Friday, December 9, 2011

BERSALIN selepas dua hari MENINGGAL !


salam semua

hurmmm sure ramai tertanya2 kan .. nie akak dpt email dari kawan , link ke pada berita yg sgt2 misteri ini .. semua ini dugaan dari allah , hanya allah yg tahu penceritaan dan nasib setiap makhluknya .. dan kekuasaan dia sgt2 tidak terduga dan tidak di capai dik akal ... subhanallahhh

Seorang ibu yang disahkan meninggal dunia namun melahirkan bayi yang sempurna. Kejadian luar biasa ini menggemparkan dunia kedoktoran. Berita ini menjadi bahan perbincangan bidang perubatan.

Mahmoud Soliman suami yang berumur 29 tahun tidak pernah membayangkan boleh menghadapi kesedihan dan kebahagiaan menjadi satu. Isteri yang dicintainya Jayne Soliman 41 tahun, pergi untuk selamanya. Dan sebagai gantinya, dia mendapat seorang bayi perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya.


Yang mengharukan, Aya Jayne demikian nama bayi tersebut, dilahirkan DUA HARI setelah Jayne disahkan meninggal dunia akibat otaknya tidak berfungsi lagi. Hasil bantuan hospital, Aya dilahirkan dengan selamat.


Sebenarnya kehamilan Jayne tidak mempunyai masalah. Namun di usia kehamilannya yang mencapai 25 minggu, tiba-tiba dia pengsan setelah mengeluh sakit kepala. Mahmoud dengan segera menghantarnya ke Hospital John Radcliffe di Oxford. Namun beberapa jam kemudian,doktor menyatakan otak bekas atlit ski ais nasional Britain ini sudah mati.

Dokter cuba membantu jantung Jayne agar tetap berdenyut dengan pelbagai peralatan. Upaya ini dilakukan agar bayi yang berada di perut Jayne dapat ditolong. Jayne diberi dua dos besar steroid, sehingga jantung bayinya boleh berkembang. Dan akhirnya, Aya Jayne pun lahir dengan selamat melalui pembedahan.



Selepas keluar dari rahim Jayne, Aya diletakkan di perut ibunya untuk memberi sedikit masa bagi keduanya untuk bertemu. Selepas itu Aya terus dimasukkan ke unit perawatan intensif. Mahmoud diberi kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada isterinya, sebelum akhirnya doktor mematikan peralatan penunjang hidupnya.
Perkataan “Aya” berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “KEAJAIBAN”. Itu merupakan nama yang dipilih Jayne semasa hidup.


 dan akhirnya kanak2 ini membesar dengan sihatnya .. sungguh menakjubkan





26 comments:

  1. Subhanallah. memang menakjubkan..kuasa Allah yg tak tercapai dek akal pun boleh terjadi kalau DIA takdirkan..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..besarnya kekuasaan Allah..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah. Semua nya dgn izin Allah jua.Tidak ada perkara yg mustahil..

    ReplyDelete
  4. Betapa comelnya anaknya itu. Kuasa Allah..

    ReplyDelete
  5. sedihnya melihat anak kecil tu. sungguh besar kekuasaanmu ya allah...

    ReplyDelete
  6. @Jieda yee wajah sebiji ikut bapa kan :)

    ReplyDelete
  7. @ariana ye ariana .. semua kekuasaan allah ..

    ReplyDelete
  8. @Kalamhati terbukti kan .. allah maha mengetahui dan berkuasa atas hambanya .. dia yg mencipta ..:)

    ReplyDelete
  9. @mamyharraz ye dikk dgn izinnya .. semua yg pelik akan berlaku dan semua yg mustahil akan terjadi ..

    ReplyDelete
  10. @@e_da sgt2 cumei anak kecil tuu kan :)

    ReplyDelete
  11. subhanallah..menakjubkan..
    comel anak dia..

    ReplyDelete
  12. tiada yg mustahil kan... semua dah ditentukan oeh Allah. comel sgt!

    ReplyDelete
  13. ya Allah. tersentuh baca artikel ni. kuasa Allah memang tiada tandingannya :')

    ReplyDelete
  14. lya rasa sebak... ngis baca n3 ni.. bila tgk baby y lemah akhirnya mbesar mjadi kanak2 y cantik sgt... sesungguhnya keajaiban allah tiada siapa dpt mduga...

    teringat saat mgandung & melahirkan asya... juga tuhan hadiahkan keajaiban utk lya n asya... allahuakbar!

    ReplyDelete
  15. Ya Allah ieda... maha berkuasa dan berkehendak Allah. Comel pulak tu. Mak dia pun cantik, genetik jatuh pada anak dia. Cuma kesianlah lahir jadi anak yatim.

    ReplyDelete
  16. sedihnya...
    allahuakbar

    ReplyDelete
  17. Ya Allah .. kuasa Allah .. sedih tapi tak tahu nk kata apa ... Allahuakbar ..

    ReplyDelete
  18. ya Allah kak
    subhanallahhhhh..sebak el bc kisah Aya ni kak
    sebak smpi ngis2...sggh besar kekuasaanMu ya Allah

    dan semestinya Aya mmg penuh keajaiban
    so sedih tgk dia ms lahir tu..kecik sj..alhamdulilah kini sihat n comey...gigi aya cam gigi alana...2 btg kt bwh huhuhu

    ReplyDelete
  19. Allah maha berkuasa kan...

    ReplyDelete
  20. Subhanaallah...ajaib sungguh rezeki dari Nya..

    comel betul anak ini..mcm ibunya...

    ReplyDelete
  21. subhana allah..kuasa allah!

    comelnye ayaaa!!

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...