juta kali di YouTube. Luar biasa!!






22 comments:

  1. binatang pun tahu sayangkan tuannya kan...

    p/s: soalan ieda di blog yus, yus buat mcm biasa je, set komen tu sebagai pop-up windows macam biasa. Cuma yus ada buat readmore automatik di halaman utama, jadi bila orang buka home page, kalau nak baca habis entri kenalah klik readmore tu kan, so automatik mereka nampak threaded komen tu sekali..:)

    dan nak buat auto radmore tu yus ikut tutor dari MariBinaBlog juga di link ini..

    http://maribinablog.blogspot.com/2009/12/membina-fungsi-auto-read-more-pada.html

    ReplyDelete
  2. mmg touching.....tu le nilai kasih sayang kan kak...

    ReplyDelete
  3. pernah tgk yg real kt tv..dlm rancangan untamed and uncut...mmg best tgk singat u masih kenal kat derang walaupun tak jumpa setahun...

    ReplyDelete
  4. nilai kasih sayang antara haiwan dan manusia..jarang sekali berlaku

    ReplyDelete
  5. slm kak..dah tgk dah video nih..touching giler.. ;(

    ReplyDelete
  6. sedey kan tengok video ni rasa mcam kasih syg yg teramat kan ;)

    ReplyDelete
  7. agaknyer..kalau singa ni dijaga manusia..takkan ganas kot...macam kucing..

    ReplyDelete
  8. memang luarbiasa.. touching giler..

    ReplyDelete
  9. so swet (past tense)..kasih sayang yg jitu telah ditunjukkan

    ReplyDelete
  10. bagusnya singa ni... mcm manusia pulak dia.. selalu bila sebut je singa mesti terbayang garang..

    ReplyDelete
  11. singa ni kenyang dah rasanye..heheheh

    ReplyDelete
  12. terharu tgk.. singa pun ada rasa kasih sayang jugak kan...hehe

    ReplyDelete
  13. pernah tgk, mmg tacing habes...huhu...

    ReplyDelete
  14. perghhhh terharu...tapi singa tuh...akekeke siap introduce kat wife dia lagikkk....hahahaha

    ReplyDelete
  15. terharu kak tgk vid ni...touching btul tgk singa tu peluk, siap bagitau bini lagi..agak2 bini die tau tak tu bukan lauk, tak leh dimakan..

    penah terpikir nk bela harimau...anak harimau adala sgt chumel! tpi takut kena baham, simpan hasrat nk bela rimau tu..

    ReplyDelete
  16. Touchingnyaa.. tgk singa..tuh.. aduhai.. nasib baik tak kena bahamm..kan.. :)

    ReplyDelete
  17. yaAllah....airmata terharu keluar tgk video ni... :')

    ReplyDelete
  18. penah tgk kt tv..ingt kn dye nk serang tuan dye tuuu..rupe2 ny dye g peluk ^_^

    ReplyDelete
  19. pernah tgk kat tv video nih..mmg tak sangka...tapi kalo papa mifz dah kecut perut dah...hehe

    ReplyDelete
  20. rasa kagum sgt2 kak.rasa nk belai2 gak singa 2.hihi

    ReplyDelete
  21. so sweet....syg dia kat tuan dia tu..kenal plak dia kan...agaknya bau kita tu kot tulah dia kenal...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...