Thursday, December 29, 2011

KENA tahu SENSITIVITI orang islam ~ KEVIN ZAHARI menjawab isu


salam semua

pagi nie akak terbaca kisah dan isu mengenai sambutan krismas nie .. hurmm salah seorang artis kita kevin zahari nie dengan selambanya telah meletakkan pic anak dia di depan pokok krismas di rumah dia .. ahahha pelik lahhh , kalau ye punn anak suke , jgn jadi bodoh dengan meletakkan pic didalam FB .. sah2 akan jadi isu .. dahhh bertambah dosa .. dosa yg melihat , yang mengata dan yang mempersoalkannye  ... 

hurmm harap dia akan ingat semua ini , teguran utk kebaikan dik .. jgn anggap orang membenci , kena hati2 dlm bab2 yg berkait rapat dengan agama nie :)




PETALING JAYA: Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri, 33, (gambar) menjelaskan dia tidak menyambut perayaan Krismas dan menolak tuduhan para peminat yang seolah-olah memperlihatkan dia seperti mengagung-agungkan agama Kristian.

Kevin berkata pokok Krismas yang dilihat dalam rumahnya menerusi Facebook “fan page” milik beliau itu dibeli hanya sebagai perhiasan kerana anaknya, Rafael Zahri, 1, amat meminati pokok tersebut.

“Saya merasakan gambar itu bukan isu besar dan peminat telah salah faham kerana saya bukan berniat untuk menyambut Krismas tetapi membeli pokok itu untuk anak saya yang meminatinya.

“Lagipun, hadiah-hadiah yang dibeli itu sempena ulang tahun pertama kelahiran anak saya yang jatuh 22 Disember lalu,” katanya ketika dihubungi mStar Online. Kevin diminta mengulas tuduhan peminat dalam Facebooknya berhubung gambar yang dimuat naik menunjukkan dia bersama anak dan isterinya, Rio Elani, 24, bergambar di berlatarbelakangkan pokok Krismas.

Dia turut menulis kegembiraan anaknya dengan pokok Krismas tersebut. Tindakan itu membuatkan para peminat meluahkan rasa tidak puas hati selain menasihatinya agar tidak meraikan perayaan berkenaan yang ternyata salah di sisi Islam

 Kevin menulis status menunjukkan dia membuat keputusan untuk 
memadam gambar itu dari Facebooknya.

Tambahnya: “Bagaimanapun, saya menghormati pandangan peminat dan akan memadam gambar itu bagi mengelakkan salah faham.”

petikan : mstar

hurmm tulah , awak tuu sah2 org islam , x kan x tahu sensitiviti orang islam dik .. kena prihatin , kalau perkara yg dianggap kecil begini tidak di tegur , inikan perkara yg besar2 yg skrg x leh disentuh langsung .. 

harap kevin sedar dengan keprihatinan masyarakat melayu lebih2 lagi orang islam .. kalau ye pun anak meminati pokok krismas , jgnlah sampai di muat turun dlm FB .. sah2 FB tuu global kan .. soo memang sedikit sebanyak akan membuatkan hati orang islam sakit dan terguris ..


25 comments:

  1. tapi bagus juga la sebab dia terima teguran orang dan bertindak membetulkan keadaan... :)

    ReplyDelete
  2. Kadang2 niat kita boleh disalaherti. So kena berhati2 selalu kan.
    *Wife dia tu ank bos kt tmpt kerja lama lia..:p*

    ReplyDelete
  3. tulah kan kak... kene prihatin dgn kes2 mcm nih...
    tp xpelah, at least dia trima teguran....

    dia nih x-boypren intan ladyana kan????

    ReplyDelete
  4. salam kak

    mmng t.snsitif... bdk tu baru umur 1 thn apa lah nk duk ikutkn khndaknya sgt

    ReplyDelete
  5. sensitif woo isu ni...
    kalo letak pokok krismas tu dlm pasu besar pastu letak kat taman di rumah takpe le jugak...

    ReplyDelete
  6. betul, kena sensitif naknya public figure mcm dorang ni kan

    ReplyDelete
  7. bagus jgk die..sekurangnya mau gak minta maaf kan dan membetul kan keadaan...maybe die tak sedar tindakan die tu bakal mengundang isu...

    ReplyDelete
  8. biase la lain manusia lain pendapat...

    ReplyDelete
  9. kadang2 manusia mudah lupa, ingat mengingatilah sesama kita

    ReplyDelete
  10. Tanpa sedar isu kecil kadang ia adalah satu isu yg menjejaskan akidah kita...

    ReplyDelete
  11. tu lah kak...amek mudah je kevin ni..x sensitif lgsg..akai pendek muahahaha..

    tp pelix laaa..anak dia yg setahun tu minat pokok krismas..ada ke budak2 minat pokok ms kecik2..or mmg kevin tu hiasa pokok tu cam pokok krimas..tu mmg dah salahhhh...allahualam

    ReplyDelete
  12. itu lah pentingnya ilmu agama..kan??

    ReplyDelete
  13. hmmm no komen. myb rakyat kite amat sensitif pasal tu.

    ReplyDelete
  14. bagus la kevin dah buang pic tue...harap dia tak buat lagi macam tue kan kak?

    ReplyDelete
  15. kena senantiasa berhati apabila menekan butang upload.....

    ReplyDelete
  16. ekekek...alasan anak dia yg minat pokok tu sgt tak boleh diterima akal...alasan tak logik!!

    ReplyDelete
  17. sebagai manusia biasa tak lepas dari buat silap..hopefully atas teguran semua benda ni x berlaku lagi

    ReplyDelete
  18. dia tidak terfikir akan jd begitu serius..pengetahuan Agama yg kurang menyebabkan berlakunya keadaan seperti ini..namun satu yg harus dipuji..dia akur dia tlah melakukan kesalahan...

    ReplyDelete
  19. baguslah dia teima teguran dari peminat dia..

    ReplyDelete
  20. nama dia kevin? muka pun dh nampak mat saleh, mix ek? patut ler x kuat agama

    ReplyDelete
  21. dilla mmg like fan page die..so, mase die post gambar tu mmg nampak dan agak terkejut sbb tak sangka lak die siap ade pokok krismas kt umah..tp, malas le kan nk komen byk2..sendiri mau ingat la..

    ReplyDelete
  22. nasiblah dia boleh terima teguran2 tu...smpai letak pokok krimas kat umah tu kenapalah...

    ReplyDelete
  23. eh...sama umur rupanya si kevin nie dgn yus..hehehe.. btw, dah tau awak tu public figure..kena lah alert skit kan...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...