Wednesday, December 28, 2011

aduhhh dah NYANYUK !


salam semua

nenek akak sorang nie jelah yg masih ada .. itupunn dia dah nyanyuk sikit .. adakalanya dia terkencing dan x ingat apa2 .. susah hati juga .. sampai ada ketika tuu akak dan ummi akak dgr je apa yg dia nak ceritakan .. macam dia flashback balik tau .. hurmmmm sedih bila kenang kan dia .. dia masih berdaya .. masih kuat kesana kemari .. tapi ingatan tuu dah semakin meninggalkan dia.

ada2 masa tuu dia sgt2 degil .. selalu x dgr cakap ummi akak .. yelahh bila dia dah tua nie banyak perkara yg x kena di mata kami .. kena selalu ingatkan dan btahu dia .. tapi adakalanya dia x nak dgr kata .. tu yg susah .. kita memang risaukan dia sgt2 .. nak tinggalkan dia sorang2 punn x berani ..

pernah suatu ketika dulu , dia di tinggalkan oleh kakak akak di rumah , dia gi panas kan lauk di rumah sampai naik rentung periuk tuuu .. mujur x terbakar tau .. itupun akak yg nampak berasap je sampai ke luar rumah .. ya allahhhh duk bayangkan kalau lah meletop dan terbakar .. bila tanye dia .. dia x mengaku dia yg memanaskan lauk tuu .. huhuhuh siapa lagi kalau bukan dia .. nenek akak nie memang rajin buat tu semua .. tapi dia mudah xingat dan nyanyukkkk ..

nenek yg semakin  di mamah usia .. skrg dia dah pun berusia 87 tahun


akak ada terbaca info pasal NYANYUK nie ..
jom kita baca

PERBEZAAN LUPA DAN NYANYUK

"LUPA dan nyanyuk adalah dua istilah yang sangat berbeza. Lupa adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu seperti lupa sekejap. Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya," kata Prof. Madya Dr. Raymond mengenai perbezaan antara keduanya bagi mengelakkan kekeliruan antara kedua-dua istilah ini. 

Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan. 
 
Dalam istilah perubatan dan psikologi, lupa juga dikenali sebagai amnesia dan terbahagi kepada beberapa jenis. Lupa paling kerap dialami individu ialah: 

1. Lupa secara spontan 
Lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar mengabaikan sesuatu perkara dan cuai. 

2. Sindrom otak pasca traumatik
Biasanya ia berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga menimbulkan kecederaan ke atasnya. 

3. Sindrom otak organik
Ia disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol secara berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawalan. Ini boleh menyebabkan perubahan ke atas fungsi otak. 

DIAGNOSIS/ PEMERIKSAAN PESAKIT akan di berikan soalan soal selidik oleh pakar psikologi mengenai maklumat yang pernah mereka lalui bagi mengenal pasti tahap mental secara umum, jenis dan tahap penyakit yang dialami. Bagi pesakit yang sering terlupa kerana lalai, pakar psikologi akan mengadakan terapi psiko kerohanian kepada pesakit untuk membantu mereka menenangkan akal fikiran dan melatih diri menggunakan buku nota atau diari bagi menge- lakkan terlalu kerap terlupa. 


akak pun skrg nie mudah lupa .. bahaya kan .. hurmm skrg nie pendekatan akak adalah mengamalkan memakan kismis doa banyak2 setiap pagi , dan akak selalu elakkan meratah atau makan kepala ikan .. ( huuh kalau ikan tenggiri x per kan muhahhaha ) ...

18 comments:

  1. 87? panjang umur dia ye kak. :)

    ReplyDelete
  2. selagi hidup hargai la akak
    sebab once dah tiada x blh buat apa2 pun...sebab ai pow lalui benda yg akak alami masa arwah nenek ai dulu

    ReplyDelete
  3. Seronok kak ieda.. Kami tok ngan wan dua2 belah mak abah dah x ada.. Sedih!!

    ReplyDelete
  4. papa mifz atuk & nenek 2 2 belah dah meninggal..:(

    ReplyDelete
  5. betul kak, bagus amalkan makan kismis 2. tp jat rasa, kalau kes nyanyuk 2 bahaya nk tnggalkan seorg diri.

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah panjang umur dia ye kak, tapi tulah bila dah berumur sangat ni mcm tulah pulak, tak boleh biar duduk sorang tu, bahaya

    ReplyDelete
  7. orang tua mmg mcm tu...atok sedara sy pon nyanyukk..layankan jelah..zaman die muda2 dulu, die igt tp zaman dah tua yg die lupa..

    ReplyDelete
  8. selalu bdoa supaya minta dijauhkan sikap nyanyuk nih

    ReplyDelete
  9. bila dah macam ni selalunya sikap kembali macam zaman kanak2 dulu..alhamdulillah nenek akak masih sihat ya..nenek yna semua dah tak ada..

    ReplyDelete
  10. tetibe teringat arwah nenek i

    ReplyDelete
  11. betullah kan...kitaran hidup ni..bila dh semakin tua..kita jadi cam budak2 balik...

    ReplyDelete
  12. uishhh...bahaya tu kak kalau tinggalkan nenek sorang2 kat umah.

    izan pun masih ada sorg nenek belah arwah abah. lebih kurang cam nenek akak ni juga.

    hubby pun masih ada nenek juga (mak MIL).. tapi masih kuat ingatan lagi even umurnya dah 90lebih.. cuma dia semput...

    ReplyDelete
  13. saya pulak ada tok lelaki... nak kata nyanyok tak pasti pulak... umur lebih kurang atok akak la... kdg dia boleh ingat anak2 n cucu2 dia... kdg tu dia tanya sapa ni...hehe...tp dia sihat lagi... tak der penyakit pun... cuma sakit tua ja...

    ReplyDelete
  14. sian kat nenek akak ni..ye la bukan die mintak pun kan jadi nyanyuk ni..

    takpe kak, kena byk2 sabar dgn org mcm ni..pahalanye besar..

    tpi kena tgk2kan die, takut nnti die membahayakan diri die sendiri terutama time die sorang2..

    ReplyDelete
  15. sama macam nenek yus ieda. Umur dia dah hampir 100, suka buat kerja, tapi pelupa dan nyanyuk. Kalau kita tegur , dia pergi marah kita balik...huhu.

    Risau kan...

    ReplyDelete
  16. Lia sempat melayan nenek yang dh nyanyuk sebelum dia 'pergi' awal tahun ari tu.

    Kadang2 rasa kelakar tp kadang2 rasa kesian lak..macam budak kecik kan..

    ReplyDelete
  17. satu saat nanti kalau umur kita panjang kite pun pasti melalui jugakkan kak.. huhu..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...