Wednesday, November 9, 2011

PELAJAR malaysia di bunuh ketika menghalang KECURIAN


salam semua

adoiii seram sejuk dgr berita mcm nie .. apa nak jadi nie .. kasihan pelajar malaysia kita nie .. cubaan utk menghalang dari motosikal rakannya dicuri dia akhirnya dibunuh dengan kejam .. huhuhuh risau dan sedih bila membaca berita ini .. rata2 kalau kisah pelajar2 kita di perantauan nie .. selalu yg sedih2 .. dengan kisah pelajar di aniaya lahh dan kali ini dibunuh .. 

huhuhuh sungguh tragis dan menyedihkan .. dah lah muda lagi .. baru 23 tahun .. semoga perlaku ini akan ditanggap dengan segara .. tapi adakah mungkin ... kerana kejadian ini di luar negara ..  sbb kes2 mcm nie selalu dipinggirkan dan senyapp macam tuu aje .. huhuh


Halang Motosikal Dicuri : Pelajar Malaysia Dibunuh Di Indonesia 

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Malang, Indonesia, Adrian Jay Pereira,23, maut selepas dia dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki daripada mencuri motosikalnya di hadapan rumah sewa, di Lowokwaru, Kota Malang malam Isnin.

Mangsa yang berasal dari Klang, Selangor dan sedang menuntut di semester lima Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya maut di tempat kejadian selepas lehernya dikelar dengan senjata tajam oleh suspek yang cuba melarikan motosikalnya kira-kira pukul 7 malam.

mendiang ADRIAN...ditetak penjenayah.

Memetik sumber berita Surya Online, kejadian malang itu dilaporkan berlaku ketika mengsa terdengar suara lelaki bergaduh di hadapan rumah sewanya. Mangsa kemudiannya di lihat keluar daripada rumahnya dan cuba mengejar pencuri berkenaan.

Dalam pergelutan itu, mangsa dikatakan cedera selepas suspek mengelar leher mangsa dengan senjata tajam. Pencuri berkenaan kemudiannya meninggalkan mangsa di tempat kejadian tanpa sempat mencuri motosikal berkenaan kerana takut ditangkap oleh pihak polis.

Difahamkan kos membawa pulang mayat pelajar berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Sementara itu, sumber daripada pihak polis pula melaporkan kejadian malang itu berlaku ketika Pereira melihat insiden pergaduhan yang berlaku di luar pagar rumahnya.

Ketika cuba mengejar pencuri berkenaan daripada melarikan motosikalnya, penjenayah berkenaan mengelar leher mangsa dengan sebilah pisau. Mangsa dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian dan tiada saksi yang melihat peristiwa malang tersebut.

Mayatnya kemudian di bawa ke Rumah Sakit Saiful Anwar Malang (RSAA), Malang. Difahamkan sehingga ini pihak polis daripada Polsek Lowokwaru masih lagi menyiasat punca sebenar kematian Pereira.

lagi sambungan kisah DISINI ( terbitan pagi ini )


semoga allah sentiasa melindungi kita .. ajal dan maut ditangganya , dia yg mencaturnya  .. biarlah kita mati dalam keimanan dan sempurna .. aminnnnnnnnnnn

22 comments:

  1. buat cuak je kann kak? aish.risau la zaman sekarang ni.mcm mcm hal.
    btw selamat hari raya kak. :)

    ReplyDelete
  2. adoi takutnya lah dunia sekarang ni, bunuh org mcm tak ada masalah je

    ReplyDelete
  3. Kakak pun baca hal ini semalam. Kesian dah sedih bila pihak sana macam tak bertegas bila yg kena rakyat kita.

    ReplyDelete
  4. zaman ni niat baik last2 diri sendiri yang terkena...

    ReplyDelete
  5. walaupun mangsa berlainan agama tapi tetap rasa sayu dan sedih dgn apa yg terjadi.....

    ReplyDelete
  6. sedihnya ibubapa diaorg..
    dh la bakal doc..

    ReplyDelete
  7. zaman skrang ni x tlg slh, nk tlg takut.. mcm2.. dr segi undang2 pun buat org tkut nk tlg org.. slh aribulan org yg menolong tu yg kene balik..

    ReplyDelete
  8. @ejulz ye dikk mcm kisah di china tuu , mereka takut nak tlg sbb kejadian tolong org tapi disaman bermain dlm fikiran mereka .. sehingga sanggup abaikan budak yg dah nazak ..

    harap2 rakyat malaysia tidak begitu kerena kita masih kaya dengan prihatin dan kasih sayang .. insyaallahhh

    ReplyDelete
  9. kesian pulak kat dia ni dan makin takut jugak bila mengenangkan dunia skrg ni dah mcm2 benda jadi..

    ReplyDelete
  10. betul tu kak..takut mase bace berita nie...sian family mendiang...kehilangan anak mase study...dah le budak medic ....

    ReplyDelete
  11. kesian kan kak.. alahai.. sekarang nk bg anak blajor jauh2 pun dah tak tenang.. jgn kata jauh2 dlm negara kita ni pun bleh jadi benda mcm ni.. ;)

    ReplyDelete
  12. sedey khen
    mesti family dia stress giler
    tataw kalo jadik kat ai mcm mana la nnt.....tapy ajal maut di tangan Allah khen....kena redha....but hope yg bunuh tu di hukum setimpal nyer

    ReplyDelete
  13. takziah kpd keluarga mendiang

    ReplyDelete
  14. lebih bahaya dari negara sendiri

    ReplyDelete
  15. takziah buat family mendiang.

    harap2, student malaysia kat sana lebih berhati2

    ReplyDelete
  16. semoga kita semua sentiasa di pelihara olehNYA....

    ReplyDelete
  17. Takziah untuk keluarga mendiang.. Moga org yg melakukan jenayah ini dpt diberkas..

    ReplyDelete
  18. takziah buat keluarga... macam2 kan.. rasa seram lak zaman sekarang nie..

    ReplyDelete
  19. sedih kan...kesian kat keluarga mangsa...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...