Tuesday, December 20, 2011

KASIH IBU sehingga tertutupnya MATA


salam semua

meruntun jiwa bila akak membaca artikel ini , sedih dan menyentuh hati ini .. inilah yg dikatakan kasihnya ibu membawa ke syurga .. akak letakkan diri akak di tempat ibu malang ini , x dapat bayangkan betapa sayu dan sedu perasaan bila anak kesayangan hanya diambang kematian ...

Anak rubah dipanggang api,

Dimakan oleh orang Iban;

Penat lelah tolak ke tepi,

Demi anak rela ibu berkorban.


KASIH...Nik Ainy mencium Iman yang kini koma tahap kedua.

KUALA TERENGGANU: “Polis kata dia langgar anak saya seperti anak ayam kerana langsung tiada kesan brek di atas jalan,” kata Nik Ainy Mohd, ibu kepada Iman Adam Raman, 8, yang terlantar sejak tujuh bulan lalu selepas tubuhnya lumpuh akibat menjadi mangsa langgar lari.

Kejadian dirempuh motosikal laju pada jam 8 pagi, 2 Mei lalu itu menyebabkan Iman kini hanya boleh membuka mata dan menggerakkan sedikit kepala manakala anggota tubuhnya yang lain tidak mampu digerakkan.

Nik Ainy, 51, berkata sejak kejadian itu hanya mata Iman terbuka, tetapi menurut doktor pakar merawatnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kanak-kanak itu sebenarnya tidak boleh melihat kerana otaknya tidak berfungsi berikutan dia koma tahap dua.

“Kecuali kepalanya yang boleh digerakkan sedikit, Iman tidak dapat menggerakkan anggota tubuhnya yang lain dan terpaksa bergantung kepada minuman susu diberikan menggunakan tiub sebagai sumber makanan.

“Suaranya juga tidak kedengaran kerana dia tidak lagi boleh bercakap,” kata Nik Ainy yang ditemui di rumahnya di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, semalam.

Menurutnya, Iman hanya memberikan rangsangan menggerakkan kepala apabila disentuh dan dia sekeluarga diberitahu doktor keadaan anaknya itu mungkin kekal sampai bila-bila.

“Iman khatam al-Quran ketika berusia tujuh tahun bercita-cita menjadi pensyarah selain aktif sukan badminton dan silat, tetapi tindakan penunggang itu memusnahkan masa depannya,” katanya.

Menurutnya, ketika dirawat di HSNZ, doktor menjangka anaknya itu hanya boleh hidup tiga hari selepas kemalangan berikutan kecederaan serius menyebabkan otaknya tidak berfungsi dengan sempurna dan dua cip dimasukkan dalam kepalanya bagi mengawal darah beku.

sumber :METRO

Serai serumpun sirih sejunjung,

Diletak orang di tengah laman;

Kasihnya ibu tiada tandingan,

Menjadi sanjungan ke akhir zaman
 

31 comments:

  1. kasihnya ibu hingga ke syurga...walau bagaimanapun keadaan anak...kasih ibu tidak pernah terpadam..

    ReplyDelete
  2. berat mate memandang...berat lagi bahu yg memikul....

    ReplyDelete
  3. huhuhu..sedihnya..melihat anak cam begitu...huhuh

    sudilah join contest elyies ye

    http://www.elyiesazlin.com/2011/12/16/jom-join-sempena-pengaktifan-link-baru/#comments

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ieda

    moga Allah permudahkan urusan mereka

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. sebak.. atas takdir yg menimpa, kasihnya ibu, besarnya pengorbanan ibu, semuanya buatkan akak tersentuh..

    ReplyDelete
  6. sedih sgt..kasih sayang seorang ibu tiada gantinya..

    ReplyDelete
  7. yer la kak...kasih ibu tiada galang gantinya..

    ReplyDelete
  8. alahai kak...sedih bc kisah iman ni kak...terlalu kerdil diri ini kak...bersyukur sgt2 anak2 kita masih dlm keadaan yg selamat dan sihat..xtau kalo kita ditempat nik skrg ni huhuhu

    ReplyDelete
  9. sedihnya..berat tul dugaan yg dihadapinya...

    ReplyDelete
  10. Ya allah kak, sedih bila membacanya. Semoga ada keajaiban utk adik iman nih.

    ReplyDelete
  11. sedihnya..
    moga sipelaku mendapat balasan yang setimpal..
    sama2 kita berdoa moga adik iman cepat sedar dan sembuh sihat seperti anak2 lain.

    ReplyDelete
  12. Eeeii geram ngan org yg tak bertanggungjawab gi langgar budak ini.. tak boleh bygkan kalau anak sendiri dlm keadaan gini.. sebak laa plak.. nie..

    ReplyDelete
  13. besarnya ujian ALLAH tuk anak kecil ni..semoga dia n keluarganya tabah, i'ALLAH ada hikmah di kemudian hari..

    ReplyDelete
  14. org yg langgar tuh musti nitemare. tgk la.

    ReplyDelete
  15. mesti hancur luluh hati ibu nye kan...harap si ibu tabah hadapi dugaan nih...

    ReplyDelete
  16. mmg sedih sekali bila melihat anak yg kita sayangi terlantar begini... hanya Allah yg tahu bagaimana hati ibu ini...Semoga Allah ringankan beban ibu ini... Amin.

    ReplyDelete
  17. mmg sedih le kak...anak tu....adoiii dh bergenang air mata ni..

    ReplyDelete
  18. mmg tersentuh baca entri ini..semoga ibunya terus tabah hadapi dugaan ini

    ReplyDelete
  19. Ya Allah...sedih dan sebak sungguh saya baca n3 ni kak...
    menitis air mata saya...

    harap si ibu tabah hadapi dugaan yg maha berat ini...

    semoga semuanya dipermudahkan...amin...

    ReplyDelete
  20. ya allah kesiannye..sedih tgk keadaan ibu dan anak ni..

    harap mereka tabah dgn dugaan allah ni..

    ReplyDelete
  21. menangis sye bc citer ni kak

    ReplyDelete
  22. sedih baca.. semoga adik iman sembuh spt sediakala.. amin..:(

    ReplyDelete
  23. eida..sedih..kita sebagai ibu begitu memahami perasaan seorang ibu..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...