Saturday, December 3, 2011

BAYI berharga 21 ribu !


salam semua

hurmmm ada lagi kes jual beli bayi nie .. huhuhu kalau tgk kes kali nie ... sgt2 cumel budak berusia 1 tahun nie ... gerammm nyee akak tgk .. kalau lahhhh budak nie dpt ke tangan akak .,. sure akak jaga dengan penuh kasih sayang .. uolsss pun rasanya samee mcm akak kannn .. mana tidak nyaaa tuhan sahaja yg tahu betapa sempurnanya ciptaan dia kan .. 

putih melepakk budak nie .. mcm mana ye boleh nak kena jual, dunia skrg nie semakin teruk kan .. kalau anak2 x didera , di bunuh , dijual beli pula .. huhhu dimanakah moral masyarakat kita skrg nie .. risau sebenarnya , kalau2lahh budak nie dpt pada org yg x bertanggungjawab , di potong tangan @ kaki utk dijadikan pengemis .. dulu kan hot pasal kes2 mcm nie .. huhuh kesiann budak nie .. nasib baikkk kes dia terbela dan selamat dibawah jagaan KKM .




KUALA LUMPUR: Seorang bayi yang nyaris dijual dengan harga RM21,000 menarik perhatian orang ramai yang hadir di Mahkamah Sesyen di sini, semalam apabila dibawa untuk tujuan pengecaman oleh seorang saksi yang juga pengadu dalam kes itu. 

Bayi perempuan comel yang berusia setahun itu dicam saksi kelima pendakwaan, Norfatimah Ahmad, 43, sebagai bayi yang dibelinya daripada sebuah hospital swasta, tahun lalu. Dia dibawa ke mahkamah pada perbicaraan kes bekas jururawat, Gulab Jan Abdul Jabir, 49, atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan, tahun lalu. Gulab Jan didakwa memperdagangkan bayi perempuan berusia lapan bulan bagi tujuan eksploitasi di Hospital Taj, jam 2.10 petang, 1 November 2010.
 
Bayi itu kini berada di dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga selesai perbicaraan kes itu. Norfatimah turut melakukan pengecaman terhadap individu yang ditemuinya ketika melakukan urusan pembelian bayi di Hospital Taj, Jalan Ipoh di sini, November tahun lalu iaitu pakar bedah, Datuk Dr Mohammad Feizal Abdullah dan anak perempuannya, Suraij Banu yang bekerja di hospital sama.

sepenuhnya DISINI


anak cacat macam mana sekalipunn kita sayang kan .. sbb dari darah daging kita .. inikan bayi yg sgt2 sempurna ini .. dah macam kacukan pula budak nie .. huhuhu kalau dapat dekat org yg x ada bb lagi tuu .. suke sambil lompat2 agaknyaaa :)

9 comments:

  1. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa
    sedih tgk budak pompuan tu
    comel sgt..huhuhu tiba2 teringat kt alanaku..napa lah nak jual2..xmo bela meh saya bela..leh geng ngan alana..huhuhu

    ReplyDelete
  2. ooo..ini kes jururawat culik bayi dr hospital tu la...comel bb tu, nsb baik dpt diselamatkan..

    ReplyDelete
  3. alahai...comeinyerr bayi tu

    ReplyDelete
  4. anak comel gini dibuat macam ikan kat pasar..
    tak de prikemanusian langsung.

    ReplyDelete
  5. @el aah teringat kat alana lak akak nie :)

    ReplyDelete
  6. @~Siti Hajar~ aah dik .. nasib baik kan .. kalau tidak x tahu nasib bayi nie huhuh

    ReplyDelete
  7. @diana yee sakit ati kan uhuhuh

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...